Photobucket
http://airrakyat.epetitions.net/images/petitions/046bde8e644231f0515ba45e14f2e9df/topBanner.jpg

07 January 2010

Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin kemalangan jalanraya di Ipoh

IPOH, 7 Jan: Menteri Besar Pakatan Rakyat Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin sedang ditahan di Wad 8C Hospital Raja Perempuan Bainun setelah terlibat dengan kemalangan jalan raya di hadapan Hotel Cassuarina, di sini pagi ini.

Menurut pembantu peribadinya, Amran Harun, semasa kejadian, Nizar yang memandu sendiri cuba mengelak sebuah kereta yang keluar dari simpang dan terbabas lalu melanggar pembahagi jalan.

Katanya, Ahli Parlimen Bukit Gantang itu hanya mengalami luka-luka di bahagian siku kanan walaupun kenderaannya rosak teruk.

Sementara itu, Berita Harian online melaporkan Nizar cedera selepas kereta dipandunya terbalik dengan empat tayar ke atas akibat kemalangan jalan raya di Ipoh pada 9.30 pagi tadi dan kini dirawat di Hospital Ipoh. - www.harakahdaily.net

Keadaan Kereta Dato Seri Ir Hj Nizar yang terbalik di hadapan Hotel

Pandangan dari sisi

Lawatan Wakil dari PSM

Pihak wartawan bersama Dato Seri

Dato Seri Ir Hj Nizar Jamaluddin sedang diambil keterangan oleh Pihak Polis

Adun-Adun PR berkumpul di depan Wad Kecemasan

Pimpinan Pas

Yb Siva dan Yb Tai mengadakan lawatan ziarah kepada Dato Seri Nizar

Bilik Dato Seri dipenuhi Rakyat yang hadir untuk bertanya khabar

Yb Husin Din dan Ramli Tusin turt kelihatan mengziarahi Dato Seri

Aku cuma nak kata:
Semoga Datuk Seri sabar menempuh dugaan ini. Aku juga mendoakan semoga beliau cepat sembuh.. InsyaAllah !!!!

Sekian


Get Paid To Read Emails. Free To Join Now!
http://www.emailcashpro.com


06 January 2010

Palestin tambah derita - Mesir bina tembok sempadan

Askar Mesir maut di Gaza


CAIRO - NOVEMBER 22: In this handout photo provided by the Israeli Government Press Office (GPO), Egyptian President Hosni Mubarak (R) meets with his Israeli counterpart Shimon Peres during a meeting November 22, 2009 in Cairo, Egypt. Mubarak and Peres on Sunday acknowledged differences over the contentious issue of Jerusalem.

GAZA - Seorang askar Mesir terbunuh manakala empat penduduk Palestin cedera dalam satu pertempuran bersenjata semalam semasa satu perhimpunan diadakan bagi membantah pembinaan tembok antipenyeludupan di sempadan Gaza.

Keganasan itu merupakan yang paling serius melibatkan pentadbiran Mesir dan pasukan Hamas sejak Kaherah mula membina tembok besi bawah tanah sebulan lalu bagi mengekang penyeludupan senjata dan barangan melalui terowong-terowong bawah tanah ke Gaza.

Di sempadan Mesir, beberapa pegawai keselamatan berkata, askar berusia 21 tahun itu maut terkena tembakan yang dilepaskan dari bandar Rafah di sebelah Palestin.

Saksi-saksi di Gaza memberitahu, beberapa anggota polis Hamas melepaskan tembakan ke arah pasukan keselamatan Mesir.

Beratus-ratus penduduk Palestin keluar bagi membantah pembinaan tembok itu yang digelar sebagai 'tembok maut'.

Beberapa saksi menyatakan berpuluh-puluh penunjuk perasaan membaling batu ke arah askar-askar Mesir yang kemudian melepaskan tembakan sehingga mencederakan empat penduduk Palestin. - Reuters

Aku cuma nak kata:
Kesian umat Islam di Palestin. Ingatkan ada jiran yang seagama, boleh lah tolong meringankan sedikit beban penderitaan umat Islam Palestin. Namun apa yang terjadi tidak begitu. Pemimpin Mesir, Hosni Mubarak bukan sekadar tidak membantu malah bersetongkol dengan Israel untuk menganiaya Palestin. Dulu Israel membuat tembok dan sekarang diikuti oleh Mesir. Hosni Mubarak tergamak bertindak begitu hanya kerana Mesir mempunyai hubungan diplomatik dengan Israel. Kadang kadang tingkah laku nya amat menyakitkan hati umat Islam keseluruhan nya.


