Photobucket
http://airrakyat.epetitions.net/images/petitions/046bde8e644231f0515ba45e14f2e9df/topBanner.jpg

29 December 2008

Kerajaan membatalkan semua acara keramaian sempena tahun baru 2009


Oleh ABDUL SAMAD ABDUL HAKIM

Langkah kerajaan membatalkan semua acara keramaian sempena tahun baru 2009 amat wajar. Dalam satu kenyataan, Kementerian Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan telah memutuskan bahawa kerajaan tidak akan menganjurkan sebarang acara sambutan tahun baru.


Keputusan kerajaan dalam soal ini amat dialu-alukan dan bagi pihak rakyat ia menunjukkan bahawa keprihatinan kerajaan berkaitan dengan isu-isu semasa amat tinggi.


Kemelesetan ekonomi dan kedatangan tahun baru Islam 1430 Hijrah yang hampir sama waktunya menjadi pertimbangan kukuh untuk kerajaan daripada terlibat dengan acara keramaian tahun baru. Malah kita juga sedang bersedih dengan kemangkatan Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Ja'afar ibni Almarhum Tunku Abdul Rahman.


Kita berhadapan dengan pelbagai kisah sedih sejak akhir-akhir ini. Ingatan kita masih kuat dengan tragedi runtuhan tanah di Bukit Antarabangsa yang mengorbankan lima nyawa. Malah trauma dan kesan tragedi tersebut masih dapat dilihat dan begitu kuat mengganggu mangsa terlibat.


Kemelesetan ekonomi dunia yang begitu mengganggu perancangan dan kelancaran perkembangan ekonomi negara kita juga menjadi alasan kukuh kenapa kita menolak semua acara keramaian sempena tahun baru 2009 dan sambutan Maal Hijrah 1430.


Bukan masanya untuk rakyat diajak bergembira ketika musibah melanda negara dan dunia. Kita perlu memahami dan akur bahawa masa untuk berpesta ketika kedatangan tahun baru perlu dikeluarkan daripada agenda.


Penganjuran pesta tahun baru tidak banyak memberi kesan positif kepada rakyat. Ia sekadar ruang dan kesempatan untuk bergembira dan mengizinkan segala bentuk pembaziran, maksiat, pergaulan bebas dan kelekaan melampau. Anak-anak muda memang menanti waktu dan ketika seumpama ini untuk melepaskan geram.


Pihak swasta juga perlu akur dan menghormati keputusan kerajaan ini. Tidak ada maknanya jika kerajaan tidak terlibat dengan penganjuran pesta tahun baru tetapi peranan itu diambil alih oleh pihak swasta.


Memang tidak dinafikan akan muncul program atau aktiviti sambutan tahun baru yang dianjurkan oleh kumpulan tertentu. Dalam soal ini kerajaan dan pihak berkuasa tempatan perlu memastikan ketelitian mengeluarkan permit atau kebenaran sambutan pesta tahun baru.


Kita tidak mahu anak-anak remaja terus disogok dengan hiburan yang tidak beretika dan melalaikan sedangkan situasi negara amat tidak mengizinkan untuk sebarang acara keramaian. Pihak berkuasa perlu bertegas dan tidak memberi ruang kepada mana-mana pihak untuk menganjurkan pesta tahun baru.


Penganjuran pesta tahun baru tidak banyak membantu untuk meningkatkan kesedaran dan keinsafan khasnya kepada remaja. Mereka sekadar berpesta, berpeleseran dan terkial-kial tanpa sebarang pedoman. Malah pesta-pesta seperti ini menjadi medan menularnya penyalahgunaan najis dadah, minuman keras, seks bebas dan boleh membawa kepada bibit-bibit perlakuan jenayah.


Sepanjang tahun 2008 negara telah melalui masa-masa sukar dan cabaran- cabaran yang begitu mengganggu pembangunan negara. Kemelesetan ekonomi akan membawa kepada meningkatnya kes-kes pengangguran dan kes pembuangan pekerja. Baca seterus nya disini..


Sumber:
Utusan Online


Photobucket
Komen aku:
Setuju 1000% dan kalau boleh ditahun tahun akan datang pun tak payah lah sambut tahun baru secara besar besaran. Jangan lah disebab kan tahun 2008 ini kita ditimpa pelbagai masaalah dan musibah, baru lah kita nak sedar dan insaf, tapi bila tidak ada musibah berlaku, segala kesedaran dan keinsafan hilang entah kemana dan pesta tahun baru kembali semula. Masa itu alasan penganjuran pesta tahun baru tidak meningkatkan kesedaran dan keinsafan kepada remaja malah menjadi medan menularnya penyalahgunaan najis dadah, minuman keras, seks bebas dan boleh membawa kepada bibit-bibit perlakuan jenayah melayang entah kemana.

Kadang-kadang aku terfikir ada kah acara sambutan tahun baru 2009 akan di batal kan kalau Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Ja'afar ibni Almarhum Tunku Abdul Rahman tidak mangkat pada 27/12/2008. Mengikut protokol, secara umum nya segala keramaian@hiburan tidak boleh diadakan dalam tempoh 7 hari dan berkabung selama 40 hari.
Sendiri mau ingat la....

Walahualam bissawab.....

myLot User

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...