Photobucket
http://airrakyat.epetitions.net/images/petitions/046bde8e644231f0515ba45e14f2e9df/topBanner.jpg

02 September 2009

Lagi bukti UMNO dalang demo kepala lembu

SHAH ALAM, 2 Sept: Sejak demontrasi mengarak kepala lembu berdarah terjadi enam hari lalu, khalayak rata-ratanya ingin tahu siapakah sebenarnya di belakang demonstrasi yang mendakwa diri mereka sebagai penduduk Seksyen 23 Shah Alam ini.

Harakahdaily mengambil inisiatif bagi mengenalpasti siapakah mereka yang terlibat itu. Terbukti, hampir kesemua mereka adalah pemimpin Umno Selangor dan tempatan iaitu Seksyen 23.

Bagi menganalisanya, klik video youtube digunakan sebagai rujukan.

Analisis impirikal ini dibuat bersama dua Exco Pemuda PAS Selangor Nadzham Haji Ahmad Nazir (berkolar kuning) dan Mohd Khairul Afandi Ibrahim (berbaju hitam berlogo PAS). (gambar bawah)

Berdasarkan klip youtube tersebut, Nadzham mendakwa bahawa dalang sebenar perhimpunan terbabit adalah Pengerusi Penaja Umno Cawangan Seksyen 23, Haji Azmir Mohd Zain.

Jelasnya, Azmir merupakan adik kandung kepada bekas Adun Kota Anggerik Dato' Nawawi Md. Zain (dalam Parlimen Shah Alam) yang mewakili Umno dalam pilihanraya umum ke-12 lalu.

"Kalau dah ada Ketua Penaja Umno (cawangan) Seksyen 23 menjadi kepala demontrasi itu, siapa lagi dalangnya?" kata Nadzham.

Image"Kalau orang PAS, kita (ahli-ahlinya) tidak akan demontrasi isu perkauman, (sebaliknya) kita akan demontrasi isu hak asasi dan Islam. Sudah lama kita (pemimpin PAS) ditangkap, kene gas pemedih mata, dibelasah FRU (atau) dikenakan Akta Hasutan serta ISA (Akta Keselamatan Dalam Negeri)."

Jelasnya lagi, Azmir turut dikenali khalayak tempatan sebagai salah seorang penggerak pasar malam yang menguasai kawasan panas, Up-Town Shah Alam.

"Dia (Azmir) salah seorang yang kuasai Up-Town Shah Alam. Itu sebab walaupun penduduk setempat membantah (dan) pungut tandatangan bantahan disebabkan (bunyi) bising-bising, sampai sekarang tak berjaya (dipindahkan); sebab Dato' Nawawi di belakangnya," katanya lagi.

Nadzham yang pernah dikenali sebagai penggerak Pemuda Umno Shah Alam pada era Reformasi 1998, sebelum menyertai PAS.

Tambah Nadzham lagi, antara demontran yang cuba menyamar sebagai pemuda PAS dalam demontrasi ekstrem tersebut adalah bekas Bendahari Pemuda Umno Shah Alam sendiri, selepas meneliti klip youtube Malaysiakini.

Menurut Khairul Afandi pula, demontrasi melampau tersebut turut disertai oleh Ketua Pemuda Umno Selayang, Sohaimi Shahadan.

Image
Sumber dalamam Umno ketika dihubungi kemudian bukan sahaja mengesahkan keahlian Umno Sohaimi, malah menjelaskan bahawa Sohaimi bukanlah penduduk tempatan Seksyen 23, di sini. Sebaliknya, beliau bermastautin di Batu 19, Kuang, Rawang. Sumber tersebut juga mendedahkan bahawa terdapat kes kuil bersebelahan masjid di Sungai Buluh (berdekatan Kuang) yang sampai ke pengetahuannya beberapa tahun lalu (iaitu sewaktu Umno BN memerintah Selangor), tetapi beliau mengambil sikap sambil lewa sahaja.

Sumber tersebut juga mendakwa Sohaimi merupakan antara individu yang terbanyak mengaut tender projek di bawah Kementerian Pertanian, Industri dan Asas Tani melalui Menterinya Datuk Noh Omar yang juga Timbalan Pengerusi Perhubungan Umno Selangor, sejak kerajaan Selangor jatuh di bawah Pakatan Rakyat.

Dalam pada itu, Khairul juga mendakwa penduduk tempatan tidak mengenali Ibrahim Sabri yang mendakwa sebagai Timbalan Pengerusi Badan Bertindak Penduduk Seksyen 23 di sini; sehinggalah sebuah akhbar harian membuat liputan luar biasa ke atasnya.

Sambil menyifatkan Ibrahim Sabri berdusta kepada khalayak, Khairul dan Nadzham juga mendakwa lelaki misteri itu cuba mencari helah apabila banyak pihak mempertikai tindak tanduk mengarak dan menendang kepala lembu berdarah itu.

Image"Sepatutnya dia (Ibrahim Sabri) sebagai penganjur menasihati supaya kepala lembu berdarah itu tidak dibawa bersama perarakan itu," katanya.

Ibrahim turut didakwa cuba mencari helah untuk mengelakkan Umno mendapat nama burok dari peristiwa itu.

Utusan Malaysia semalam melaporkan, Ibrahim berkata:

"Sebenarnya kita sendiri tidak menyangka perhimpunan yang diadakan itu di hadapan bangunan SUK selepas solat Jumaat itu ada orang yang membawa kepala lembu."

Jelasnya lagi, cadangan mengarak kepala lembu 'berdarah' itu tidak pernah dibincangkan di peringkat Jawatankuasa Pendududuk Seksyen 23.

Namun rakaman Youtube Malaysiakini, membayangkan Ibrahim bersifat ekstrem, kalau tidak pun terlibat mengarak kepala lembu yang segar berdarah itu.

"Kami (mewakili) penduduk Syeksyen 23 (Shah Alam) sekali lagi menyatakan tidak akan berganjak walaupun seinci,walau nyawa habis (terkorban), walau darah mengalir; kami tetap pertahankan Seksyen 23 (Shah Alam) daripada dibina kuil, kata Ibrahim sebagaimana yang dirakamkan dalam video itu.

ImageAgendadaily melaporkan, Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Selangor Datuk Noh Omar semalam berkata, "Jangan tuding jari pada pihak lain (Umno), saya sendiri lawat tapak di Seksyen 23 pada 18 Ogos lalu untuk terima memorandum bantahan yang hendak diserah kepada Perdana Menteri."

Bagaimanapun, Noh dalam kenyataannya 18 Ogos lalu mahu menyertai bantahan penduduk dengan mendapatkan injunksi Mahkamah atas cadangan kerajaan negeri membina kuil tersebut.

Beliau mendakwa keputusan itu sebagai mainan politik Pakatan Rakyat negeri, demi mengetepikan bantahan penduduk setempat Jumaat lalu. Artikel penuh di www.harakahdaily.net

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...