24 December 2008

Hudud MCA Wajar Tarik Balik Bantahan, Jangan Bertindak Membabi Buta

[mca.jpg]

Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan mengesa Pemuda MCA Wilayah Persekutuan menarik balik bantahan yang dikemukakan kepada YB Dato Presiden Pas berkaitan dengan isu hukum Hudud dan Qisas.


Pemudawilayah telah meneliti isi bantahan berkenaan yang dihantar melalui sehelai surat yang ditandatangani oleh Sdr. Chiew Lian Keng pada petang semalam di Pejabat PAS Pusat.


Jelas dalam surat bantahan itu bahawa pemuda MCA tidak memahami hasrat dan konsep hukum hudud yang telah termaktub dalam Al-Quran. Kegagalan ini menyebabkan mereka bertindak membabi buta dan hanya berlandaskan kefahaman yang cetek tentang isu ini.


Dalam perenggan ketiga, Pemuda MCA menyatakan;


“Pemuda MCA Wilayah amat tidak puas hati terhadap kenyataan tersebut (hudud) kerana pelaksanaan undang-undang Hudud dan Qisas di masyarakat berbilang kaum yang berbeza dari segi agama adalah tidak dapat diterima.”


Islam mengariskan bahawa hukum Hudud dan Qisas hanya dilaksanakan dalam kalangan orang Islam sahaja. Bagi mereka yang bukan Islam, perlaksanaan tidak dipaksa malah mereka masih boleh memilih untuk menggunakan undang-undang sivil yang sedia ada.


Untuk artikel penuh klik sini »

Photobucket
Apa yang menarik perhatian dalam penyerahan bantahan tersebut, rancangan berdemonstrasi di hadapan bangunan Pejabat Agung PAS Pusat itu terpaksa dibatalkan memandangkan sambutan kehadiran rombongan tersebut sekitar 10 orang sahaja.

myLot User

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...