Photobucket
http://airrakyat.epetitions.net/images/petitions/046bde8e644231f0515ba45e14f2e9df/topBanner.jpg

29 September 2009

PRK Bagan Pinang: Tan Sri Mohd. Isa Samad jadi taruhan UMNO/BN


Muhyiddin Yassin serta pemimpin komponen Barisan Nasional mengangkat tangan selepas Mohd. Isa Samad (tengah) dipilih sebagai calon Barisan Nasional pada Pilihan Raya Kecil DUN Bagan Pinang di Batu 6 Jalan Pantai, Port Dickson-foto utusan on-line

Segala teka teki siapa calon BN untuk pilihan raya kecil DUN Bagan Pinang 11 Oktober depan terjawab sudah. Seperti dijangka, akhir nya Perdana Menteri DS Najib Tun Razak memilih Tan Sri Isa Samad. Dengan terpilih nya TS Isa, maka bagi aku kesimpulan nya :
  1. Ternyata apa yang cuba dinasihatkan oleh Tun Mahathir supaya tidak meletakkan TS Isa Samad sebagai calon, langsung tidak memberi kesan dan tidak diendahkan oleh pimpinan tertinggi BN. Pada pendapat aku, ia nya sesuatu yang memalukan Tun Mahathir. Lain lah kalau Tun tidak beri apa-apa nasihat.
  2. DS Najib seolah olah dalam keadaan serba salah. Ditelan mati emak, diluah mati bapa. Memilih TS Isa bermakna melawan nasihat mentor beliau iaitu Tun Mahathir. Kalau tak pilih pula beliau melawan akar umbi UMNO di DUN Bagan Pinang dan Telok Kemang. Terdapat sepanduk sepanduk yang mengugut untuk memboikot calon BN, jika TS Isa tidak terpilih.
  3. Adakah TS Isa boleh memenangi PRK tersebut ?. Adakah sokongan akar umbi UMNO menggambarkan sokongan pengundi berdaftar keseluruhan nya ?. Mungkin ya dan mungkin tidak ?.
  4. Dalam memilih Isa, Najib dilihat mengambil "jalan selamat" untuk memastikan Umno mengekalkan kerusi tradisinya itu dan tidak kalah pada pilihanraya kecil di Semenanjung untuk kali kelapan berturut-turut sejak pilihanraya umum 2008.
  5. TS Isa telah berjaya membina dan mempertahankan pengaruh nya disitu. Calang calang orang dah lama berkubur karier politik nya.
  6. Adakah dengan meletakkan TS Isa Samad sebagai calon menunjukkan bahawa UMNO/BN ketandusan calon yang berwibawa dan bersih.

Walau apa pun, 11 oktober depan akan menentukan jatuh bangun nya UMNO/BN. Andai TS Isa Samad kalah sudah pasti seluruh peluru akan ditujukan kepada beliau dan pimpinan tertinggi UMNO/BN dan orang yang akan memetik picu nya tak lain tak bukan mesti lah Tun Mahathir. Sebalik nya pimpinan UMNO/BN pula akan menyalahkan Tun kerana nasihat 'jangan letak Isa' menyebabkan UMNO/BN kalah. Apa yang pasti kalau TS Isa Samad kalah, PRU 13 hampir pasti BN juga akan tumbang.

Sekian

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...