Photobucket
http://airrakyat.epetitions.net/images/petitions/046bde8e644231f0515ba45e14f2e9df/topBanner.jpg

21 December 2008

TV3 dan Astro bergaduh pasal Pernikahan Mawi & Ekin

http://img.photobucket.com/albums/v165/fizdane/logo/corporate/misc/tv3.jpg........http://www.top500.com.my/logos/AstroLogo.jpg

Selamat pengantin Baru Mawi & Ekin. Hanya dengan sekali lafaz, penyanyi Asmawi Ani, 27, atau Mawi hari ini sah bergelar suami kepada Nora’ Asikin Rahmat, 29, atau Ekin apabila kedua-dua mereka diijabkabulkan di Masjid Sultan Abu Bakar di sini kira-kira pukul 11.45 pagi 20 Dis.2008. Upacara akad nikah itu turut disiarkan secara langsung menerusi saluran Astro Oasis lebih dua jam bermula pukul 10.30 pagi.

Apa yang aku nak cerita dan fokus kan bukan lah pasal perkahwinan mereka sebab bagi aku secara umum nya perkahwinan artis - artis ni lebeh kurang sama saja. Gah nya saja yang lebih. Masa belum kahwin dan masa baru-baru kahwin bukan main lagi puji-pujian antara kedua nya. Lepas dua tiga tahun, apa jadi ?? cerai sana, cerai sini....cuma aku harap si Mawi & isteri tak begitu. Apa yang ingin aku fokus kan ialah mengenai krew stesen televisyen TV3 dihalang membuat liputan majlis pernikahan Mawi-Ekin. Ketua Pengurus Acara majlis berkenaan Freddie Fernandez berkata, halangan itu adalah disebabkan stesen Astro sudah mendapat hak penyiaran secara eksklusif untuk majlis tersebut yang bermakna stesen televisyen lain tidak dibenarkan sama sekali merakamkan detik-detik pernikahan itu melainkan RTM yang memperoleh kerjasama dengan Astro.

Rupa-rupa nya TV3 (Media Prima) dan Astro berebut untuk mendapat hak penyiaran secara eksklusif majlis pernikahan tersebut dan yang mendapat hak itu adalah Astro. Maka TV3 pun melalak lah di media cetak atau di rangkaian TV nya sendiri seolah-olah mengatakan ada pihak menghalang tugas wartawan TV3. Siap dengan temuramah Tok Imam lagi (kalau tak silap).

Kepada yang tak tahu, sebenar nya aku rasa Astro balas dendam terhadap TV3. Semasa TV3 mendapat hak penyiaran membuat liputan majlis perkahwinan Datuk Siti Nurhaliza Taruddin pada 2006 lalu ia juga melarang Astro untuk membuat liputan.

Maka bertemu lah buku dengan ruas. Itu lah dia wajah TV3 selama ini. Kalau dia buat pada orang lain tidak mengapa, tapi kalau orang lain buat kat dia, tak boleh. Mentang-mentang lah TV3 melalui Media Prima dah 'control' media penyiaran dan mungkin CEO TV3 pun 'Kamceng@ngam' dengan 'somebody', tapi jangan pandang rendah dan mudah pada boss Astro. Kan dah kena!!!. Baru lah orang kata padan muka. Suatu hari nanti silap haribulan wartawan TV3 ada yang kena baling dengan kasut macam si 'semak' tu.....tak gitu.

Sorry lah Mazidul....engko OK...


Mawi bersama isterinya, Ekin melambaikan tangan kepada para peminat
selepas majlis pernikahan mereka di Masjid Abu Bakar, Johor Bahru semalam.


Mawi dan Ekin di majlis resepsi di Stadium Tertutup Majlis Bandaraya Johor Bahru, malam tadi (20/12/2008).

myLot User

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...