In this handout photo provided by the Israeli Government Press Office (GPO), guest of honor United Nations Secretary General Ban Ki-moon speaks with Syrian President Bashar Assad as Egyptian President Hosni Mubarak stands with Finnish President Tarja Halonen and Israeli Prime Minister Ehud Olmert on Bastille Day on July 14, 2008 in Paris, France. Leaders joined Bastille Day celebrations by watching a military parade on the Champs-Elysees. The Union of the Mediterranean, French President Nicolas Sarkozy's brain child to increase ties and combat fundamentalism with the North African and Middle Eastern countries, now include all European Union member states on the insistence of German Chancellor Angela Merkel. - (July 14, 2008 - Photo by Francois Durand/Getty Images)


In this handout image provided by the Israeli Government Press Office (GPO), Israeli President Shimon Peres (L) shakes hands with Egyptian President Hosni Mubarak during a press conference on July 7, 2009 in Cairo, Egypt. Peres and Mubarek discussed a number of issues including Israeli settlement activity, the possibility of achieving a two state solution involving the Palestinians and the situation of Israeli soldier Gilad Shalit who was captured by Hamas in 2006. - (July 7, 2009 - Photo by GPO/Getty Images Europe)


Egyptian President Hosni Mubarak (R) speaks with Israel's Prime Minister Benjamin Netanyahu at the Presidential Palace in Cairo December 29, 2009.

Sepatut nya kena ada ramai pemimpin yang mengaku Islam di seluruh dunia mencontohi PM Turki Recep Tayyip Erdogan berurusan dengan pemimpin-pemimpin Israel. PM Turki tersebut, menyebabkan hadirin Forum Ekonomi Dunia (WEF) 2009 terdiam apabila memarahi Presiden Israel, Shimon Peres, kerana menafikan Tel Aviv bersalah mengganas di Gaza dengan berkata: "Kamu bunuh mereka."



Get Paid To Read Emails. Free To Join Now!
http://www.emailcashpro.com


05 January 2010

Cek (Cheque) ke-8 dari Nuffnang



Syukur Alhamdulillah !!, Cek ke-8 dari Nuffnang dah sampai hari ini. Jumlah nya RM 65.10. Jumlah keseluruhan yang telah Nuffnang bayar kepada aku adalah sebanyak RM 476.04.

Kepada yang belum joint. Joint cepat. Berblog dan tanpa perlu bayar apa-apa, anda pulak dibayar. Ada 1 lagi kalau nak cuba. Simpan serta share gambar dan anda dibayar. Ini pun free. Bagi aku, bab bayar tu soal ke 2. Yang penting gambar boleh simpan di Internet dan kita boleh buka dan 'share' dimana mana sahaja asalkan ada sambungan internet. Siapa minat boleh lah klik http://www.shareapic.net untuk menjadi 'members'. Selamat mencuba !!!!!

Sekian.

Get Paid To Read Emails. Free To Join Now!
http://www.emailcashpro.com


04 January 2010

Beban rakyat makin bertambah, minyak petrol dan diesel dijangka naik Mei 2010

Tinjauan Detik Selangor, buletin harian hanya di TVSelangor.com, siaran secara langsung TV sesawang maya ini, mendapati rungutan ramai kalangan rakyat bahawa mereka terus dibeban dengan kenaikan harga barang pengguna, khususnya kenaikan harga gula sejumlah 20 sen sekilo, berkuatkuasa semalam.

Rakyat dibebankan kenaikan harga gula dari RM1.45sen sekilo kepada RM1.65sen di Semenanjung dan RM1.75sen di Sabah dan Sarawak.

Bendahari Agung FOMCA Mohd Yusof Abdul Rahman mengingatkan rentetan kenaikan lain-lain barangan pengguna akibat dari keputusan kerajaan Barisan Nasional menaikkan harga gula ini.

Dinyatakannya demikian dalam rancangan Apa Khabar Selangor, hanya di TVSelangor.com di sini semalam.

Mohd Yusof Abdul Rahman turut mendedahkan siapa Raja Gula dulu, Robert Kuok, dan kini, Syed Mokhtar Al-Bukhari yang mungkin meraih manfaat dari kenaikan ini khususnya harga gula.

Mohd Yusof Abdul Rahman mengkritik Belanjawan 2010 Kerajaan Malaysia sebagai tidak banyak memanfaatkan rakyat.

