merupakan kawasan yang sentiasa berdepan dengan risiko kejadian tanah runtuh. Ini memandang kan terdapat banyak kejadian tanah runtuh sebelum ini, cuma ia nya tidak lah sehebat atau tragedi tanah runtuh Bukit Antarabangsa. Antara nya:
20 November 2002
- 10 Disember 1985, dua rumah baru dua tingkat yang belum lagi diduduki di Taman Melawati, Hulu Klang runtuh ketika hujan lebat dalam kejadian 8.50 pagi.
- 17 September 1988, sebuah rumah di Hulu Klang, ranap akibat tanah runtuh berikutan hakisan tanah
- 29 Mac 1990, kejadian tanah runtuh berlaku di Taman Setia Wangsa di Hulu Klang melibatkan 80 keluarga yang mendiami dua blok flat
- 11 Disember 1993, Tragedi Highland Towers telah mengorbankan 48 nyawa apabila satu daripada 3 blok kondominium di Taman Hillview iaitu Blok A runtuh
- 25 Disember 1997, tiga orang terbunuh selepas tertimbus di bawah runtuhan tanah dan sampah dalam satu kejadian di Km 17 Lebuh Raya Ampang-Hulu Klang
- 15 Mei 1999, ribuan penduduk di kawasan perumahan Bukit Antarabangsa dan Wangsa Ukay di Jalan Hulu Klang terperangkap apabila tanah runtuh sepanjang 100 meter berlaku dalam kejadian 5.20 pagi yang menimbusi satusatunya jalan keluar masuk ke kawasan perumahan itu
- 24 Februari 2000, Kejadian tanah runtuh berlaku selepas hujan lebat di Kampung Sri Damai dekat Taman Kencana, Ampang yang meragut nyawa seorang budak berumur 4 tahun
- 5 Oktober 2000, satu kejadian tanah runtuh di Jalan Bukit Antarabangsa berikutan hujan lebat berterusan tetapi tiada yang cedera
- 20 November 2002, Sebuah banglo di Taman Hillview milik bekas Panglima Angkatan Tentera, Jen (B) Tan Sri Ismail Omar, yang juga Pengerusi Affin Bank, ranap setelah dirempuh tanah runtuh dari bukit bersebelahan. Isteri Ismail, Puan Sri Azizah Abdul Aziz, anaknya Hijaz, dua menantu, dua cucu serta dua pembantu rumah Indonesia terkorban dalam kejadian 4.35 pagi itu. Banglo itu hanya terletak kirakira 300 meter dari tapak Highland Towers.
- 31 Mei 2006, empat sekeluarga terkorban setelah tertimbus dalam runtuhan tanah yang memusnahkan 49 buah rumah di Kampung Pasir, Hulu Klang pada kirakira pukul 4.45 petang.
20 November 2002
Apa yang pasti apabila berlaku nya tragedi seperti ini maka banyak lah pihak-pihak yang memberi komen atau arahan itu dan ini seperti yang aku saksikan di TV. Cuma yang bagus nya kali ini tidak ada insiden tunding menunding jari mencari kesalahan orang lain dan kejadian ini juga tidak perlu di politik kan.
Tak ketinggalan memberi komen ialah PM danTPM. Komen dan arahan sebiji macam yang aku dengar masa tragedi Highland Towers iaitu kerajaan tidak meluluskan pembangunan di kawasan tanah tinggi. Komen yang aku rasa paling bernas ialah dari Gurmit Singh, Pengerusi Pusat bagi Alam Sekitar, Teknologi dan Pembangunan Malaysia. Beliau ada kata yang semua prosidur @ peraturan @ arahan akan dilupa kan selepas 6 bulan. Betul ke tidak ?? Entah lah....
Kepada kaum keluarga yang ditimpa bencana dan kehilangan yang tersayang di harap bersabar menempuhi dugaan ini.
" Gunung ganang bukit bukau adalah pasak bumi, jika di usik pasak bumi, maka lemahlah bumi, bukan bencana alam, tapi mencari bencana. turut bersimpati dengan mangsa tapi adakah mangsa bersimpati dengan diri sendiri sebelum memilih tempat nak dihuni? "- aku jumpa quote ini dalam satu ruang forum tranungkite, nickname nya ujangkota

myLot User Profile
No comments:
Post a Comment