Photobucket
http://airrakyat.epetitions.net/images/petitions/046bde8e644231f0515ba45e14f2e9df/topBanner.jpg

22 December 2008

Gila demonstrasi – Sikap KPN yang bias

sama tapi tak serupa ?

Ketua Polis Negara mengulas tindakan sebuah kumpulan tidak berdaftar yang menggelar diri sebagai Jaringan Rakyat Tertindas (Jerit) menggunakan remaja dan kanak-kanak untuk menyertai kempen berbasikal anjuran mereka bermula 3 Disember lalu. “Tindakan mereka mengeksploitasi kanak-kanak untuk kepentingan sendiri sebenarnya menganiaya dan mendera mental serta fizikal kanak-kanak terbabit,” katanya.

Dalam kempen JERIT di Rawang, Polis menahan anggota Parlimen Sungai Siput Dr D.Jeyakumar, anggota Dewan Undangan Negeri Rawang Gan Pei Nei dan 28 yang lain yang berumur 18 tahun ke bawah.


Dalam isu berkaitan, selasa lalu, Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar dalam kenyataan nya menegaskan, polis mungkin bertindak terhadap ibu bapa remaja bawah 18 tahun yang memberi kebenaran anak mereka menyertai kempen berbasikal anjuran Jerit itu.


Aku menyokong apa juga tindakan pihak Polis demi untuk menjaga keharmonian dan keamanan Negara Malaysia keseluruhan nya. Cuma apa yang menyedih kan ialah sikap pihak Polis yang selalu sangat 'double standard' dan bias. Aku bukan nya menuduh semberono dan tanpa bukti dan aku juga tidak mengatakan Polis tidak baik. Ramai anggota dan pegawai Polis yang baik dan menjalankan tugas dengan jujur dan amanah. Aku tabik hormat dengan mereka, cuma malang nya ialah apabila ada segelintir 'Top level Polis yang berkuasa' yang samaada dipaksa @ terpaksa atau memang dengan rela mereka mengikut telunjuk ahli politik yang berkepentingan, maka arahan dan tindakan pihak Polis nampak bermotifkan politik.


Sekian........

Walau apa pun tujuan nya, mereka ini juga menggunakan kanak-kanak.

myLot User

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...