Get Paid To Read Emails. Free To Join Now! http://www.emailcashpro.com/?r
26 May 2012
Peneroka hadir terima durian runtuh memakai baju korporat putih berlogo PKR, DAP & Pas
Get Paid To Read Emails. Free To Join Now! http://www.emailcashpro.com/?r
07 December 2011
Waspada dengan "kaki sembelih" yang menyamar di lebuhraya!
Sumber: [Penarik Beca]
Get Paid To Read Emails.
Free To Join Now! http://www.emailcashpro.com
15 November 2011
Apa lagi yang kita boleh katakan? SPRM, apa JAWAPAN kamu?
04 October 2011
Pesara mohon dibayar COLA
LANGKAWI, 4 Oktober (Bernama) - Persatuan Pesara-Pesara Malaysia meminta kerajaan menimbang pemberian elaun kos sara hidup (COLA) kepada semua pesara awam membantu meringankan beban mereka berikutan kenaikan harga barang.
Presiden persatuan itu Datuk Paduka Wan Mahmood Pawan Teh berkata, ini adalah antara beberapa perkara yang sedang diperjuang oleh persatuan untuk manfaat pesara.
"Perbincangan masih diteruskan dengan perkembangan positif,” katanya pada majlis perasmian persidangan perwakilan persatuan itu oleh Sultan Kedah Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah di Langkawi malam tadi.
Seramai 430 anggota perwakilan dan pemerhati hadir pada persidangan itu. - Bernama
------------------------------------------------------------------------------------------------
Retirees Seek Cost of Living Allowance
The Malaysian Retirees Association has asked the government to consider providing the cost of living allowance (Cola) to retirees to help lighten their burden in the wake of the spiralling prices of goods.
The president of the association Datuk Paduka Raja Wan Mahmood Pawan The said this was among the matters pursued by the association to assist retirees.
"Discussions is still going on," he said at the opening of the association''s 24th Annual Delegates Conference by the Sultan of Kedah Tuanku Abdul Halim Mu''adzam Shah at Langkawi Sports Complex here last night. The discussion was "positive," he said.
A total of 430 delegates and observers attended the conference. The assciation has 30,000 members.
He said the association was grateful to the government on the approval of several applications which showed that the government cared for the lower income group. -- BERNAMA
Aku cuma nak kata:
Apabila sampai ke saat persaraan memang membebankan sebab lebih separuh pendapatan bulanan hilang sedangkan perbelanjaan bulanan macam tu jugak. Tambah pulak harga barang keperluan harian naik menyebabkan ramai pesara terpaksa bekerja semula. Bekerja bukan untuk mengisi masa yang terluang tetapi bekerja untuk pendapatan.
Menteri menteri dan yang seangkatan ada macam macam elaun. Semua nya ditanggung beres. Pada hal mereka bukan buat apa pun sangat. Menguruskan kan Negara ini dan buat dasar yang kadang kala lebih banyak menyusahkan rakyat dan hanya menguntungkan mereka, kroni dan kapitalis yang memberi dana untuk parti mereka. Manalah mereka tahu kos harga barang meningkat atau tidak. Tanya mereka bila kali terakhir mereka atau isteri pergi berbelanja di pasar? Hanya rakyat biasa yang tahu betapa kos sara hidup naik menggila. Oleh itu kerajaan perlu pertimbangkan permintaan tersebut.
http://www.emailcashpro.com
21 September 2011
Rokok - Kurangkan Pengaruh Syarikat Tembakau
| S M Idris |
Di Malaysia dan seluruh dunia, merokok semakin meningkat dalam kalangan penduduk. Kita kelihatan semakin kalah dalam perjuangan memandangkan lebih ramai orang yang mengamalkan tabiat menagihkan ini.
