Photobucket
http://airrakyat.epetitions.net/images/petitions/046bde8e644231f0515ba45e14f2e9df/topBanner.jpg

09 December 2009

Sebab bagaimana kereta menjunam Di KB Mall


KERETA Ford Laser yang mengorbankan dua mangsa selepas jatuh dari tingkat 3 di KB Mall dibawa keluar.

KOTA BHARU 9, Dis 2009 (Berita Harian): Nurul Ain Said tidak menyangka hasrat membeli alat tulis untuk peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang sedang didudukinya, bertukar menjadi igauan ngeri apabila kereta yang dikendalikannya terjunam dari ruang meletak kereta kompleks beli-belah KB Mall, petang kelmarin, menyebabkan dua penuntut kejururawatan terbunuh.

Pelajar Tingkatan Lima Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Dewan Beta, dekat sini berkata, dia hanya mampu mengucap kalimah syahadah dan terbayang saat kematian apabila kereta itu terbabas merempuh tembok penghadang lalu menjunam dari tingkat tiga ke aras bawah kompleks itu.

Katanya, kejadian berlaku ketika dia bersama adiknya, Nurul Akma, 14, membantu abang angkat mereka, Sabri Yusuf, 27, dari Jerteh, Terengganu, menghidupkan kereta Ford Laser itu selepas membeli-belah.

"Ketika hendak balik jam 5 petang, kereta tidak dapat dihidupkan. Saya dan Akma cuba menolak tetapi gagal," katanya di wad Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZII), di sini, semalam.

Nurul Ain berkata, Sabri meminta dia mengendalikan kereta dan diajar cara menghidupkan enjin.

"Saya tidak tahu memandu kereta. Jadi, Sabri mengajar secara ringkas termasuk meminta menekan pendikit minyak dengan kuat serta memasukkan gear".

"Ketika mereka menolak kereta, saya memasukkan gear dan secara tiba-tiba enjin kereta hidup sebelum meluncur laju. Saya hilang kawalan dan kereta terjunam ke tingkat bawah.


NURUL AIN (kiri) ditemani adiknya dirawat di Hospital Raja Perempuan Zainab II, Kota Bharu

"Saya bimbang keselamatan Akma kerana sangka dia turut terjatuh," katanya yang semakin pulih daripada trauma kejadian itu.

Nurul Ain bersyukur kerana terselamat walaupun terjatuh dari ketinggian 20 meter dan cedera ringan akibat terkena serpihan kaca.

Katanya, kira-kira jam 2 pagi semalam, dia dikejutkan seorang lelaki di wad yang menuduhnya menjadi punca ramai mati.

Sementara itu, Nurul Akma berkata, sejurus kereta itu menjunam, dia bergegas turun dan terkejut melihat mangsa terbaring berlumuran darah menyebabkannya panik dan menangis.

"Seorang wanita menenangkan saya sebelum dihantar pulang tanpa mengetahui nasib kakak. Kira-kira jam 12 malam, polis mengambil saya untuk membuat laporan dan melawat kakak di hospital," katanya. - Berita harian

-------------------------------------------------------------------------------------------

Lelaki, Wanita Ditahan Bantu Siasatan Kereta Menjunam Di KB Mall

KOTA BAHARU, 8 Dis (Bernama) -- Polis menahan seorang lelaki dan seorang wanita bagi membantu siasatan berhubung kejadian sebuah kereta yang menjunam jatuh ke dalam pasar raya KB Mall di sini dua hari lepas yang membunuh dua pelajar kolej kejururawatan.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata lelaki berusia 20-an itu di tahan pukul 3 petang Isnin manakala yang perempuan ditahan Isnin malam di rumah masing-masing.

"Kedua-duanya kini direman beberapa hari bagi membantu siasatan yang dibuat mengikut Seksyen 304 Kanun Keseksaan kerana dikaitkan menyebabkan kematian dalam insiden itu," katanya kepada pemberita di pejabatnya di sini, Selasa.

Dalam kejadian pukul 5 petang Ahad lepas, dua pelajar perempuan Kolej Kejururawatan Masterskill cawangan Kota Baharu, Siti Nor Amira Samsuddin, 19, dan Siti Nor Diana Azman, 18, terbunuh akibat dihempap kereta terbabit ketika berada di atas tangga bergerak pasar raya itu.

