Photobucket
http://airrakyat.epetitions.net/images/petitions/046bde8e644231f0515ba45e14f2e9df/topBanner.jpg

24 September 2009

Tun Mahathir, 22 tahun masih belum cukup untuk berhenti bercakap

Tun Mahathir - elok berehat, cukup lah.
Tun Mahathir, nama yang tidak asing lagi pada rakyat Malaysia dan dunia seluruhnya. 22 tahun menjadi Perdana Menteri Malaysia. Jasanya memang banyak pada rakyat Malaysia terutama pembangunan fizikal dan pembangunan minda dan daya keyakinan diri. Tetapi dosanya pada Tuhan dan umat Islam, Tuhan sahaja yang tahu.
  1. Dia pernah bawa kemajuan, tapi dia juga pernah hina janggut Nabi.
  2. Dia pernah kata “Malaysia negara Islam” tapi dia juga pernah kata hukum Islam tidak sesuai dalam masyarakat majmuk
  3. Dia pernah bawa konsep “Malaysia Boleh”, tapi dia juga yang buat polisi penghapusan bahasa Melayu dalam pengajaran Sains dan Matematik kerana katanya remaja Malaysia tidak pandai berbahasa Inggeris.
  4. Dia pernah perkenal sistem kuota dalam pemilihan UMNO, tapi kini dia juga sokong hapuskan sistem kuota
  5. Dia pernah bawa masuk Anwar Ibrahim dan Isa Samad, tapi dia juga yang menolakdan membuang  keduanya.
  6. Dia bawa Samy Velu ke dalam BN, kini dia tak mahu Samy Velu terus memegang jawatan Presiden MIC (Samy akan pecah rekod guiness menjadi Presiden parti politik palng lama dalam Malaysia, mungkin dalam dunia, jauh lebih lama dari Tun)
  7. Dia pernah itu..dan pernah ini….dan 1001 macam lagi kalau kita hendak ulas.
    Sebagai rakyat Malaysia, kita rasa cukuplah Tun buka mulut secara terbuka walaupun kita tidak menghalangnya berbuat demikian. Jangan sampai nanti jasanya dulu tidak dihargai lagi oleh rakyat Malaysia. Kalau Tun ada cadangan untuk UMNO atau negara, sampaikanlah terus pada anak-anak buahnya dalam BN. Jika tidak,  ia hanya merugikan BN.  Tun boleh menjadi liabiliti kepada BN, bukan sahaja Samy Velu yang dikatakan liabiliti kepada BN. Kekalahan BN 1999 adalah kerana Tun. Kekalahan BN dalam 2008 juga kerana warisan yang ditinggalkan oleh Tun.

    Kalau Tun terus campurtangan dalam politik negara, khususnya, dalam UMNO dan  BN, Tun akan menyaksikan kejatuhan BN seterusnya dalam PRU ke 13. Tun akan menjadi ‘living liablity’ kepada BN.
    Kalau Tun ada cadangan yang baik untuk rakyat, eloklah ia sampaikan dalam blognya atau secara terbuka dalam media tanpa mengaitkannya dengan kepentingan politik mana-mana parti parti tetapi untuk kesejahteraan rakyat Malaysia.

    Bekas Presiden Amerika, seperti Henry Ford, Jimmie Carter, Ronald Reagan, dan George Bush pun tidak campur tangan dalam politik Amerika secara terbuka selepas bersara. Tun tidak payah tiru macam Lee Kuan Yiew. Lee Kuan Yiew buka juga mulut tetapi dia tidak hentam kerajaan Singapura yang diperintah oleh anaknya.  Dia juga tidak membuat kenyataan terbuka mengkriktik parti pemerintah. Tapi Tun hentam keromo ikut suka sahaja. Masa zaman Pak Lah pun Tun hentam. Masa zaman Pak Najik pun, Tun hentam juga.

    Seterusnya, eloklah Tun, bertaubat dari dosa-dosanya lampau, samada yang Tun sedar atau tidak sedar, samadanya yang langsung atau tidak langsung. Di hujung umur senja ini, eloklah Tun banyak bertasbih, bertahmid, dan bertakbir. Juga membuat banyak amal soleh dan kebajikan bagi menampung kekurangan agar dapat bawa bekalan secukupnya untuk bertemu dengan Allah SWT di padang mahsyar kelak. Tun harus ambil iktibar dari orang-orang yang terdahulu daripadanya yang pernah berada dalam nazak. Tun masih ada masa lagi untuk bertaubat dan membetulkan kesilapan lampau.

    Namrud tidak sempat bertaubat. Firaun tidak sempat bertaubat. Abu Jahal dan Abu Lahab tidak sempat bertaubat. Kamal At-Tartuk tidak sempat bertaubat. Apakah Tun akan termasuk dalam golongan ini?

    Wahai Tun yang dikasihi, eloklah berehat, cukuplah. Tumpukan hari-hari seterusnya untuk bertemu Allah dalam keadaan yang berserah diri pada Allah bukan sahaja jasadnya tetapi jiwa, mental, dan imannya. Semoga Allah memberi taufik dan hidayah kepada Tun. - albangi.wordpress.com

    Aku cuma nak kata:
    Tun perlu berhenti buka mulut mencampuri urusan kerajaan dan parti politik atau Tun perlu terus bercakap ?. Semua itu terpulang kepada pihak mana yang terlibat, tetapi pada pandangan aku Tun banyak bercakap yang negatif tentang Kerajaan, UMNO dan Barisan Nasional. Semua ini memberi kredit dan bonus kepada Pakatan Rakyat.

    Pada dasar nya aku amat amat tidak bersetuju dengan tindak tanduk Tun yang masih mencampuri urusan kerajaan selepas bersara dari menjadi Perdana Menteri. Tidak cukup kah 22 tahun mengumpul kekayaan. Tidak cukup kah 22 tahun menjadi orang paling berkuasa di Malaysia. Anak anak beliau pun rasa nya tidak seorang pun yang susah. Semua nya tidak ada masaalah. Habis tu, apa masaalah Tun ini sebenar nya. Ada kah Tun masih terbawa bawa kerektor Perdana Menteri ?. Namun begitu, oleh kerana Tun terus buka mulut dan ia memberi banyak keuntungan kepada Pakatan Rakyat maka adalah lebih baik beliau terus bercakap. Terus kan bercakap Tun !!!.....

    No comments:

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...