15 December 2008

Minyak petrol turun lagi 10 sen

15/12/2008 5:19pm

KUALA LUMPUR 15 Dis. - Kerajaan menurunkan harga minyak sebanyak 10 sen lagi berkuatkuasa esok.

Dengan pengumuman terbaru ini petrol RON97 dikurangkan daripada RM1.90 kepada RM1.80. Petrol RON92 pula turun dari RM1.80 kepada RM1.70 dan Diesel juga turun dari RM1.80 ke RM1.70. - Utusan

Photobucket

AHMAD Said menunjukkan cek royalti minyak bernilai RM408.6 juta yang diserah oleh Najib di Stadium Negeri, Kuala Terengganu, semalam. Turut hadir, (dari kiri) Muhammad, Muhyiddin dan Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam. - Foto Bernama


Ulasan :-

Pertama sekali ucapan Syukur Alhamdulillah kepada Allah SWT kerana minyak petrol turun lagi. Ini sudah tentu lah meringan kan beban apatah lagi sesi persekolahan akan bermula awal tahun depan.

Kedua, Pilihanraya kecil kawasan Parlimen Kuala Trengganu semakin hari semakin hampir. Selepas kalah di Permatang Pauh, BN tidak boleh kalah lagi kerana jika kalah, BN dan UMNO akan semakin hilang reputasi dan kewibawaan dalam meneraju Malaysia. Oleh itu BN terpaksa melakukan apa sahaja yang boleh untuk menarik semula pengundi supaya mengundi BN.

Baru baru ini Kerajaan Persekutuan bersetuju mengembalikan sepenuhnya hak pengurusan royalti minyak sebanyak lima peratus kepada kerajaan Terengganu yang ditarik balik sejak tahun 2000. Apa kah maana nya semua ini. Mengapa sekarang ?, iaitu di ambang PRK Kuala Trengganu baru nak bagi royalti tu semula. Mungkin kebetulan, tapi tak kisah lah kan, sebab rakyat Trengganu juga yang dapat manafaat nya. Ye Ke begitu ???

Penurunan harga petrol ini juga aku rasa ada kait mengait dengan pilihan raya kecil Kuala Trengganu. Menjelang pengundian akan ada banyak lagi yang akan di beri olah kerajaan. Tunggu dan lihat saja lah. Saja nak tanya... JKR dah mula turap jalan kat Kuala Trengganu ke belum ???

Link berkaitan : Terengganu dapat RM10b - http://www.bharian.com.my

myLot User

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...