Dua lagi cedera parah iaitu Rashidah Ahmad Lutfi, 24, juga pelajar kolej yang sama dan pemandu kereta terbabit, Nurul Ain Said, 17, di mana kedua-dua dirawat di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZII) di sini.

Kedua-dua lelaki dan wanita yang dipercayai rakan kepada Nurul Ain menghilangkan diri selepas kejadian itu.

Siasatan lanjut kini tertumpu kepada punca dan sebab kejadian.

Semalam Abdul Rahim berkata struktur tembok penghadang kenderaan di tempat letak kereta tingkat tiga bangunan pasaraya KB Mall yang tidak kukuh dipercayai punca kepada kereta yang dipandu Nurul Ain terjunam ke dalam bangunan.

Beliau berkata sekiranya tembok setinggi 1.8 meter itu dibina dengan bata dengan terdapat tetulang besi di dalam, mustahil ia boleh runtuh sebagaimana yang berlaku itu.

Difahamkan lelaki yang ditahan semalam adalah abang angkat kepada Nurul Ain dan kenderaan Ford Laser TX3 itu telah dipinjam oleh abang angkat berkenaan daripada seorang rakannya untuk membawa Nurul Ain dan adik, Nurul Akmal, 14, ke pasar raya itu untuk membeli-belah.-- BERNAMA

Aku cuma nak kata:
Jika benar seperti apa yang dilapor oleh media. Secara umum nya, dari laporan media diatas ada banyak andaian dan kesimpulan yang boleh aku buat dan agak.

1.
Ini lah masaalah nya budak perempuan sekarang. Mereka tak suka ikut emak atau bapak masing masing. Mungkin kalau ikut emak bapak, pergerakan terkongkong. Budak budak ini lebih suka ikut abang angkat yang mana silap haribulan akan diangkat nya kain budak perempuan itu. Ye lah...... buat nya abang angkat merangkap boyfriend @ buaya darat.

2. Kereta yang terjunam itu adalah kereta pinjam. Abang angkat budak perempuan itu iaitu Sabri Yusuf meminjam kereta tersebut dari kawan nya. Kemalangan telah pun berlaku dan melibatkan kematian. Kes berat tu !!!. Apa kah implikasi nya ?. Yang ini selalu nya budak budak muda ini tidak fikir sebelum buat sesuatu. Yang mereka tahu.....SERONOK !.
a). Kereta kawan tu siapa nak ganti. Sabri ?... Belum tentu rasa nya.
b). Kalau kereta itu saja lah yang kawan si Sabri tu ada, tak ke 'patah kaki' kawan tu nak kesana sini ?
c). Insuran dan insuran pemandu ke-2, cukai jalan dan lesen memandu ada dan hidup lagi ke tidak ?
d). Mangsa yang dah meninggal dunia kita sedekah kan Al-Fatihah. Kalau waris waris si mati saman macam mana ?.?

Bab pinjam kereta ini memang aku tak pernah bagi pinjam pada sesiapa. Nak kata kedekut pun tak pe. Aku rela dari pada jadi macam kes diatas. Kecuali lah kalau 'kecemasan', itu pun aku sendiri yang akan pandu.

3. Kalau tak reti memandu jangan sekali kali pegang stereng tanpa ada orang sebelah. Dalam kes diatas, jangan marah kalau aku kata Sabri memang bodoh kerana meminta Nurul Ain duduk di kerusi pemandu. Sedangkan pemandu yang baru dapat lesen memandu pun kena pakai 'P'.

4. Takdir dah nak jadi, nak buat macam mana ?. Ayat yang selalu diguna untuk alasan. Kalau pun nak kata takdir, boleh lah kepada 2 orang mangsa diatas eskalator tu. Sesiapa pun boleh kena. Aku pun boleh kena.., siapa sangka sedang naik tangga, tiba tiba kereta datang dari atas kepala. Itu memang boleh dikata kan 'Takdir', tetapi untuk 2 orang iaitu Sabri dan Nurul Ain..., kamu berdua mencari 'Nahas'.

