07 September 2009

Mustafa Ali menang, Polis dan kerajaan Malaysia setuju bayar RM50 ribu gantirugi

 
Inilah aksi ketika Mustafa ditahan dahulu. Kerajaan setuju bayar gantirugi kepada Mustafa kerana kejadian ini
 
KUALA LUMPUR, 7 Sept:  Polis dan kerajaan Malaysia mengaku bersalah kerana menahan Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali (ketika itu Pengarah Pilihanraya PAS) di bangunan Parlimen hampir dua tahun lalu.

Ekoran itu, mereka bersetuju membayar gantirugi kepada beliau sebanyak RM50,000 hari ini.

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini merekodkan persetujuan kerajaan itu kerana menahan beliau di bangunan Parlimen pada 11 Disember 2007.

Hakim P.S. Nathan merekodkan persetujuan itu ekoran saman yang dikemukakan oleh Mustafa kepada Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Ketua Polis Negara dan Kerajaan Malaysia.

Mustafa yang datang ke Dewan Rakyat untuk mendengar perbahasan untuk menolak cadangan melanjutkan tempoh jawatan Pengerusi SPR, Tan Sri Rashid Abdul Rahman.

Beliau telah ditahan dan dibawa ke Balai Polis. Di sana beliau telah ditahan selama tiga jam setengah mulai jam 1 hingga 4.30 petang.

Mustafa diwakili peguam Mohamed Hanipa Maidin yang juga Pengerusi Lajnah Undang-undang dan Hak Asasi Manusia PAS Pusat manakala pihak defendan diwakili Peguam Kanan Persekutuan Tuan Rosli Ahmad.

Dalam insiden penangkapan itu, Mustafa telah diheret dengan kasar dan secara kurang ajar oleh dua orang polis.

Mustafa dan beberapa orang pimpinan PAS serta aktivis Bersih berada di hadapan bangunan Parlimen ketika itu untuk menyerahkan satu memorandum kepada Anggota Parlimen mengenai tuntutan pilihanraya yang bersih dan adil.

Di samping beliau, turut ditahan adalah Bendahari PAS Pusat, Dr Hatta Ramli; Ketua Muslimat PAS, Ustazah Nuridah Salleh, Timbalan Ketua Pemuda PAS Pusat, Ustaz Nasruddin Tantawi, Dr Lo' Lo Haji Ghazali; Setiausaha Agung KeADILan, Tan Sri Khalid Ibrahim dan Dr Mohd Nasir telah ditangkap oleh pihak polis.

Terdahulu, Ketua Penerangan PKR, Tian Chua telah ditangkap dalam jarak 200 meter dari tempat kawalan pihak polis.

Mustafa yang ketika itu sedang memasuki pintu Parlimen, telah ditahan oleh dua anggota polis berpakaian preman dan meminta beliau menyerahkan diri kerana didakwa terlibat dengan pelanggaran satu perintah mahkamah.

Bagaimanapun Mustafa yang juga Pesuruhjaya PAS Terengganu menyatakan kehadirannya di Parlimen adalah sebagai tetamu Ahli Parlimen Tumpat, Datuk Kamaruddin Jaffar dan sekadar memerhati perbahasan yang berlangsung.

"Apa perintah mahkamah terhadap saya? Bacakan dan arahkan 'superior' awak untuk datang bacakan dan saya akan pergi dengan sukarela tetapi bukan dengan secara kasar begini," kata beliau memarahi pegawai polis yang ingin menangkapnya itu.

Turut hadir segera mempertahankan Mustafa Ali ialah Datuk Kamaruddin Jaffar, Lim Kit Siang, Kunasegaran, Chong Eng dan beberapa ahli Parlimen DAP yang lain.

Namun perbincangan 'hangat' yang berlangsung selama 15 minit itu akhirnya menemui jalan buntu dan lima anggota polis secara kasar memaksa Mustafa untuk ke van polis yang diletakkan berhampiran pintu parlimen.

Turut menyaksikan situasi gawat itu ialah beberapa ahli parlimen BN dan puluhan orang ramai yang berada di kawasan tersebut.

"Don't touch me. Be gentlemen and be nice. Hormati Parlimen ini!" kata Mustafa yang bergelut dengan polis terbabit.

Mustafa bagaimana pun terus di bawa van polis dan seterusnya ke balai polis. - http://harakahdaily.net

Aku cuma nak kata:
Sebelum ini Berita harian  diarah bayar RM150 ribu kepada Datuk Mahfuz Omar (baca disini). Kemudian Dr.Hatta Ramli pula dibayar gantirugi, juga oleh Polis dan kerajaan. ( baca disini). Kali ini Datuk Mustafa Ali pula dibayar gantirugi oleh Polis dan kerajaan Malaysia sebanyak RM50 ribu.

Apabila disebut pihak Polis dan Kerajaan Malaysia maka duit yang nak bayar gantirugi itu adalah datang nya dari dana yang dikutip dari rakyat. Kalau macam Berita Harian itu lantak lah sebab ia nya syarikat swasta. Kalau nak saman sampai bangkrap pun bagus juga. Aku bukan nak pertikai pasal duit tu sangat sebab mereka mereka yang berada disekeliling pemerintah dan pemimpin UMNO/BN boleh bagi RM 10 juta selamba saja. Setakat nak bayar RM 50 ribu, elehh....! celah gigi aje kan !!.

Pasal bab gantirugi ini, aku cuma nak persoal kan: 
  1. Bila Polis dan Kerajaan diarah bayar gantirugi, apa kah makna nya?.Kalau aku, jawab nya ialah pihak Polis lah yang melanggar undang undang, sebab itu kena bayar ganti rugi. Oleh itu berita berita dari media surat khabar dan kenyataan pemimpin UMNO/BN yang mengatakan kan pembangkang melanggar peraturan dan undang undang dalam insiden berkaitan adalah tidak benar dan berbau fitnah.
  2.  Bagaimana dengan pegawai dan pihak atasan Polis yang bertindak dalam insiden berkaitan ?. Tidak kah mereka melakukan kesalahan tatatertib yang boleh diambil tindakan ?
Photobucket

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...