Photobucket
http://airrakyat.epetitions.net/images/petitions/046bde8e644231f0515ba45e14f2e9df/topBanner.jpg

05 September 2009

Kenyataan 'terpaksa' sebab nak Pilihan Raya Kecil N31 Bagan Pinang

Oleh: Iqbal


Hari ini di astro awani terpampang nota berbunyi...PM mahu agama lain hendak lah dihormati. Sehari sebelumnya (sebaik saja tersiar berita kematian ADUN umno) si menteri dalam negeri keluarkan kenyataan bahawa mereka yang terlibat dalam perarakan 25 ogos akan diambil tindakan.

Begitu juga polis , keluar kenyataan bahawa kununnya mereka akan mengambil tindakan tanpa mengira mana-mana pihak. Inilah lakonan , sendiwara yang berterusan dipersembahkan kepada rakyat oleh para pemimpin umno dan badan-badan penguatkuasa yang kehilangan kepercayaan daripada rakyat.

Simple pertanyaan nak kita ajukan . Mengapa dah 2 minggu peristiwa itu berlalu baru keluarkan kenyataan ?. Sepatutnya kenyataan tegas ini keluar pada hari yang sama berlakunya perarakan itu. Kenyataan ketua polis negeri lagi menghairankan....kita tunggu aduan. Semuanya pandang dan peluk tubuh kerana yang berarak itu adalah puak-puak pro umno.

Sebaliknya program program yang dibuat oleh NGO pro PR walaupun tiada unsur-unsur perkauman dan penghinaan keatas agama lain cuma mengganggu ketenteraman pemimpin Umno dan penguasaan mereka , bukannya saja digagalkan dengan kekerasan oleh polis malah media media dan stesen stesen tv akan ulas dan tayang berhari-hari lamanya.

Inilah yang berlaku dinegara kita yang tercinta ini. Sangat menyakitkan hati. Kebencian kepada pihak-pihak berkuasa semakin menebal.

Overhaul hanya boleh dilakukan dengan mengalahkan umno. Selagi mereka berkuasa bertambah sebaklah dada rakyat. Mereka adalah kumpulan yang mabuk kuasa. Dengan adanya kuasa kumpulan ini akan mengumpul harta. Itu sahaja matlamat dan tujuan mereka terjun dalam politik.

Di bulan penuh keberkatan ini marilah berdoa tanpa henti-henti memohon kepada ALLAH agar rakyat Malaysia khususnya dikalangan orang-orang Islam menolak dan seterusnya meninggalkan umno /BN. - www.tranungkite.net

Aku cuma nak kata:
'Damage' telah berlaku. Nak buat macam mana lagi. Terpaksa lah keluarkan kenyataan kenyataan untuk sekurang kurang nya 'control the damage'. Supaya rakyat tak marah sangat. Sebab kalau rakyat marah, PRK Bagan Pinang nanti Umno/BN silap silap akan kalah lagi.

Kalau Umno/BN kalah lagi kali ini, maka sah lah bahawa kepimpinan Perdana Menteri sekarang ditolak oleh majoriti rakyat Malaysia. Wujud dan masih bernyawa nya kepimpinan ini adalah kerana bantuan pernafasan dari wayar wayar mesin sokongan hayat. Kalau cabut wayar wayar itu maka kepimpinan Perdana Menteri dan Kerajaan Umno/BN akan menghembuskan nafas terakhir nya.

Sekian

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...