Photobucket
http://airrakyat.epetitions.net/images/petitions/046bde8e644231f0515ba45e14f2e9df/topBanner.jpg

07 September 2009

PRK DUN Bagan Pinang: Wanita UMNO mahu letak calun wanita

Gambar hiasan - Pilihan Raya Kecil N11 Permatang Pasir, Pulau Pinang (galeri foto)

KEMAMAN, 6 Sept.- Pergerakan Wanita Umno meminta pemimpin tertinggi Barisan Nasional (BN) menimbang untuk meletakkan calon wanita pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang, Negeri Sembilan.

Naib Ketuanya Datuk Kamelia Ibrahim berkata calon wanita perlu diberi peluang selepas kesemua pilihan raya kecil yang diadakan sejak pilihan raya umum lepas menampilkan calon lelaki.

"Perlu difikirkan calon wanita, kalau boleh kita naklah mengemukakan calon wanita kerana tujuh pilihan raya kecil (yang ditandingi BN) sebelum ini semuanya calon lelaki," katanya kepada pemberita selepas merasmikan program Nur Hidayah di sini , Ahad.

Turut hadir ialah Menteri Belia dan Sukan yang juga Anggota Parlimen Kemaman, Datuk Ahmad Shabery Cheek.

Kamelia berkata pemilihan calon daripada kalangan wanita juga selari dengan perjuangan Ketua Wanita Umno Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil dalam menempatkan 30 peratus golongan wanita sebagai pembuat keputusan.

Malah, katanya terdapat ramai pemimpin wanita di peringkat negeri dan bahagian di Negeri Sembilan yang berwibawa dan layak bertanding bagi kerusi itu.

 Gambar hiasan - Semasa perhimpunan UMNO 2009 (Galeri foto)

"Kalau diberi peluang, saya pasti kita boleh cari calon wanita yang berwibawa, pasti ada," katanya.

Mengenai persiapan jentera pergerakan itu, Kamelia berkata Wanita Umno akan mengadakan mesyuarat dalam masa terdekat bagi menyusun strategi baru dalam mengekalkan kerusi DUN berkenaan.

Kerusi DUN Bagan Pinang kosong berikutan kematian penyandangnya, Azman Mohammad Nor pada Jumaat lepas di Hospital Pakar Seremban akibat jangkitan dalam darah.

Azman, 54, yang juga Naib Ketua Umno bahagian Teluk Kemang, memenangi kerusi itu pada pilihan raya umum lepas mengalahkan calon PAS Ramli Ismail dengan majoriti 2,333 undi.

Sementara itu, Ahmad Shabery yakin BN mampu mengekalkan kerusi DUN tersebut berdasarkan prestasi BN kini yang dilihat semakin stabil.

Beliau yang juga Anggota Majlis Tertinggi Umno berkata prestasi BN pada pilihan raya kecil sebelum ini agak menurun kerana bertanding di kawasan kuat pembangkang namun sokongan pengundi mula kembali kepada BN.

"Kalau dilihat di Manik Urai, telah ada perubahan besar di kalangan pengundi di sana untuk datang kepada BN walaupun tempat itu menjadi kubu kuat PAS, jadi kita tengok keadaannya agak stabil," katanya. -Bernama

Aku cuma nak kata:
Wanita Umno sudah mula 'test market' apa tah lagi DUN ini adalah DUN yang agak selamat. Mana kan tidak, disini sahaja ada sejumlah 5000 undi pos. Sudah sinonim dari dulu hingga sekarang bahawa undi pos lah satu satu penyelamat untuk memenang kan calun parti pemerintah. Fitnah ?...jangan nak hipokrit ... tanya lah abang abang tentera. Datuk Seri Najib pun pernah dimenangkan oleh undi pos.

Abang ipar aku seorang pesara Tentera Laut bahagian pemetaan bagitau aku bahawa dia tak pernah pun dapat memangkah sendiri kertas undi. Cuma kata nya ada sekali sebelum beliau bersara dapat lah memangkah kertas undi. Aku dah lupa PRU keberapa tapi masa itu bantahan pembangkang terhadap undi pos memuncak.

Apabila DUN itu tempat yang selamat, sudah pasti lah ramai yang nak jadi calun DUN tersebut. Mungkin perebutan akan sengit...tunggu dan lihat. 



Sekian
Photobucket

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...