Sebelum ini Kerajaan Trengganu di bawah pimpinan Menteri Besar nya Datuk Ahmad Said menjadi 'punching bag' kerana membeli 14 buah Mercedes E200 Kompressor bagi menggantikan Proton Perdana V6 Executive sebagai kenderaan rasmi Exco dan pegawai kanan kerajaan negeri. Beliau memberi alasan bahawa pembelian itu adalah kerana kos penyenggaraan Proton Perdana V6 terlalu tinggi kerana mudah rosak dan ini merugikan untuk jangka panjang. Beberapa bulan selepas itu....................
..........dalam beberapa hari ini, heboh pasal pembelian kereta baru oleh Kerajaan Perak bagi menggantikan Proton Perdana V6. Nampak nya MB Perak mengikut jejak langkah MB Trengganu. Cuma beza nya MB Perak tak beli Merz tapi nak beli Toyota Camry. Bila di tanya pemberita, MB Perak, Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin berkata, keputusan itu dibuat selepas mengambil kira kos membaiki serta menyelenggara Proton Perdana yang begitu tinggi dan sering mengalami kerosakan, alasan yang sama dengan MB Trengganu.
Ketika mengulas isu berkaitan, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kawasan Manong dan Persatuan Perlindungan Pengguna Malaysia (PPPM) menyifatkan tindakan Kerajaan Perak itu sebagai pengkhianat dan tidak patriotik. (Ini lah masaalah nya, kalau dah masak tak sedap tapi disuruh juga kata sedap.) Habis tu, Kerajaan Trengganu patriotik ke beli Merz ??
Dalam Berita TV3 malam tadi MB Kedah pun ada bayang kan nak beli Toyota Camry. Beliau berkata lebih kurang begini "tengok lah tahun depan macam mana.. kalau ada duit lebih kita beli la.. "
"Yang pasti kami tidak akan membeli Proton (Perdana)." Demikian reaksi Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng apabila ditanya mengenai pendirian kerajaan negeri itu ekoran keputusan Perak menggantikan Proton Perdana V6 dengan Toyota Camry. Selain perkhidmatan yang tidak memuaskan, kos penyelenggaraan sebuah Perdana V6 mencecah kos RM30,000 setahun, kata beliau lagi.
Nampak nya semua nya senada dalam memperkatakan tentang mengapa mereka tidak mahu menggunakan Proton Perdana V6.
Pada pendapat aku tindakan dan pendirian Kerajaan Perak ada lah serampang dua mata. Pertama, untuk memberitahu rakyat bahawa Exco BN Perak sebelum ini korup dan menyalahgunakan kuasa bagi tujuan penyelenggaraan. Kedua, menyindir kerajaan BN Terengganu yang memilih kereta Mercedes. Untuk maklumat, Kerajaan Trengganu membeli 14 buah Merz E200 dengan kos RM3.43 juta, manakala Kerajaan Perak pula 16 buah Toyota Camry 2.4 dengan kos RM2.7 juta.
Kalau di beri pilihan, aku memang akan pilih Toyota Camry. Aku tak pernah beli kereta baru. Semua kereta yang aku pernah beli adalah kereta terpakai dan aku tak pernah beli kereta Proton sebab pengalaman kawan kawan yang menggunakan Proton. Mereka beli kereta baru, bukan terpakai macam aku. Banyak sangat masaalah kata mereka. Walau pun masaalah kecil tapi kalau dah kerap, bosan juga.
Aku tak patriotik ??. Patriotik atau tidak bukan hanya bergantung pada kereta sahaja. Pergi tanya pemimpin kerajaan dan bekas pemimpin kerajaan anak beranak, mereka pakai kereta apa??. Anak Tun Mahathir pun pakai Porsche Cayenne. Ada orang pergi rumah terbuka Tun Mahathir sempena Hari Raya Aidilfitri nampak. Rasa nya tak salah kan , sebab itu kereta peribadi dan bukan kereta rasmi. Tak gitu........

Porshe Cayenne Turbo di percayai milik Dato' Mukhriz berpandukan kepada stiker Pemuda UMNO - Lokasi rumah terbuka Tun Mahathir di The Mines Resort City
myLot User
No comments:
Post a Comment