25 December 2008

Kapten (B) Abu Zahar, orang yang mendedahkan isu Eurocopter sertai PAS

http://www.harakahdaily.net/images/stories/cover_lead/pic_nasir_sudin/22.m%20pas1.jpg
Dato' Dr Hassan Ali, Dato' Abu Zahar Dan Ustaz Nasharuddin Mat Isa
(Foto Nasir Sudin)

KUALA LUMPUR,24 Dis (Hrkh)
- Bekas Ketua Bahagian Umno Petaling Jaya Selatan, Dato' Abu Zahar Hashim yang dikenali ramai sejak mendedahkan isu pembelian helikopter Eurocopter sah menyertai PAS hari ini.

Beliau telah menyerahkan keahliannya kepada Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharuddin Mat Isa di satu majlis yang diadakan di sebuah hotel di Ampang pagi tadi.

Turut hadir dalam majlis itu Pesuruhjaya PAS Selangor, Dato' Dr Hassan Ali dan Ketua Penerangan PAS Selangor Roslan Shahrir.

Dalam masa yang sama Zahar turut 'mewakafkan' (infak) pejabat Bahagian Umno PJ Selatan kepada PAS kawasan sama. Difahamkan pejabat tersebut adalah milik beliau sendiri.

Sementara itu, Ustaz Nasharuddin mengalu-alukan kesudian beliau menyertai PAS sekaligus menghargai Zahar untuk sama-sama membantu kempen pilihan raya kecil Kuala Terengganu bermula 5 sehingga 17 Januari depan.

Sumber: http://www.harakahdaily.net

Link berkaitan:
1. Kapten Zahar sertai PAS: Hijrah bermakna untuk PAS Selangor


myLot User

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...