Photobucket
http://airrakyat.epetitions.net/images/petitions/046bde8e644231f0515ba45e14f2e9df/topBanner.jpg

21 December 2008

Hari Keluarga Waris Walak Omar Abas, Kg.Sg.Sekawang, Port Dickson


Semalam (20/12/2008) - Sebanyak 30 keluarga yang berjumlah lebih kurang 200 orang termasuk kanak-kanak, anak dara & teruna, Atuk & nenek mengambil bahagian menyertai hari keluarga tersebut. Acara bermula jam 2,30 petang dengan ucapan alu-aluan dan perasmian di iringi dengan doa selamat. Acara sukaneka yang di ada kan di pantai Kg. Sg. Sekawang ini di bahagi kepada 3 kumpulan iaitu merah, kuning dan hijau. Acara yang di pertandingkan iaitu Lari dalam guni, bowling buah kelapa, baling buah dadu dan tendangan bola penalti. Sukaneka tamat lebih kurang 5.45 petang.

Sebelah malam pula, acara dimulakan dengan bacaan doa oleh imam masjid dan diikuti dengan penyampaian hadiah kepada yang menang dan juga yang kalah. Sebenar nya semua dapat hadiah, cuma nilai hadiah saja yang berbeza. Di samping itu masing masing menjamu selera dengan beraneka makanan, diantara nya ayam bakar berempah, udang laut bakar, daging kambing bakar, daging lembu bakar, nasi lemak, keropok lekor dan berbagai juadah lain. Acara penyampaian hadiah di selang seli kan dengan acara @ permainan yang membuatkan hadirin tak kering gusi, diantara nya joget antara suami isteri dan isteri menyusukan suami guna botol susu. Keseluruhan majlis tamat jam 12.00 malam dan aku & family bertolak balik ke Kapar walaupun tuan rumah suruh kami bermalam disana.....

Terima Kasih. Sekian

Nota: Untuk melihat & download sila klik pada slideshow atau klik disini

myLot User

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...