Photobucket
http://airrakyat.epetitions.net/images/petitions/046bde8e644231f0515ba45e14f2e9df/topBanner.jpg

10 December 2008

Antara Tragedi Kg.Berembang dan Bukit Antarabangsa - sama tapi tak serupa

Salah sebuah banglow yang ranap dalam kejadian tanah runtuh di Bukit Antarabangsa

Ketika Perobohan penempatan di Kg. Berembang penduduk tidak putus-putus mengucapkan terima kasih kepada yang menolong dan yang memberi sokongan walaupun pertolongan yang diberi tidak seberapa. Lain pula segelintir penduduk di Bukit Antarabangsa ini. Walaupun bukan semua mangsa yang bersikap angkuh, tapi dek kerana ada yang celupar mulut maka yang lain terima tempiasnya.

Moga ini jadi pengajaran, agar esok malapetaka Allah tidak berulang lagi. Sesungguhnya alam yang Allah ciptakan ini juga punyai perasaan, jika dirinya ditoreh dan dilukakan oleh manusia, ia juga boleh meruntuhkan kesombongan manusia dengan caranya yang tersendiri. Kezaliman tangan manusia sering menjadi asbab kepada malapetaka Allah.

Penduduk Kg.Berembang hanya mampu melihat dan berdoa apabila penempatan mereka dirobohkan (klik photo untuk besarkan)

Antara Kg. Berembang dan Bukit Antarabangsa memang jauh nilainya. Nilai rumah penduduk Kg. Berembang hanya setaraf dengan beranda rumah penduduk Bukit Antarabangsa. Namun bila Allah nak uji, harganya tetap sama, yang membezakan adalah cara penerimaan mereka. Adakah mereka akan kembali sujud pada Allah atau terus angkuh mendabik dada dengan kekayaan duniawi mereka.

Ratusan rumah Kg. Berembang yang dirobohkan, tiada siapa yang peduli termasuk pemimpin Umno, tapi bila 14 rumah orang kaya di Bukit Antarabangsa runtuh, pelbagai agensi Kerajaan dan NGO datang membantu. Tabung bantuan khas diwujudkan oleh Umno Ampang. Tapi apa yang mereka beri untuk penduduk Kg. Berembang yang rata-rata pendapatan isi rumahnya kurang dari RM 3000 sebulan.


Di Kg. Berembang, pihak yang berkepentingan menggunakan penguatkuasa yang tidak lah sekuat mana kalau nak dibandingkan dengan 'Penguatkuasa' di Bukit Antarabangsa

Rumah Kg. Berembang dirobohkan ketika anak-anak mereka sibuk menelaah bagi menghadapi UPSR, PMR dan SPM, tapi rumah di Bukit Antarabangsa Runtuh selepas anak-anak mereka puas bermain permainan video game PS2. Begitulah jauhnya perbezaan taraf dan darjat didunia ini.

Rumah yang runtuh boleh dibina semula dengan wang ringgit, tapi iman yang runtuh dengan kesombongan, Allah sahaja yang tahu pengubatnya.

Kepada penduduk Bukit Antarabangsa, bersyukurlah bila ada orang membantu kerana nasib anda lebih baik dari penduduk Kg. Berembang yang dianak tirikan oleh Kerajaan dan kebanyakkan NGOs selama ini.


Nota: Artikel ini ada lah sebahagian daripada artikel yang aku petik dari http://www.tranungkite.net. Penulis nya menggunakan nickname hermansamsudeen. Aku cuma tambah serbuk perasa supaya lebih enak untuk di baca.


- Artikel asal klik disini
Photobucket
myLot User

2 comments:

Zolkharnain Abidin said...

Blog ini telah dilink dengan blog bongkarsauh.blogspot.com. Terimakasih.

Ahmad Tarmizi said...

terima kasih Zol

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...