Tambahnya terdahulu harga minyak telahpun dinaikkan, diikuti dengan harga rokok pada 2009, dan di pembukaan 2010 kerajaan Barisan Nasional pimpinan YAB Dato' Seri Mohd Najib Abdul Razak telah memutuskan kenaikan harga gula serta menarik kembali subsidi roti putih.

Kejutan seterusnya menurut Mohd Yusof Abdul Rahman ialah kenaikan harga minyak petrol dan diesel dijangka Mei depan.

Satu kelemahan bersabitan kenaikan harga barangan pengguna menurut pandangan pemimpin FOMCA ini, ialah ketiadaannya Suruhanjaya Harga di Malaysia, diwujudkan supaya ada kawalan ke atas sesiapa yang ingin menaikkan harga barang secara wewenang.

Walaupun disertakan dalam sesi dialog, namun FOMCA tidak dirujuk kerana tiada keperluan berbuat demikian dalam penentuan berapa kenaikan harga gula, katanya lagi.

Di kalangan rakyat ada yang bertanya inikah kelebihan 1Malaysia yang digembar-gemburkan bahawa rakyat didahulukan dan pencapaian diutamakan?- tvselangor.com


Adun Taman Medan Haniza Talha membidas tindakan kerajaan pusat pimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai tidak bertanggungjawab kerana menaikkkan harga barang tanpa mengambil kira perit jerih rakyat bawahan.

Aku cuma nak kata:
Rokok dah naik, gula dah naik, roti dah naik, petrol akan naik.....
Darah rakyat tak naik ke???? he..he...sabau aje lah labuuuuuuu...


03 January 2010

Perkataan 'Allah' dalam Mingguan Herald The Catholic, suatu permulaan ?...

Keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Khamis lalu membenarkan mingguan gereja Katolik, Herald, menggunakan perkataan "Allah" dalam penerbitannya mengundang berbagai polemik dan rasa kurang senang terutama nya kepada umat Islam. Berbagai bagai pandangan, ulasan dan tindakan dilontarkan. Antara nya :
1. Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein kata KDN akan mengemukakan rayuan ke mahkamah yang lebih tinggi. Mahkamah rayuan? (baca disini)
2. Ustaz Idris Haji Ahmad, Ketua Penerangan PAS Pusat berkata PAS kecewa Mahkamah benarkan perkataan Allah dalam Mingguan Herald The Catholic. (baca disini)

Dari sudut agama, pada pendapat aku yang tak pandai agama ini lain sikit. Dengan keputusan Mahkamah tersebut, aku berpendapat pihak gereja Katolik telah berjaya sebagai permulaan dan mukadimah dalam misi mereka yang seterus nya iaitu:

1. Menyebarkan agama mereka
Ini hanya lah permulaan. Mereka dapat guna perkataan 'Allah' dalam mingguan gereja (lebih kurang buletin la..). Setelah diberi betis, tak mustahil mereka akan mintak peha. Mungkin mereka akan mintak perkataan 'solat', 'Baitullah' dan berbagai lagi.

2. Supaya Agama Islam dilihat lebih liberal dan toleran
Sebelum ini pun Agama Islam cuba di liberalkan oleh umat Islam sendiri. Aminah Wadut contoh nya, telah meliberalkan nya apabila dia menjadi imam solat yang makmum nya terdiri dari lelaki dan wanita. Selain Aminah, siapa punya kerja agak nya??. Di Malaysia, kita ada Sister in Islam yang tak jauh beza nya, cuma tak seberani Aminah Wadut. Ada sesiapa masih ingat bagaimana ada usaha usaha untuk meliberalkan bacaan doa untuk disesuaikan dengan semua agama?.

3. Supaya generasi umat Islam sekarang dan akan datang semakin keliru dan akhir nya menjauhi agama.
Siapa kah yang akan mempertahankan Islam kalau bukan jenerasi akan datang. Apa jadi kalau mereka melihat agama Islam itu sama saja dengan agama lain. Lebih lebih lagi agama kristian. Tidak mustahil satu hari nanti gereja gereja di hiasi dengan logo logo tulisan Allah. Menara di letak lambang Allah ganti lambang salib.Hingga akhirnya Masjid dan gereja nampak kurang perbezaan nya. Siapa nanti akan keliru?

