Photobucket
http://airrakyat.epetitions.net/images/petitions/046bde8e644231f0515ba45e14f2e9df/topBanner.jpg

16 September 2009

'Kalungan Selipar': M.Sukumaran menyesal, nak minta maaf kepada Tun M

KUALA LUMPUR, 16 Sept (Bernama) -- Anggota MIC yang digantung keanggotaannya, M. Sukumaran mahu meminta maaf secara peribadi kepada Tun Dr Mahathir Mohamad selepas mencadangkan "kalungan selipar" pada potret mantan Perdana Menteri itu.

"Saya menyesal mengeluarkan perkataan tersebut, saya sangat menyesal. Saya benar-benar berharap Tun Dr Mahathir akan memaafkan saya," katanya apabila dihubungi.

Sukumaran, yang merupakan Timbalan Ketua MIC Paya Besar, Pahang, berkata beliau dengan merendah diri meminta maaf kepada Dr Mahathir dan akan membuat temujanji untuk bertemu dengan tokoh negara itu untuk menyampaikan permohonan maafnya.

Kenyataan yang dibuatnya pada perhimpunan agung parti itu Ahad lepas, telah membangkitkan kegemparan di kalangan ahli politik, termasuk dari parti lain dan badan bukan kerajaan.

"Saya telah dipengaruhi oleh emosi ketika membuat kenyataan itu yang mana ia secara serius telah menyakiti perasaan Tun Dr Mahathir. Saya bertanggungjawab di atas tindakan saya dan memohon maaf dari Tun Dr Mahathir," kata Sukumaran.

Beliau juga meminta maaf dari Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan berkata beliau menerima "dengan hati terbuka" keputusan Presiden MIC Datuk Seri S.Samy Vellu yang menggantung keanggotaannya dalam MIC.

"Saya menerima apa jua keputusan yang diambil oleh MIC," katanya. - Bernama

Aku cuma nak kata:
1. Sepatut nya M. Sukumaran perlu mengambil pengajaran dari apa yang telah berlaku kepada DS Khir Toyo apabila beliau menggunakan penyapu sebagai hadiah dan kemudian nya beliau disapu keluar dari pejabat Menteri Besar Selangor apabila kalah dalam PRU 12 lepas.

2.
Lain kali fikir dulu sebelum cakap. Sebab itu ada pepatah mengatakan 'sebab pulut santan binasa, sebab mulut badan binasa'. Bila dah terlepas cakap tu terpaksa lah bertanggungjawab. Lain lah kalau setakat cakap kedai kopi atau tepi longkang.

3.
Kalau nak minta maaf, aku rasa cukup dengan buat kenyataan akhbar atau tulis surat saja. Tidak payah lah nak pergi jumpa dengan Tun Mahathir. Mamat ni pulak yang lebih lebih nak kan publisiti atau 'political milage'. Kalau aku jadi Tun, aku akan kata " tak payah jumpa noo.., saya terima permohonan maaf itu".

4.
Untuk peringatan semua ahli politik atau orang awam, bahawa benda-benda macam penyapu, selipar, terompah, kasut, seluar dalam, alas kaki dan yang seumpama nya adalah benda benda yang sensitif apabila dikaitkan pada seseorang individu.

Sekian

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...