Photobucket
http://airrakyat.epetitions.net/images/petitions/046bde8e644231f0515ba45e14f2e9df/topBanner.jpg

09 December 2008

TV3 rakam seorang penduduk Bukit Antarabangsa memarahi YB Azmin Ali

http://www1.mstar.com.my/archives/2008/12/7/mstar_berita/selamat_bayi.jpg
ANGGOTA Rela diiringi anggota bomba membawa Puteri Nur Aisyah Faizulnizam, 38 hari, ke tempat yang lebih selamat dalam kejadian tanah runtuh di Bukit Antarabangsa. - foto BERNAMA

Apabila menonton berita tv3 malam ini yang menyiarkan seorang penduduk marah-marah pada YB Azmin Ali, tahap simpati aku kepada segelintir mangsa-mangsa disana makin menurun dan timbul pulak rasa meluat dan menyampah.


Sambil mengamuk dan marah marah sempat lagi membebel@perli yang RELA dan ASKAR tak tolong bini dia angkat KOTAK, dia mendakwa petugas hanya duduk makan kat khemah saja. Orang kaya dah biasa hidup senang...kena sekali-sekala jadi susah mula lah tak tentu arah dan bercakap pun macam orang gila. Patut nya mamat yang macam ini perangai nya, suruh dia tengok video klip atau photo-photo perobohan penempatan di Kampung Berembang, Ampang,supaya dia insaf sikit atau mengapa tidak rumah mamat ini pun kena timbus juga, supaya tak payah lah bini dia susah-susah nak angkat kotak untuk berpindah, maka tak payah lah dia nak marah-marah orang lain.

Mamat ni tak tahu ke bahawa ada beribu lagi penduduk yang terlibat dalam perpindahan tersebut. Bersabar lah sikit, apakah bila dia mengamuk begitu, pasukan petugas akan terus membantu dia. Aku rasa mamat ni akan di 'mark' dan akan disisihkan.

Gambar hiasan- Jentolak meroboh surau Kg. Berembang 30 Nov.2006

Pada pendapat aku, penyiaran footage itu pun mempunyai maksud terselindung, mungkin untuk memalukan YB Azmin Ali. Footage itu disiarkan agak lama, mungkin mengharapkan Y.B Azmin pulak naik angin sebab kalau aku memang dah kena penampar dah mamat tu. Oleh kerana lama nya footage itu, kita pun dapat dengar apa yang dimarahkan nya. Nasib baik YB Azmin bersikap Profesional. Cuba kalau yang dimarahkan itu YB dari BN, paling tidak pun mamat itu akan diseret ketepi dan mungkin akan di tampar atau lebih malang lagi akan ditangkap atas alasan menimbulkan kekacauan.

Kepada Y.B Azmin Ali, anda telah melakukan yang sepatut nya dan aku berbangga dengan anda. TV3 memang tidak boleh diharap, terlalu nampak sangat bias nya. Setelah kena maki hamun, aku tunggu juga kalau-kalau TV3 minta komen Y.B Azmin, tapi haram tak ada. Yang ada cuma komen TYDP Ampang Jaya (kalau tak silap).Itu pun kejap sangat, 5 saat adalah kot.

Sekian. Allah Maha Besar !!

Nota: Artikel ini aku postingkan ke http://www.tranungkite.net/v8

myLot User

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...