Gambar hiasan: Tan Sri Mohd. Isa & anak perempuan beliau di majlis perkahwinan nya (klik sini untuk lain lain foto)
Pemimpin Umno bahagian Teluk Kemang umumnya ingin melihat mantan menteri besar Negeri Sembilan, Tan Sri Isa Samad bertanding sebagai calon BN pada pilihan raya kecil DUN Bagan Pinang.
Ketua Pemuda bahagian Mohd Faizal Ramli berkata Isa, yang mengetuai bahagian itu, ingin dicalonkan lagi kerana beliau masih dihormati di kalangan pengundi.
"Rakyat masih menaruh keyakinan tinggi terhadap kemampuan beliau," katanya.
Kerusi DUN itu kosong ekoran kematian penyandangnya Azman Mohammad Noor pada Jumaat lalu akibat jangkitan dalam darah.
Pada pilihan raya umum tahun lepas, allahyarham yang mewakili BN menang dengan majoriti 2,333 undi, menewaskan calon PAS Ramli Ismail yang memperolehi 4,097 undi.
Dihubungi Malaysiakini hari ini, Mohd Faizal menegaskan pilihanraya kecil kali ini bukan boleh diambil mudah kerana ini BN tewas dalam tujuh daripada lapan pilihanraya kecil sebelum ini – satu daripadanya, di Penanti, tidak ditandingi.
"Ini bukan pilihanraya main-main, ia adalah satu pilihanraya yang kritikal," katanya, yang juga timbalan pengarah jentera pilihanraya kecil DUN Bagan Pinang.
"Dan ini adalah kubu kuat BN yang perlu dipertahankan majoriti malah perlu dipertingkatkan majoriti agar Umno dan BN masih relevan dan masih diterima oleh rakyat.
Bahagian itu akan mengadakan mesyuaratnya Khamis ini bagi membincangkan calon yang akan bertanding di kerusi tersebut dan persiapan serta strategi jentera BN.
Diminta mengulas cadangan Naib Ketua Wanita Umno, Datuk Kamilia Ibrahim yang menyarankan calon kerusi tersebut dipilih kalangan wanita, Mohd Faizal berkata:
"Sekarang bukan masanya untuk memenuhi sesuatu kehendak. Sekarang adalah masa kritikal untuk parti.
"Saya sokong Tan Sri Isa, fokus kepadanya supaya jentera kita dapat bergerak lebih awal. Faktor calon penting iaitu yang diterima oleh rakyat dan parti," katanya.- http://www.malaysiakini.com
Aku cuma nak kata:
Bibit bibit konflik pemilihan calon UMNO telah pun berputik. Sebelum ini Wanita Umno mahu wanita menjadi calun.
Aku agak pelik apabila Ketua Pemuda Umno bahagian Mohd Faizal Ramli berkata bahawa ini bukan pilihanraya main-main, ia adalah satu pilihanraya yang kritikal, sedang kan usaha untuk menjadikan Tan Sri Mohd. Isa sebagai calun ada lah sebenar nya 'main-main'.
Bukan kah Lembaga Disiplin Umno telah menggantung keahliannya selama tiga tahun (24 Jun 2005 hingga 23 Jun 2008) berhubung amalan politik wang dalam Perhimpunan Agung UMNO 2004 selepas menangi jawatan naib presiden. Ini menunjuk kan Tan Sri Mohd. Isa mempunyai rekod yang boleh dipersoalkan.
Bagi aku, kalau betul lah Tan Sri Mohd Isa dipilih menjadi calun, memang sah bahawa Umno sudah tidak mempunyai calon yang berwibawa. Itu saja lah agak nya yang terbaik yang ada di dalam "stok simpanan" mereka.
.......atau sebenar nya Mohd Najib Tan Sri Mohd. Isa, cuma tak nak terlalu 'direct' lalu disebut sebut lah nama bapa dahulu dan kemudian baru lah sebut nama anak. Serba nya mungkin.
Sekian
No comments:
Post a Comment