Photobucket
http://airrakyat.epetitions.net/images/petitions/046bde8e644231f0515ba45e14f2e9df/topBanner.jpg

13 December 2008

Melaka Tarik Balik Larangan Kakitangan Agensi Kerajaan Negeri Lawat Kelantan

KOTA BAHARU, 12 Dis (Bernama) -- Kerajaan Negeri Melaka hari ini menarik balik arahan yang dikeluarkan pada April 2000 yang melarang semua kakitangan agensi kerajaan negeri itu mengadakan lawatan rasmi ke Kelantan.

Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam ketika mengumumkan perkara itu berkata larangan itu ditarik balik berikutan beliau berpuas hati dengan sikap pemimpin PAS yang tidak lagi menuduh anggota Umno sebagai tidak Islam.


"Bermula hari ini agensi kerajaan negeri Melaka boleh mengadakan lawatan rasmi ke Kelantan tanpa sebarang masalah dan berpuas hati tidak ada lagi kenyataan orang Umno tidak Islam.


"Bukan itu sahaja Ketua Menteri Melaka sendiri telah datang ke sini hari ini, sebelum ini ada kita ada datang tetapi bukan atas nama kerajaan negeri tetapi parti," katanya ketika berucap pada majlis pelancaran Promosi Pelancongan Negeri Melaka di sini, hari ini.


Pada April 2000, Mohd Ali mengeluarkan arahan semua kakitangan agensi kerajaan negeri Melaka dilarang mengadakan lawatan rasmi ke Kelantan berikutan isu kafir mengkafir ketika itu.

Sumber: BERNAMA

Photobucket
Ulasan:
Sebelum ini Kerajaan negeri di bawah kepimpinan Datuk Seri Mohd. Ali Rustam mempertahankan pemberian anugerah kepada Aktor Bollywood, Shah Rukh Khan. Bukan kah sesuatu yang unik dan lain dari yang lain nama nya tu apabila sebenar nya berlambak lagi orang dalam negeri @ negara yang boleh diberi anugerah tersebut.

Lepas itu, penarikan balik larangan melawat ke Kelantan. Bukan kah unik dan lain dari yang lain, apabila Kerajaan Negeri Melaka sahaja satu satu nya negeri dari 14 buah negeri di Malaysia yang mengharam kan melawat Kelantan. Tun Mahadhir pun tak buat begitu, sedang kan umum tahu yang Tun Mahadhir berbulu telinga bila dengar nama PAS. Pelik Kan ???

Kadang-kadang menjadi unik atau menjadi lain daripada yang lain bukan lah sesuatu yang bagus dan boleh dibangga kan, malah anda sebenar nya sudah tidak diperlukan lagi dan perlu di buang , supaya dapat ditukar dengan yang lain. " Hanya Jauhari mengenal Manikam "

Sekian


myLot User

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...