Presiden PAS merasmikan kempen 'Jom Sertai Pas' di Dataran Shah Alam semalam (27/12/08).
Memahami keresahan masyarakat bukan Islam, Presiden PAS Dato' Seri Abdul Hadi Awang menjelaskan bahawa pelaksanaan Hudud hanya melibatkan kalangan yang beragama Islam sahaja. Orang yang bukan Islam tidak terlibat sama sekali. "PAS tak perlu terangkan (tentang hukum Hudud) kerana undang-undang ini tiada kena mengena dengan orang bukan Islam. "
Hudud terus menjadi polemik dari dulu sampai lah sekarang. Sekejap tenggelam dan sekejap timbul. Hudud sebenar nya telah diluluskan di DUN Kelantan sejak tahun 90-an lagi dan di Terengganu pula telah diwartakan. Pelaksanaan nya terhalang oleh Tun Mahathir. Di Terengganu Tun Mahathir pada masa itu mengatakan bahawa Kerajaan Persekutuan akan menghalang pelaksanaan undang-undang Jenayah Syariah Terengganu yang tidak adil dan bertentangan dengan ajaran Islam jika ia mempunyai kuasa untuk berbuat demikian. Beliau menegaskan, undang-undang yang dicadangkan oleh PAS itu bukannya undang-undang Islam tetapi "undang-undang Hadi (Datuk Seri Abdul Hadi Awang)...undang-undang PAS.
Baik lah...kalau itu undang-undang PAS yang banyak sangat cacat cela nya, mengapa UMNO yang selalu mendabik dada dan menghunus keris untuk membela Islam dan melayu tidak cuba untuk membuat undang-undang yang lebih baik dari yang PAS buat. Sampai sekarang habuk pun tak ada tapi bila orang lain buat kata pulak tak elok dan macam-macam lagi. Sepatut nya bagi lah sokongan, mana yang tak elok dan kurang, sama-sama di perbetulkan.
Bagi masyarakat bukan Islam aku berpendapat mereka boleh lah menganggap hukum hudud ini sama seperti Bank Islam dan Pajak Gadai Islam (Ar-Rahnu). Anda tidak dipaksa untuk berurusan dengan Bank Islam samaada menyimpan duit atau pembiayaan (loan) tapi kalau anda rasa simpan dalam Bank Islam itu menguntungkan dan lebih adil, maka silakan.......
Aku ada seorang kawan berbangsa cina dan berugama buddha. Kami sama sama dapat saham 'pink form'. Untuk pembiayaan (loan),dia pun turut ambil loan dari Bank Islam, sebab kata nya Bank Islam tidak terus 'force selling' kalau harga jatuh. Tidak seperti Maybank dan lain-lain bank. Orang main saham mungkin faham apa yang aku cuba bagitau.
Begitu juga dengan Pajak Gadai Islam (Ar-Rahnu). Aku ada berurusan dengan PGI Ar-Rahnu, Bak Rakyat cawangan Kelang ( kadang-kadang sesak juga).Semasa menanti nombor aku dipanggil, ramai juga pelanggan yang majoriti nya India dan melayu yang berurusan dengan PGI. Memang PGI berfungsi untuk membantu dan bukan macam pajak gadai konvensional yang mencari keuntungan semata-mata. Kalau tak mampu bayar pun, pihak PGI akan menjual atau membeli dan kemudian hasil jualan@pembelian akan di tolak dengan hutang. Baki nya di beri balik pada kita. Adil kan??. Kalau pajak gadai biasa ??? hangus....
Kesimpulan aku mudah !!. Orang bukan Islam sebenar nya bukan lah halangan sebenar mengapa Hudud tidak boleh dilaksanakan. Bagi mereka, selagi mereka boleh cari makan dengan aman dan tenteram, mereka tidak akan peduli apa itu hudud apatah lagi apabila Presiden PAS sendiri memberi jaminan bahawa hukum tersebut tidak ada kena mengena dengan mereka. Kalau bukan mereka yang phobia dengan hukum ini siapa lagi ???? Siapa lagi yang tak suka kalau hukum ini terlaksana ???? Cari lah sendiri...Kita boleh tahu siapa mereka apabila mereka berkata-kata.
Sekian
myLot User
No comments:
Post a Comment