Dari sudut politik pula, ada banyak spekulasi.
1. Sudah pasti semua penerbitan tertakluk kepada kelulusan KDN. Pada 7 Jan. 09, KDN telah meluluskan permit penerbitan Herald bagi tempoh 1 Jan sehingga 31 Dis 2009, dengan syarat perkataan "Allah" tidak digunakan di dalamnya dan perkataan "Terhad" mesti dicetak pada muka depan majalah mingguan itu yang hanya boleh diedarkan kepada penganut Kristian serta di gereja sahaja. Bagaimana pula dengan permit penerbitan bagi tempoh 1 Jan hingga 31 Dis 2010?. Permit itu sebenar nya telah pun diluluskan sebelum mahkamah membuat keputusan. Boleh atau tidak KDN menarik balik permit berkenaan?(baca disini)

2. Sudah tentu lah kerajaan BN terutama nya UMNO mendapat munafaat yang besar dari isu ini.
Pertama: Kerajaan BN dapat lah bernafas sedikit apabila tumpuan pergi kepada isu ini dan isu seperti kehilangan enjin jet F-5E, dakwaan kematian Teoh Beng Hock adalah dibunuh dan berbagai isu yang menyenak kan BN dapat sekurang kurang nya diredakan.
Kedua: Kerajaan BN seboleh boleh nya akan menggunakan isu ini untuk menunjukan bahawa parti pembangkang khusus nya PAS tidak komited untuk mempertahan kan Islam. Akan digambarkan juga pimpinan PAS bertelagah sesama sendiri dalam isu ini.
Ketiga: UMNO akan mengambil kesempatan melalui demontrasi dan media massa untuk menunjukkan bahawa hanya UMNO lah yang boleh diharap untuk membela Islam dan mengajak semua orang melayu kembali semula kepangkuan UMNO kerana PAS sudah tidak boleh diharap.

Sekian

02 January 2010

Bull kills man in Colombia New Year's Eve bullfight

SAMPUES: A Colombian man was killed by a bull in Sampues, Colombia during New Year''s celebrations that feature the corralling and fighting of bulls. Walter Perdomo, 34, was knocked to the ground and then gored several times by the bull.

Amateur video aired by Colombia''s news network RCN showed when Perdomo was lifted into the air by the 500 kilo bull.Fellow bullfighters and spectators honoured Perdomo on Friday (January 01) in the very ring he was killed. "Here we are bidding our final farewell on this first of January, which we are going to start off bad burying a bullfighter who left us," bullfighting fan Luis Cuadrado said. The bull''s horns entered Perdomo''s body through his abdomen and perforated his liver.

Aku cuma nak kata:
Takde penyakit cari penyakit. Akhir nya nyawa melayang. Saksikan klip video nya dibawah.



Get Paid To Read Emails. Free To Join Now!
http://www.emailcashpro.com

01 January 2010

Tan Sri Mohamed Rahmat @ Tok Mat @ Mat Bulat telah kembali kerahmatullah



Mantan Menteri Penerangan dan pemimpin veteran UMNO, Tan Sri Mohamed Rahmat meninggal dunia di kediamannya di Bukit DAmansara, Kuala Lumpur pagi ini.

Beliau merupakan bekas Setiusaha Agung Umno dan menyandang jawatan itu sejak Umno baru ditubuhkan. (baca disini)

Pada 10 Jun 2008, Mohamed pernah dimasukkan ke Jabatan Nefrologi, Hospital Kuala Lumpur kerana sakit dada.

Buku nukilan beliau “Umno: Akhir Sebuah Impian” yang memaparkan manipulasi politik yang dilakukan pemimpin Umno terdahulu dalam mengekalkan kekuasaan dilancarkan tahun lalu.- http://www.tvselangor.com


Aku cuma nak kata:

Allahyarham juga dikenali dengan gelaran ' Mat Bulat' dikalangan kenalan rapat beliau dan seorang ahli politik yang cukup mesra dengan para wartawan.

Sebagai Menteri Penerangan pula Allahyarham lebih dikenali sebagai 'Tok Mat'. Apa yang aku boleh ingat (kalau tak salah la..) pada zaman Allahyarham menjadi Menteri Penerangan lah artis-artis lelaki berambut panjang dan artis perempuan berpakaian seksi dan menjolok mata tidak dibenarkan muncul di kaca TV sehingga kan 'Amy Seach' membotak kan kepala tanda protes. Selepas Allahyarham, larangan tersebut hilang entah kemana sehingga lah sekarang.

Semoga Allah mencucuri rahmat keatas roh Allahyarham


- Al-Fatihah (الفاتحة)...


Get Paid To Read Emails. Free To Join Now!
http://www.emailcashpro.com


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...