‘Perang’ antara aktivis prokesihatan yang mendedahkan bahaya merokok dan industri tembakau yang berpengaruh dalam lingkungan anggota kerajaan dan ahli politik begitu berat sebelah. Tidak hairanlah merokok semakin meningkat di sebalik semua usaha yang dilakukan. Merokok membunuh lebih lima juta orang setiap tahun dan kematian tahunan global diramalkan meningkat kepada lapan juta menjelang 2030. Di Malaysia, terdapat lima juta perokok, daripadanya 0.7% adalah gadis berusia 13 hingga 18 tahun atau 35,000. Adalah dianggarkan lebih 50% lelaki dewasa merokok dan 10,000 rakyat Malaysia mati setiap tahun akibat penyakit berkaitan merokok seperti kanser, penyakit jantung, strok dan penyakit pernafasan. Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), wanita merupakan kira-kira 20% daripada anggaran 1 bilion perokok dunia. Di mana sahaja mereka menjadi sasaran yang berpotensi dan bilangan mereka semakin meningkat. Asap tembakau dipenuhi dengan ‘racun’ dan fakta ini telah lama dibuktikan dan didedahkan, di sebalik kempen media yang besar oleh industri tembakau untuk mengaburi kebenaran ini. Program pendidikan kesihatan awam berhubung risiko kesihatan daripada merokok amat penting tetapi ia mestilah selari dengan langkah yang lebih kukuh bagi memaksimumkan kesan untuk membalas iklan oleh syarikat tembakau. Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) bimbang terhadap peraturan dan penguatkuasaan yang longgar terhadap merokok di Malaysia. Ini menimbulkan persoalan serius berhubung kod etika dan tingkah laku kerajaan dalam menangani perkara yang berkaitan dengan syarikat tembakau. Oleh sebab itu, CAP menggesa supaya langkah segera diambil untuk menghalang daripada meningkatnya tabiat merokok. A. Mengadakan Kod Tingkah Laku Bagi Wakil Kerajaan Untuk ketelusan dan menyakinkan rakyat Malaysia bahawa kerajaan serius dalam membasmi merokok, seharusnya terdapat kod tingkah laku untuk mengawal semua pegawai kerajaan yang ada kaitan dengan syarikat tembakau. Komunikasi antara pihak mestilah jelas dan terbuka bagi mengawal sebarang pengaruh daripada ahli politik dan pegawai kerajaan terhadap industri atau untuk mengelakkan sebarang kemunculan perbuatan yang tidak sewajarnya. Ini juga dapat mencegah ‘tanggungjawab sosial korporat’ digunakan oleh syarikat tembakau sebagai muslihat untuk mengadakan acara yang menggambarkan imej positif merokok. Melalui langkah seperti itu, orang awam dan perokok akan menerima bahawa kerajaan mengambil serius dalam memerangi wabak merokok dan tidak hanya sebagai menunjuk sedangkan mereka berpakat secara sulit dengan syarikat tembakau untuk mempromosikan nama jenama mereka. Menteri kerajaan, dan wakil kerajaan negeri dan persekutuan lain seharusnya tidak menghadiri atau merasmikan sebarang acara yang disokong, ditaja atau dianjurkan oleh syarikat tembakau kerana ini menunjukkan pengesahan atau pengiktirafan secara tersirat produk mereka. B. Hapuskan Pengenalan Jenama Pada Bungkusan Perokok telah menjadi begitu jelak dengan amaran grafik yang tidak lagi menarik perhatian mereka. Pada Jun tahun ini, Pentadbiran Makanan dan Ubatan (FDA) Amerika Syarikat mengeluarkan lebih banyak label amaran grafik yang baru untuk kotak rokok, termasuk imej pesakit dengan kanser mulut dan lelaki dengan asap rokok keluar daripada trakeotomi stoma. Di Malaysia, Kementerian Kesihatan merancang supaya kotak rokok menggunakan label amaran grafik baru pada