25 Dis.1988 aku diijabkabulkan dengan isteri aku. Terpaksa ambil tarikh itu kerana hanya hari itu saja Tuan Kadi ada kelapangan. Alhamdulillah, Syukur kepada Allah SWT, hari ini genap 20 tahun kami tinggal sebumbung sebagai suami isteri. Tempoh 20 tahun bukan lah satu tempoh yang pendek. Selama tempoh itu berbagai dugaan dan cubaan, susah dan senang sama sama kami tempuhi. Anak sulung aku pun dah besar menjadi anak dara. Semoga kami akan tetap bersama selagi hayat dikandung badan. Amin......
myLot User
No comments:
Post a Comment