18 December 2008

Kenderaan rasmi Kerajaan Negeri: Kerajaan Pusat tiada kuasa campur tangan

Datuk Seri MB, pilih yang ini model 2009-Camry SE V6, tapi dah masuk Malaysia ke belum ?

Wah !!!, bagus juga bila hasrat Kerajaan Negeri Perak dari Pakatan Rakyat nak tukar kenderaan rasmi menjadi isu hangat (berita dibawah). Baru lah kita tahu bahawa :
  1. Kerajaan Pusat sebenar nya tidak mempunyai kuasa untuk campur tangan berkaitan hal pembelian dan penyelenggaraan kereta kereta rasmi Kerajaan Negeri. Kalau begitu lah cerita nya, yang bising-bising apabila Kerajaan Trengganu tukar Merz dulu apa pasal ?, dan patut lah MB Trengganu buat tak kisah aje bila PM suruh jadi kan Kereta Merz itu untuk kegunaan tetamu.
  2. Kerajaan tidak lagi membeli kereta rasmi untuk kegunaan anggota pentadbiran dan pegawai tinggi kerajaan Persekutuan sejak Januari 1994, sebaliknya memajak kereta rasmi daripada Spanco Sdn Bhd (Spanco) bagi tempoh konsesi selama 25 tahun yang berakhir 31 Disember 2018.
  3. Kerajaan telah menghentikan pengimportan kereta mewah iaitu Mercedes Benz dan Volvo oleh Spanco pada September 1997 dan semua pegawai berkelayakan dibekalkan kereta Proton Perdana.
  4. Mulai 1 Januari 2009 ini, Kerajaan Negeri Melaka akan memajak kereta rasmi daripada syarikat konsesi Spanco Sdn Bhd (Spanco) sebagai langkah berjimat cermat. Ye Ke ?- " Kereta pajak dari spanco lebih mahal dari sewabeli dgn bank. Selepas tamat kontrak pajakan spanco ambil balik dan lelong di Best Aucton.Spanco dah buat untung . Kalu tak caya pergi ke tempat lelong di Jalan Perusahaan 1 Wangsa Maju ".- komen pengunjung http://tukartiub.blogspot.com.
  5. Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam kata apa ?..langkah berjimat cermat ?. Jangan nak menipu la..., Aku membuat carian dalam internet berapa kah sewa kereta rasmi yang kerajaan bayar pada Spanco itu dan aku jumpa Hansard Parlimen ke 9, penggal ke 4, mesyuarat ke 3 Dewan Rakyat pada 25/11/98. Ucapan M.Kulasegaran [Teluk Intan] - (Muka surat 63,64 dan 65). Dalam perbahasan itu, apa yang aku dapat tahu bayaran sewa secara umum adalah lebih kurang RM 3000 - RM 5000, makna nya 24 bulan dah boleh dapat kereta baru...jimat apa bende nya ??. Perlu di ingat, itu adalah sewa pada 1998, sekarang 2008. Tak kan lah tak naik ?
Sekian
-------------------------------------------------------------------------------------

KUALA LUMPUR: Kerajaan pusat tidak mempunyai kuasa untuk campur tangan mengenai pengurusan kenderaan rasmi kerajaan negeri, kata Timbalan Menteri Kewangan Datuk Kong Cho Ha.

Katanya penyelenggaraan dan pembelian kereta yang dimiliki kerajaan negeri tidak di bawah kawal selia Spanco Sdn Bhd, syarikat konsesi yang bertanggungjawab bagi penyelenggaraan dan pembaikan kereta Proton Perdana V6 Standard dan Proton Perdana V6 Executive di bawah kerajaan Persekutuan.

"Jadi kerajaan negeri mempunyai cara yang tertentu, yang tidak terkawal, kadang-kadang kita dengar kos yang lebih dan sebagainya kerana mereka tidak ada satu kos yang tetap seperti di dalam perjanjian antara Kerajaan Persekutuan dan Spanco," katanya dalam sesi soal jawab di persidangan Dewan Negara di sini hari ini.

Kong berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan Senator Datuk Rizuan Abd Hamid mengenai keenganan kerajaan negeri Kedah dan Perak menggunakan kereta Proton sebagai kenderaan rasmi dan menggunakan Toyota Camry yang lebih mahal dari segi harga dan kos penyelenggaraan.

Kong berkata melalui perjanjian dengan Spanco, kerajaan membayar kos sewaan dan penyelenggaraan kepada Spanco secara tetap setiap bulan.

"Kos penyelenggaraan dan pembaikan semasa yang dibayar adalah antara RM328 hingga RM820 sebulan bagi sebuah Proton Perdana V6 Standard dan RM528 hingga RM1,320 sebulan bagi sebuah Proton Perdana V6 Executive bergantung kepada usia kereta," katanya.

Pembayaran itu turut meliputi semua jenis penyelenggaraan dan pembaikan yang termasuk servis berjadual, semua jenis pembaikan, kerosakan akibat kemalangan, kos alat ganti dan kos buruh, katanya.

Mengenai peningkatan kualiti, Kong berkata Proton Holdings Bhd telah berjaya mengurangkan kerosakan yang berpunca daripada transmisi sehingga kurang satu peratus tahun ini berbanding 18 peratus pada tahun 2004.

Selaku pengeluar kereta nasional, syarikat itu telah berjaya melaksanakan beberapa inisiatif bagi menambah baik kualiti kereta yang dikeluarkan.

"Inisiatif tersebut bukan hanya terhad kepada aktiviti pemasangan kereta tetapi juga merangkumi aspek penyelidikan dan pembangunan (R&D) di mana komponen yang kerap menerima rungutan pelanggan telah diperbaharui," katanya.

Ini termasuk pemasangan sistem penyejukan minyak transmisi bagi menangani masalah suhu tinggi pada sistem transmisi, katanya
Sumber: BERNAMA
myLot User

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...