Kesimpulan nya, berfikir dulu sebelum buat sesuatu dan jangan pinjam kereta orang lain. Kalau tak kena apa apa, tak apa lah..., tapi kalau jadi macam kes diatas....???? ..Apa macam ??

Sekian

Get Paid To Read Emails. Free To Join Now!
http://www.emailcashpro.com


08 December 2009

Cek (Cheque) ke-7 dari Nuffnang



Syukur Alhamdulillah !!, Cek ke-7 dari Nuffnang dah sampai hari ini. Jumlah nya RM 72.24. Walaupun sedikit, tetapi itu lah jumlah terbanyak yang pernah aku dapat. Jumlah keseluruhan yang telah Nuffnang bayar kepada aku adalah sebanyak RM 410.94.

Kepada sesiapa yang nak cari duit untuk bayar bill streamyx atau broadband boleh cuba klik http://www.nuffnang.com.my/. Buat masa ini nampak OK, akan datang tak tahu la...., tapi kan, apa salah nya mencuba sebab kita tak keluar 1 sen pun.

Get Paid To Read Emails. Free To Join Now!
http://www.emailcashpro.com


07 December 2009

Kereta rempuh dinding kompleks KB Mall & terhumban di celah 2 eskalator


Kereta jenis Ford Laser hilang kawalan dan terjatuh menerusi bumbung serta terbalik menghempap tiga pelajar perempuan Kolej Kejururawatan Masterskill di celah eskalator tingkat bawah pusat beli-belah, KB Mall.- Foto Berita Harian

KOTA BHARU: Dua penuntut kejururawatan Kolej Masterskill meninggal dunia, manakala seorang rakan mereka cedera parah ditimpa sebuah kereta yang terjunam dari tempat letak kereta di tingkat tiga pusat beli-belah KB Mall, di sini, petang semalam.

Siti Nor Amira Shamsuddin, 19, dari Gua Musang, mati di tempat kejadian, manakala rakannya, Siti Nordiana Azman, 18, dari Wakaf Bharu, Tumpat, meninggal dunia ketika dihantar ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZII). Kedua-dua mangsa yang menuntut di Kampus Metro Masterskill Kota Bharu itu cedera parah di kepala.

Rakan kolej mereka, Rashidah Ahmad Lotfi, 24, dari Jerteh, Terengganu dan pemandu kereta, Nor Ain Said, 19, yang cedera parah pada kepala dirawat di HRPZII. Adik Nor Ain, iaitu, Nor Atikah, 17, yang berada dalam kereta berkenaan tidak cedera, tetapi melarikan diri.

Kejadian jam 5 petang itu berlaku apabila kereta jenis Ford Laser itu merempuh dinding lubang angin di ruang meletak kereta di tingkat tiga lalu terjunam dan menimpa mangsa yang ketika itu berada atas eskalator di tingkat dua.

Ketua Polis daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Zahruddin Abdullah, berkata Siti Nordiana tercampak ke tingkat bawah kompleks akibat ditimpa kereta berkenaan.

Beliau berkata, kejadian dipercayai berlaku ketika seorang lelaki yang dikenali sebagai Sabri menolak kereta yang tidak boleh dihidupkan di ruang meletak kereta di atas bumbung kompleks itu.


PEMANDU kereta, Nor Ain yang cedera ditenangkan anggota penyelamat

"Nor Ain yang memandu kereta mungkin tidak dapat mengawal kenderaan apabila enjin berjaya dihidupkan lalu merempuh dinding lubang angin dan terhumban melalui celah dua eskalator serta terhempap di aras bawah.

"Sebelum terhempap, kereta berkenaan mungkin menimpa tiga pelajar kolej berkenaan yang berada atas eskalator, menyebabkan Siti Nordiana tercampak ke aras bawah. Siasatan awal mendapati Nor Atikah yang tidak cedera berjaya keluar dari kereta dan melarikan diri," katanya.

Beliau berkata, lelaki yang dikenali sebagai Sabri, dipercayai kenalan mereka turut melarikan diri dan polis sedang mengesan mereka.

Penolong Pengarah Operasi Bomba dan Penyelamat Kelantan, Shahril Yusman Md Yusof, pula berkata siasatan awal mendapati kereta itu jatuh daripada ketinggian 20 meter.


