04 September 2009

ADUN Bagan Pinang meninggal dunia, satu lagi pilihan raya kecil N31....



Updated
PORT DICKSON, Sept 4
— Bagan Pinang state assemblyman Azman Mohammad Noor, 54, who died this afternoon, was buried at the Bagan Pinang Muslim cemetery here after the breaking of the fast this evening.

Almost 300 people, including Barisan Nasional and Pakatan Rakyat supporters, attended the funeral.

Negeri Sembilan Menteri Besar Datuk Seri Mohamad Hasan, Telok Kemang Umno Division chief Tan Sri Isa Samad, state Umno Youth chief Mohd Helmi Din and Telok Kemang Member of Parliament Datuk Kamarul Baharin Abbas of the PKR were among those present. — Bernama


----------------------------------------------------------------------------------------------


SEREMBAN: Nampaknya negara akan menyaksikan satu lagi pilihan raya kecil iaitu pilihan raya kecil yang ke-9 apabila ADUN Bagan Pinang, Azman Mohd Noor meninggal dunia sebentar tadi.

DUN Bagan Pinang terletak di dalam kawasan Parlimen P132 Telok Kemang.

Pada pilihan raya umum yang ke 12, Azman memenangi kerusi tersebut dengan menewaskan Ramli Ismail dari Pas dengan majoriti 2,333 undi. Beliau memperolehi 6,430 undi manakala Ramli pula 4,097 undi.

Kawasan tersebut mempunyai komposisi 66% pengundi Melayu; 19.9% India; 10.5% Cina dan 3.5% lain-lain kaum.

Menurut laporan awal, kematian Azman adalah disebabkan serangan jantung. Beliau dilaporkan meninggal dunia pada jam 2.30 petang di Hospital Pakar Seremban. Azman berusia 55 tahun.

Kerusi DUN Bagan Pinang secara tradisinya adalah kubu BN. Sebelum ini calon BN, Mohd Faizal Ramli memenangi kerusi tersebut dengan majoriti 4,411 undi.

Bagaimanapun dalam situasi politik negara sekarang, adalah jelas sekali, pilihan raya kecil yang bakal diadakan nanti pasti menyaksikan persaingan yang sengit.

Apatah lagi Parlimen Telok Kemang sekarang dikuasai oleh Parti Keadilan Rakyat. Terdapat lima DUN di dalam kawasan Parlimen Telok Kemang. Tiga dikuasai oleh pembangkang manakala BN dua kerusi.

Kerusi-kerusi yang kini dikuasai oleh Pakatan Rakyat ialah DUN Chuah (PKR), DUN Lukut (Dap) dan DUN Port Dickson (PKR).

Manakala DUN yang dikuasai BN pula selain Bagan Pinang ialah DUN Linggi. - www.mstar.com.my

Aku cuma nak kata :
Al-Fatihah, semuga rohnya dicucuri rahmat oleh Allah SWT.

Photobucket

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...