Photobucket
http://airrakyat.epetitions.net/images/petitions/046bde8e644231f0515ba45e14f2e9df/topBanner.jpg

03 September 2009

Kenaikan harga minyak & bonus - Kerajaan bagi sekali, ambil balik 10 kali

http://www.utusan.com.my/pix/2009/0902/Utusan_Malaysia/Kartun/sk_01_big.jpg

Pasti nya 1.2 juta kakitangan kerajaan di seluruh negara dengan 75,000 orang pesara yang layak menerima bonus tersenyum apabila kerajaan bersetuju membayar bonus yang masih belum ditetapkan berapa kuantum nya lagi.

Tersenyum mungkin membawa kepada beberapa makna. Terpulang lah kepada bagaimana seseorang itu berfikir.

Mungkin ada yang tersenyum lebar kerana kerajaan prihatin terhadap rakyat. Bukan kah slogan baru ' rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan.

Mungkin ada pula yang tersenyum sumbing (senyum perli). Aku lah salah seorang dari nya. Walaupun aku tidak terlibat kerana aku kakitangan swasta, tetapi tempias nya aku kena juga.

Tentu semua dah tahu bahawa harga minyak naik pada 1 Sept.2009. Kerajaan atau Syarikat minyak berselindung di sebalik istilah RON untuk menaik kan nya. Mengapa nampak rakyat teramai macam tak kisah ?. Tidak lah kita dengar rakyat bising bising... sebab apa ?. Nak tahu ?. Sebab nya ialah walau pun harga minyak kelihatan naik tetapi rakyat masih membayar RM1.80 untuk seliter minyak petrol. Walau pun RON nya telah turun dari RON97 kepada RON95, mereka tak peduli sangat asal kan mereka bayar macam dulu dan kenderaan boleh jalan. Bila harga minyak naik, pendapatan kerajaan pun naik kerana royalti yang kerajaan dapat dari petronas dan syarikat minyak lain pun naik.

Kalau dah pendapatan kerajaan bertambah, tentu lah tidak ada masaalah untuk membayar bonus kepada kakitangan awam dalam bentuk sekali bayaran atau 'lump sum', sedangkan rakyat kena bayar selisih kenaikan harga minyak setiap hari. Kereta aku kalau isi penuh tangki kena bayar 'extra' RM 11.00.

Kesimpulan nya, kerajaan mengutip dan mengumpul duit dari semua rakyat yang mempunyai kenderaan dengan kenaikan harga minyak secara berterusan. Setelah itu sebahagian duit itu diguna untuk memberi bonus kepada kakitangan nya secara 'lump sum'.

Ini pendapat aku saja lah. Pendapat kawan aku lain pulak. Dia kata kerajaan BN nak 'cover' balik semula duit yang digunakan pada 8 pilihan raya kecil. Duit asyik keluar tapi masuk tak ada. Orang lain mungkin lain pulak pendapat nya.....Sekian.

Photobucket

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...