SEORANG mangsa yang parah diusung, sementara rakannya, Siti Nor Amira mati di tempat kejadian

"Kereta terbabit terbabas lalu memasuki siling di aras tiga sebelum terjatuh dan terbalik di celah tangga bergerak di aras bawah," katanya yang mengetuai enam anggota ke lokasi kejadian.

Seorang saksi, Mohd Jawaidi Moha Zain, 23, berkata ketika kejadian, beliau yang juga Penolong Pengurus Kyros Kebab, yang terletak bersebelahan eskalator sedang melayan pelanggan.

"Tiba-tiba, saya terdengar bunyi dentuman. Saya sangka ada kebakaran di tingkat atas, tetapi amat terkejut apabila sebuah kereta terjatuh dan terbalik di celah tangga bergerak depan premis saya.

"Kejadian menyebabkan orang ramai menjerit ketakutan. Saya meminta pelanggan menyelamatkan diri kerana bimbang kereta terbabit meletup dan terbakar," katanya yang kemudian menutup premis perniagaan itu.

Beliau juga mendakwa melihat seorang mangsa yang terbunuh terjatuh sehingga menyebabkan pelbagai barangan peribadinya bertaburan.

Berikutan kejadian itu, semua premis niaga di pusat beli-belah itu ditutup sementara bagi memudahkan kerja menyelamat dan membersihkan kesan kemalangan. - www.bharian.com.my

Aku cuma nak kata:
Takziah kepada semua mangsa yang terlibat. Iktibar yang boleh diambil:

1. Maut menjemput dimana mana sahaja tanpa kita duga samasekali.

2. Design atau rekabentuk setiap bangunan yang mempunyai tempat letak kereta 'mesti' mempunyai penahan dan tidak hanya bergantung kepada batu bata semata mata. (Sila rujuk pada gambar/foto)


Dibawah ini ada lagi sedikit gambar/foto dan klip video yang aku ambil dari http://ruangbicarapriamalaya.blogspot.com (terima Kasih)

















































Get Paid To Read Emails. Free To Join Now!
http://www.emailcashpro.com


05 December 2009

Penipu dan pembohong ada dimana mana




Fuiyoooo!!!
Banyak nya medal dia, sampai tak cukup tempat nak letak. Terpaksa letak 2 baris, sehinggakan medal medal tersebut akhir nya dipertikaikan kerana tidak mungkin seseorang itu boleh mendapat 17 medal sekali gus. Apa yang boleh diambil iktibar dari gambar diatas dan cerita nya(dibawah)?. Moral of the story:

1. Kalau nak menipu pun berpada pada lah. Jangan sampai penipuan itu tidak logik dan akhir nya orang tahu kita menipu. Kan kita jugak yang malu. Lain lah kalau muka tak tahu malu...

2. Di Malaysia ini pun ada negeri yang besar nya sekangkang kera tapi bagi 'medal' banyak nya bukan kepalang. 20 atau 30 tahun lagi mahu penuh 1 negeri dengan pemegang 'medal'. Apa tidak nya, orang luar yang sumbangan nya cuma sebesar taik hidung pun boleh dapat. Tak apa kot, sebab itu bukan menipu dan membohong.

Harap harap bekas anggota tentera Malaysia yang kita sanjung tidak begitu. Kalau ada upacara rasmi, pakai lah 'medal' apa yang ada sahaja. Tak payah lah tambah tambah.

Salute to Kanang Anak Langkau kerana beliau adalah satu satu nya pemegang pingat "Seri Pahlawan Gagah Perkasa" dan "Pingat Gagah Berani" yang masih hidup.

Sekian

Di bawah ini cerita untuk foto diatas:


Fraud! Remembrance Day conman who marched with 'impossible' haul of 17 medals
Last updated at 9:11 AM on 05th December 2009

Cheered by thousands as he marched alongside brave troops during a Remembrance Day parade, he looked every inch the battle-hardened war veteran.

But on closer inspection, his striking collection of 17 medals - including the Distinguished Service Order and Military Cross - was not what it seemed.

No single servicemen could have been awarded all the medals, and they were wrongly displayed, experts said last night.

