Photobucket
http://airrakyat.epetitions.net/images/petitions/046bde8e644231f0515ba45e14f2e9df/topBanner.jpg

17 September 2009

Royalti Minyak Kelantan - Pusat berdolak dalih

BACHOK - Bekas Speaker Dewan Undangan Negeri Kerajaan Kelantan, Datuk Omar Mohamed menggesa Kerajaan Pusat supaya mempercepatkan bayaran royalti petroleum.

Beliau yang memberi maklum balas terhadap kenyataan Timbalan Menteri Kewangan II, Datuk Dr Awang Adek Hussin dalam siaran Sinar Harian semalam menyatakan kajian Kelantan menuntut supaya isu tuntutan royalti petroleum itu memerlukan kerjasama antara Kerajaan Negeri dengan Kerajaan pusat.

“Sepatutnya, Kerajaan Pusat memberi hak kepada Kerajaan Negeri sesuai dengan tugas dan tanggungjawab Kerajaan Pusat memiliki pendapatan dari sumber petroleum itu.

“Sekiranya Kerajaan Pusat berhak mendapatnya daripada jumlah royalti berkenaan, maka sudah tentu Kerajaan Negeri juga berhak mendapatkannya,” katanya kepada Sinar Harian.

Menurut Omar, kajian hanya boleh dibuat apabila ia akan dibayar walaupun jumlahnya itu sudah dimaklumkan kepada Kerajaan Pusat.

“Saya mencadangkan supaya Datuk Awang Adek yang juga rakyat Kelantan mestilah bersama dengan Kerajaan Negeri untuk mempercepatkan tuntutan royalti berkenaan.

“Sebenarnya, rakyat Kelantan termasuk Datuk Awang Adek berharap sumber hasil dari Kerajaan Negeri Kelantan itu dapat dirasai oleh semua pihak termasuk rakyat jelata, pegawai kanan memberi kerjasama tanpa sebarang usaha menggagalkan tuntutan terbabit,” katanya.

Mengulas lanjut kenyataan Awang Adek itu, Omar berkata, kerjasama antara Kerajaan Negeri dengan Kerajaan Pusat diakui telah lama wujud dan terjalin erat.

Menurutnya, hal itu dapat dibuktikan kerana banyak hasil yang dipungut oleh Kerajaan Pusat dari rakyat negeri Kelantan dibawa kepada Kerajaan Pusat (Kuala Lumpur).

Katanya, berapa banyak pula jabatan Kerajaan Pusat termasuk sekolah dan hospital berada di Kelantan termasuk Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) walaupun tidak semua negeri wujud pada waktu permulaan dahulu.

“Dengan kerjasama demikian, saya cadangkan supaya wakil Kerajaan Negeri yang diiktiraf dalam mana-mana portfolio Kerajaan Pusat yang ada di negeri Kelantan supaya kerja-kerja Kerajaan Negeri dan Kerajaan Pusat akan dapat dijalankan dengan baik.

“Kerajaan Negeri yang dipimpin di bawah pemerintahan Tok Guru Nik Aziz, manakala Kerajaan Pusat dipimpin Datuk Seri Najib Tun Razak, saya percaya dan yakin mereka ini mampu menyelesaikan masalah berbangkit antara Kerajaan Negeri dan Kerajaan Pusat termasuk soal royalti petroleum mendapat kerjasama erat di Kota Bharu dan Kuala Lumpur,” katanya. - http://www.sinarharian.com.my/


Aku cuma nak kata:
Ramai orang mungkin tak tahu bahawa Timbalan Menteri Kewangan II ini pernah menjadi Pengerusi TNB sekejap selepas Datuk Jamaluddin Jarjis. Masa beliau sebagai Pengerusi, TNB digunakan sepenuh nya untuk kepentingan politik beliau. Tak tahu lah berapa juta ringgit duit TNB yang diguna untuk kempen pilihanraya di Bachok. Itu tidak termasuk kakitangan TNB yang dikerah ke Bachok. Datuk Jamaluddin Jarjis semasa menjadi Pengerusi TNB lebih bertanggungjawab dari Awang Adek. Sekarang orang seperti Awang Adek ini nak bercakap soal royalti petroleum...? dan aku pun hairan macammana beliau boleh dilantik Timbalan Menteri Kewangan II?..

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...