01 December 2008

Ekoran serangan di Mumbai - letak jawatan satu tindakan bermaruah. Di Malaysia ???

Menteri Dalam Negeri India Letak Jawatan Ekoran Serangan Di Mumbai

Oleh P. Vijian


Indian Home Minister Shivraj Patil, left, and Indian Foreign Minister Pranab Mukherjee, right, look on during a Congress Working Committee meeting on the Mumbai terrorist attack, in New Delhi, 29 Nov. 2008
Indian Home Minister Shivraj Patil

MUMBAI, 30 Nov (Bernama) - Menteri Dalam Negeri India Shivraj Patil hari Ahad meletakkan jawatan dengan mengambil tanggungjawab moral sepenuhnya atas persitiwa serangan bersenjata di 10 kawasan stragetik di bandar raya ini sejak Rabu lepas, mengorbankan sekurang-kurangnya 185 orang.


"Saya ambil tanggungjawab moral sepenuhnya atas serangan di Mumbai," kata Patil selepas menyampaikan surat peletakan jawatan kepada Perdana Menteri Manmohan Singh. Patil, 73, dilantik sebagai Menteri Dalam Negeri pada 2004.

Sejak beberapa bulan lepas, menteri berkenaan menerima kritikan dari parti pembangkang dan rakyat terhadap tahap keselamatan dalam negara yang didakwa gagal membendung peningkatan kegiatan pengganas di negara itu.

Stesen televisyen India membuat spekulasi bahawa Menteri Kewangan P. Chidabaram atau Menteri Luar Pranab Mukherjee besar kemungkinan akan menjadi calon pengganti dengan Manmohan dijangka kembali mengisi portfolio Menteri Kewangan yang pernah disandang pada awal 1990an.

Populariti Patil sebagai menteri semakin pudar selepas beberapa bandar raya India seperti Ahmedabad, Bangalore, New Delhi dan Jaipur menjadi mangsa serangan pengganas baru-baru ini di mana ramai penduduk terbunuh.

Sumber: BERNAMA

Artikel & Link berkaitan :
1. Indian Home Minister Submits Resignation - VOA News


Indian Security Chief resigns over Mumbai attacks

MUMBAI: The fallout from a three-day rampage that killed nearly 200 people in Mumbai threatened to unravel India's improving ties with nuclear rival Pakistan and prompted the resignation on Sunday of the top security minister.

New Delhi said it was raising security to a "war level" and had proof of a Pakistani link to the attacks, which unleashed anger at home over the intelligence failure and delayed response to frenzied violence that paralysed India's financial capital.

Officials in Islamabad have warned that any escalation would force it to divert troops to the Indian border and away from a U.S.-led anti-militant campaign on the Afghan frontier.

Newspaper commentaries blasted politicians for failing to prevent the attacks and for taking advantage of its fallout before elections on Delhi on Saturday and national polls due by May.

Federal Home Minister Shivraj Patil submitted his resignation, India's ruling Congress party coalition said on Sunday. Finance Minister Palaniappan Chidambaram was appointed to take over Patil's job and Prime Minister Manmohan Singh will take over the finance portfolio for now, the government said.

Indian TV reported that National Security Adviser M.K. Narayanan had also resigned.

Indian officials have said most, if not all, of the 10 Islamist attackers who held Mumbai hostage with frenzied attacks using assault rifles and grenades came from Pakistan. Full Story..Click here

Related Article & Link:
1. Senior Indian officials resign amid criticism over siege - http://www.guardian.co.uk

Ulasan: Meletak jawatan kerana bertanggungjawab keatas sesuatu tragedi, kemalangan, serangan pengganas, salah laku, silap keputusan, hilang kredibiliti dan lain - lain yang berkaitan adalah sesuatu yang amat dialu-alukan. Di Jepun, meletak jawatan adalah adalah menjadi perkara biasa apabila seseorang gagal melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan.

Di Mumbai India, serangan pengganas menyebabkan beberapa individu berjawatan penting melepaskan jawatan. Satu tindakan yang pada perkiraan aku adalah tindakan seorang yang mempunyai prinsip dan bermaruah.


Cuma aku tertanya - tanya bagaimana kalau serangan seperti di Mumbai berlaku di Kuala Lumpur, Malaysia ( minta di jauh kan Allah S.W.T). Mahu kah Menteri dalam Negeri meletak jawatan ?. Rasa aku tidak. Di Malaysia tidak mungkin berlaku perletakan jawatan secara sukarela atau atas dasar tanggungjawab. Majoriti nya terpaksa direntap turun. Itu pun masih ada lagi suara "Kami berdiri teguh dibelakang Si Polan", walaupun dah sah Si Polan tu Penyamun Tarbus. Itu lah realiti di Malaysia...........


myLot User Profile

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...