Photobucket
http://airrakyat.epetitions.net/images/petitions/046bde8e644231f0515ba45e14f2e9df/topBanner.jpg

15 September 2009

Tol Percuma di Lebuhraya LPT dan KL-Karak sempena Hari Raya

KUALA LUMPUR: Pengguna Lebuhraya Kuala Lumpur - Karak dan Lebuhraya Pantai Timur (LPT) akan menikmati laluan tol percuma sempena Aidilfitri pada awal pagi Jumaat dan Khamis depan.

Tawaran itu adalah bagi perjalanan mulai jam 12 tengah malam hingga 5 pagi pada dua hari berkenaan.

Presiden dan Ketua Pegawai Operasi MTD, Datuk Azmil Khalid, berkata kemudahan itu diberikan untuk menggalakan pegguna merancang perjalanan bagi mengelak kesesakan.- berita harian online

Aku cuma nak kata:
Tahniah dan terima kasih patut diucapkan kepada pengurusan kedua-dua lebuhraya itu. Nampaknya, hanya orang Pantai Timur yang berada di Lembah Kelang sahaja bakal mendapat faedah ini. Sesuatu yang belum pernah dilakukan oleh pihak terbabit selama ini. Bagaimana dengan pengurusan lebuhraya yang lain. Tidak mahu kah memberi laluan tol percuma atau setidak tidak pun sedikit potongan 'discount'. Lepas lah juga duit tol itu untuk tampung isi minyak petrol. Minyak Petrol pun baru saja naik, kan...!

Nak ingat kan juga, jangan salah faham. Tak payah bayar tol tu cuma 2 hari sahaja tau!. Hari jumaat (18/9) dan hari Khamis (24/9) dan bukan nya jumaat sampai khamis depan.

Dalam pada itu Orang ramai yang nak balik kampung juga diharap lebih berhati-hati semasa dijalanraya atau lebuhraya. Ingatlah "Biar Lambat asal selamat" di sepanjang perjalanan menjelang hari raya ini.


Sekian

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...