03 December 2008

Kereta bawa penumpang keempat dibelakang boleh disaman - Rakyat DIPAKSA tukar MPV ???

Gambar sekadar hiasan

KUALA LUMPUR: Pemandu kenderaan berkapasiti empat penumpang berdepan kemungkinan disaman sekiranya membawa lebih penumpang di bahagian tempat duduk belakang, kata Ketua Pengarah Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR) Datuk Suret Singh.


Katanya tindakan akan diambil berdasarkan peraturan jalan raya sedia ada, sekalipun penumpang keempat di tempat duduk belakang dikecualikan daripada undang-undang pemakaian tali pinggang keledar.


“Ada undang-undang lain, bukan undang-undang tali pinggang keledar, yang boleh menyebabkan tindakan ini diambil, umpamanya kerana membawa muatan secara berbahaya,” katanya pada sidang akhbar selepas perasmian pelancaran program pemasangan tali pinggang keledar tempat duduk belakang di Proton Platinum Centre, Mutiara Damansara di sini hari ini.


Beliau berkata penumpang keempat di tempat duduk belakang yang tidak memakai tali pinggang keledar berisiko sehingga 80 peratus lebih tinggi untuk terbunuh atau cedera jika kemalangan berlaku.


Katanya tinjauan pertama JKJR mendapati kemungkinan terdapat penumpang keempat di tempat duduk belakang adalah sembilan peratus dan tinjauan kedua mendapati ianya menurun kepada lima peratus.


“Ini bermakna terdapat penurunan dalam trend membawa penumpang keempat di tempat duduk belakang berikutan kesedaran orang ramai dalam isu keselamatan di jalan raya,” kata Suret Singh.

Beliau berkata saman maksimum sebanyak RM300 akan dikenakan terhadap pemandu kenderaan jika didapati mana-mana penumpangnya tidak memakai tali pinggang keledar.


Suret Singh memuji Proton Holdings Berhad kerana sanggup membelanjakan RM7 juta untuk kos pemasangan tali pinggang keledar secara percuma bagi 226,000 unit kenderaan Proton Saga dan Gen 2. - Bernama (dipetik dari http://www.hmetro.com.my)


Ulasan : Mari kita berfikir sejenak...siapa kah atau pihak mana yang mendapat untung apabila peraturan ini dilaksanakan.


Pada pandangan dan fikiran aku, peraturan ini akan menguntungkan pihak PROTON kerana ia akan melaris kan jualan Proton MPV yang akan berada di pasaran tak lama lagi. Keselamatan hanya diguna sebagai alasan dan kosmetik sahaja. Kereta Proton pun bukan selamat dan bagus sangat. Tak percaya? tanya Menteri Besar Terengganu.


Satu lagi yang untung tentu lah pihak-pihak berkuasa yang menguatkuasakan peraturan tersebut seperti JPJ dan yang seumpama nya.


Lepas ni, anak-anak yang lebih tu perlu ditinggalkan di rumah untuk mengelakkan dari disaman dan kepada pasangan yang nak mempunyai anak lebih dari 4 tapi tak mampu nak beli MPV, maka jangan lah teruskan hasrat itu......nanti kena saman !!!


myLot User

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...