Photobucket
http://airrakyat.epetitions.net/images/petitions/046bde8e644231f0515ba45e14f2e9df/topBanner.jpg

18 August 2009

Pembayaran Imbuhan Pengarah Syarikat senaraian awam tinggi walau ekonomi meleset

KUALA LUMPUR - Syarikat senaraian awam masih membayar imbuhan yang tinggi kepada pengarahnya pada tahun lalu berbanding tahun sebelumnya meskipun berdepan dengan keadaan ekonomi yang sukar.

Majalah Malaysian Business dalam kaji selidik tahunannya mengenai 'Pembayaran Imbuhan Tertinggi Pengarah' yang dikeluarkan di sini semalam mendedahkan 50 syarikat utama di negara ini membuat pembayaran kepada pengarah sebanyak RM553 juta pada tahun 2008.

Katanya, pembayaran untuk 10 syarikat teratas sahaja hampir RM300 juta.

Bagaimanapun, sebahagian besar daripada jumlah berkenaan datangnya daripada pembayaran imbuhan oleh Genting Bhd. yang menjadi syarikat teratas dalam senarai berkenaan.

Syarikat itu membayar antara RM77.65 juta hingga RM77.7 juta untuk seorang pengarah.

Eksekutif tertinggi dalam senarai itu ialah Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Tan Sri Lim Kok Thay.

Tempat kedua syarikat yang membayar imbuhan tertinggi kepada pengarahnya ialah IOI Corporation Bhd. dengan catatan sebanyak RM45.16 juta.

SP Setia pula menduduki tempat keempat dengan membuat penambahan imbuhan kepada Pengarah Urusan Kumpulan, Tan Sri Liew Kee Sin sebanyak RM10.26 juta.

Pengerusi dan Pengasas Public Bank Bhd., Tan Sri Teh Hong Piow kembali dalam senarai pengarah yang menerima bayaran tinggi dengan menerima pakej imbuhan sebanyak RM6.96 juta manakala Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif bank berkenaan, Tan Sri Tay Ah Lek pula menerima imbuhan sebanyak RM5.15 juta.

Bumiputra-Commerce Holdings Bhd. pula mengurangkan pembayaran kepada pengarahnya daripada RM17.37 juta pada tahun 2007 kepada RM10.54 juta tahun lalu.

Imbuhan yang dibayar kepada Pengarah Utamanya, Datuk Seri Nazir Razak turun kepada RM5.13 juta daripada RM9.35 juta tahun sebelumnya.- Kosmo.com.my

klik gambar untuk paparan lebih jelas

Aku cuma nak kata:
Kalau macam Genting Bhd., Public Bank Bhd., SP Setia dan seumpama nya, lantak lah banyak mana Syarikat mereka nak bayar imbuhan sebab syarikat itu diasaskan dan dipunyai oleh mereka sendiri.

Yang jadi kemusykilan kepada yang mahu berfikir ialah bagaimana Syarikat yang dulu nya diasas atau ditubuhkan dengan dana awam seperti Bank Bumiputra, kemudian di telan oleh ular lidi menjadi Bank Bumiputra-Commerce dan sekarang CIMB.

Sekian.

Photobucket

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...