Last night a hunt was under way for the fraudster after he took part in a big Remembrance Day parade in Bedworth, Warwickshire.

Wearing decorations without authority is a criminal offence under the Army Act 1955.

Bereaved families of servicemen killed in Afghanistan were among the crowds who applauded as he passed, but organisers became suspicious when they noticed his array of medals. He wore badges from campaigns including the Second World War, Korea and the Falklands, medals for both officers and other ranks, and foreign decorations.

The man, in a beige SAS beret, was confronted by a march organiser. He is said to have admitted to being a fake before leaving.

Martin Harrison, a medals expert from the Bedworth Armistice Day Parade committee, said the display of decorations was clearly fake.

He said: 'To start with you never wear two rows of medals - you wear one long row overlapping. The entire order is wrong.

'But the real outrage is over the gallantry awards. Swanning around with things he is not entitled to, especially under the present circumstances, is offensive. - www.dailymail.co.uk

Get Paid To Read Emails. Free To Join Now!
http://www.emailcashpro.com


03 December 2009

Perak senaraihitam kontraktor jambatan runtuh Kuala Dipang



IPOH, 3 Dis (Bernama) -- Kerajaan Perak telah menyenaraihitamkan syarikat kontraktor yang terbabit dalam tragedi jambatan gantung runtuh di Pusat Kokurikulum Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Kinta Selatan di Kuala Dipang, Kampar, daripada sebarang projek pembangunan di Perak.

Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir berkata kerajaan negeri akan membuat laporan polis sekiranya perlu bagi memastikan tindakan sewajarnya dapat dikenakan terhadap kontraktor terbabit.

"Kelalaian syarikat terbabit tidak boleh diambil mudah.

"Ia sangat serius kerana tiga nyawa telah terkorban," katanya ketika diminta mengulas kenyataan Menteri Kerja Raya Datuk Shaziman Abu Mansor bahawa kementerian itu tidak mempunyai kuasa untuk mengambil tindakan terhadap kontraktor berkenaan.

Bagaimanapun, Shaziman menggesa Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB) membuat laporan polis jika mahu tindakan undang-undang dikenakan terhadap kontraktor terbabit.

Zambry berkata sehingga Khamis kerajaan negeri belum menerima laporan lengkap berhubung siasatan kejadian itu.

Pada 26 Okt lepas, tiga murid maut apabila jambatan gantung yang mereka gunakan untuk menyeberang Sungai Kampar di Pusat Kokurikulum PPD berhampiran Sekolah Kebangsaan Kuala Dipang itu runtuh.

Kejadian pada 10 malam itu berlaku semasa aktiviti kokurikulum Perkhemahan 1Malaysia anjuran PPD itu yang membabitkan 298 murid dari 60 sekolah rendah dari Kampar, Tronoh dan Batu Gajah. -- BERNAMA

Aku cuma nak kata:
Betul ke?..., kalau betul bagus lah. Tindakan menyenaraihitamkan syarikat terbabit akan memberi iktibar atau amaran kepada lain lain kontraktor, tetapi cukup kah setakat senaraihitam kan saja ?. Mengapa syarikat atau kontraktor terbabit tidak didenda atau didakwa di mahkamah ?.

Satu lagi aku nak tanya. Mintak maaf lah kalau pertanyaan ini adalah 'stupid question'.

1.
Syarikat yang disenaraihitamkan atau pemilik syarikat yang disenaraihitamkan ?. Yang mana satu?.
2.
Apabila Syarikat kontraktor terbabit telah disenaraihitam, boleh tak tuan punya nya tutup syarikat dan buka syarikat baru ?.

Kalau nak tahu !, benda macam ini lah yang berlaku dalam skandal BMF (kertas putih nya aku pernah baca). BMF bagi pinjam duit kepada beberapa buah syarikat yang mana pengarah@tuan punya nya adalah orang yang sama.


Kesimpulan nya, kalau setakat senaraihitam syarikat tetapi tidak senaraihitam tuan punya syarikat maka Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir hanya lah membuat tindakan main wayang sahaja. Tuan punya tu mesti gelak pecah perut.


