Photobucket
http://airrakyat.epetitions.net/images/petitions/046bde8e644231f0515ba45e14f2e9df/topBanner.jpg

12 September 2009

Anita Sarawak dan suaminya Mahathir diserang dalam cubaan merompak mereka

http://www.kosmo.com.my/kosmo/pix/2009/0912/Kosmo/Negara/ne_02.1.jpg

Anita dan Mahathir semasa dirawat di Pusat Perubatan Prince Court di Jalan Tun Razak semalam.



KUALA LUMPUR - "Saya yang takut melihat empat lelaki itu menyerang Mahathir telah membuka pintu kereta dan menjerit 'hentikan adik'.

"Jeritan saya itu membuatkan seorang daripada empat lelaki itu tergamam kerana mereka mungkin mengenali saya menyebabkan mereka semua beredar."

Demikian detik-detik cemas yang dilalui penyanyi Anita Sarawak, 56, dan suaminya Mahathir Abdullah yang cuba dirompak di hadapan rumah ibu penyanyi itu di Taman Melawati, Hulu Klang semalam.

Kejadian itu berlaku pada pukul 6.30 petang semasa Anita, suami dan pemandunya baru sampai di hadapan rumah ibunya, Datin Umi Kalthum.

"Kami ke rumah ibu untuk menjemput ibu bersama ke satu majlis anjuran Finas di ibu negara," katanya.

Bagaimanapun, semua rancangan pada hari itu tergendala apabila Mahathir cedera dan terpaksa menerima 10 jahitan di belakang kepala akibat ditetak dengan parang.

"Kami membawa Mahathir ke Pusat Perubatan Prince Court di Jalan Tun Razak dan buat masa ini kami belum buat laporan polis kerana masih trauma," katanya.-Kosmo online

Aku cuma nak kata:
Semakin selamat kah keadaan disekeliling kita ?. Ketua Polis Negara yang baru disambung kontrak nya mungkin boleh jawab sebab bab-bab jenayah ini dibawah bidang kuasa beliau.

1 comment:

Anonymous said...

kita semakin gelisah & takut

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...