Sekian


Get Paid To Read Emails. Free To Join Now!
http://www.emailcashpro.com


02 December 2009

Selangor beri beg sekolah percuma


SHAH ALAM, 2 Disember - Kerajaan Negeri Selangor akan memberi bantuan beg sekolah percuma kepada 700 pelajar di setiap Dun di seluruh negeri Selangor.

Exco Kesihatan, Pekerja Ladang, Kemiskinan dan Kerajaan Prihatin, Dr Xavier Jayakumar berkata, agihan beg sekolah percuma itu akan dimulakan tiga minggu lagi melalui Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) masing-masing.

“Kita telah bersetuju untuk mengadakan program ‘Kembali Ke Sekolah ‘untuk keseluruhan negeri Selangor, kita akan belanja dekat 650 ribu ringgit untuk semua Adun,56 adun di Dun Negeri Selangor untuk back to school program dan ini akan disampaikan kepada Adun-adun tempatan dalam minggu yang ketiga di negeri Selangor”

Dr Xavier berkata demikian dalam sidang media selepas mesyuarat mingguan Exco, di sini petang tadi.

Jelasnya lagi, kerajaan telah memperuntukkan RM650,000 bagi program ini yang diyakini dapat memberi rangsangan kepada kanak-kanak untuk ke sekolah.

Beliau berkata pemberian beg sekolah percuma itu adalah bagi meringankan beban pelajar miskin dan keluarga yang berpendapatan kurang RM1,500.-selangorkini.com.my

Get Paid To Read Emails. Free To Join Now!
http://www.emailcashpro.com


01 December 2009

Isu kursus BTN : Menteri Umno bercanggah semasa sendiri

KUALA LUMPUR, 1 DIS - Anggota kabinet dari Umno hari ini mempamerkan keretakan dan percanggahan sesama diri dalam menangani isu kursus BTN.

Sehari selepas Menteri di Jabatan Perdana Menteri Nazri Aziz tampil mendedahkan bahawa kursus berkenaan mungkin dirombak atas arahan Perdana Menteri, Timbalan Menteri JPM Ahmad Maslan cuba memberi gambaran sebaliknya.

Beliau menafikan kurikulum BTN mungkin dirombak, sebaliknya cuma melalui proses “penambahbaikan’ minimum.

”Kita tambah baiklah…dalam ceramah kita tambah sebut 1Malaysia, lagu kita tambah,” kata Timbalan Menteri yang bertanggungjawab atas BTN.

Ahmad Maslan bagaimanapun enggan mengulas lanjut, sekadar berkata beliau yakin Nazri tidak menyampaikan mesej tepat mengenai kursus BTN.

“Saya tidak yakin dia kata begitu, saya rasa dia maksudkan, (kursus BTN) harus diperbaiki,” tambah beliau.

Nazri semalam berkata Najib mengarahkan kursus BTN dirombak untuk memastikan ia tidak menggugat perpaduan kaum dan selaras dengan konsep 1Malaysia yang dibawanya.

Beliau memberi arahan itu meskipun timbalannya Muhyiddin Yassin mendakwa kursus BTN sudahpun disesuaikan dengan konsep 1 Malaysia dan tidak perlu diolah.

Najib memberi arahan itu selepas Selangor dan Pulau Pinang mengharamkan pegawai kerajaan negeri dan pelajar universiti menyertai kursus BTN.

Ini kerana kurikulum BTN didapati menjurus kepada memupuk sentimen perkauman di samping menggembleng sokongan untuk Umno-Barisan Nasional.

Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim berkata larangan itu bertujuan melindungi pelajar dan pegawai kerajaan daripada dakyah politik yang boleh memecahbelahkan rakyat. - www.selangorkini.com.my

Aku cuma nak kata:
Aku hairan juga mengapa hanya Umno sahaja yang beria-ia dan bermati-matian mempertahankan BTN. Manakala pimpinan yang terdiri dari MCA, MIC dan Gerakan serta komponen BN yang lain hanya membisu dan tidak mengulas apa-apa tentang kewajaran BTN diteruskan.
Kalau BTN ini bersifat nasional, sudah pasti mereka juga patut memberi pendapat.

Begitu juga dengan Program Khidmat Negara tu... tolong lah tengok tengok kan juga...

Sekian


Get Paid To Read Emails. Free To Join Now!
http://www.emailcashpro.com


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...