Januari. Orang telah menjadi muak dengan amaran, tidak kira bagaimana menakutkan amaran bergambar itu. Kebanyakan perokok melihat sepintas lalu pada kotak sambil terus menyalakan rokok. Di Australia, undang-undang telah diluluskan bagi mencegah syarikat tembakau daripada memaparkan warna tanda dagangan mereka, reka bentuk dan logo pada kotak rokok. Semua kotak akan menggunakan satu warna dan nama jenama akan dikurangkan dengan tanda amaran meliputi 75% daripada bahagian depan berbanding 40% bahagian depan di Malaysia. C. Jadikan Merokok Sebagai Tidak Glamor Kerajaan perlu melaksanakan aktiviti kawalan tembakau yang menjauhkan orang ramai daripada memulakan tabiat merokok, meningkatkan usaha berhenti merokok, dan mengurangkan pendedahan kepada asap pasif memandangkan matlamat kita adalah untuk gaya hidup bebas merokok. Kita perlu menjadikan merokok sesuatu yang tidak biasa dan menjadikannya sebagai tidak glamor bagi mengurangkan berlakunya dalam kalangan belia dengan menggunakan selebriti dan melarang sebarang acara, konsert, festival yang melibatkan belia dianjurkan atau ditaja oleh syarikat tembakau. Semakin ramai mereka yang merokok di sebalik bahayanya. Di samping glamor, mereka merokok untuk menghilangkan stres, dan mitos merokok sebagai pelepas tekanan mestilah dihapuskan. D. Naikkan harga rokok Kerajaan mestilah menaikkan harga rokok agar tidak mampu dibeli oleh rakyat Malaysia atau mengurangkan aktiviti merokok dengan mengenakan duti eksais yang tinggi ke atas produk tembakau. Ia juga perlu selari dengan penguatkuasaan yang tegas untuk menghentikan penyeludupan rokok murah haram. Rakyat Malaysia menghisap sembilan bilion batang rokok haram setiap tahun. E. Kawal kedai yang menjual tembakau Kerajaan perlu menghadkan kedai yang dibenarkan untuk menjual produk tembakau. Hanya kedai tembakau yang perlu diberikan lesen untuk menjual produk ini, manakala penjualan rokok di kedai bebas cukai, kedai runcit dan lain-lain tempat perlu diharamkan.
S. M. Mohamed Idris
Presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang |
16 August 2011
Polis Trafik Malaysia minta 'wang kopi' dari pemandu Singapura
Pemandu dari singapura ini dikesan pandu melebihi had laju dilebuhraya.
Anda nilai la sendiri. Walaupun seorang polis yang ambil rasuah, semua POLIS trafik terkena tempias. Saman RM300 dirasuah dengan RM50 saja.
Ini pula adalah antara komen di singaporeseen.stomp.com.sg/stomp:
Jimmykidd12 said on 16 Aug, 2011.
Sumber berita :
1. http://singaporeseen.stomp.com.sg/stomp
2. http://mynewshub.my
Free To Join Now! http://www.emailcashpro.com
02 August 2011
Kelantan Mahu Import Beras Di Buka Untuk Negeri Pakatan
Kedua, untuk mencadangkan program pengurangan kos hidup yang melambung sekarang bagi membantu meringankan keperitan rakyat jelata. Ramadhan antara lain mendidik keprihatinan jiwa Mukmin terhadap anggota masyarakat yang lemah, terkesan dengan beban hidup dalam menyara kehidupan diri dan keluarga.
Melalui berlapar, kita merasai kesukaran rakyat yang miskin dan memerlukan. Kita menghayati keperitan mereka dan mendesak jiwa dan minda kita memikirkan seribu satu cara untuk berkongsi penderitaan mereka.
Salah satu isu yang menghimpit rakyat sekarang adalah kenaikan kos barang-barang keperluan seharian, seperti YAB Datuk Seri sendiri mengakuinya dengan cadangan langkah memerangi kos kehidupan sebagai satu lagi bidang keberhasilan utama negara seperti yang diumumkan oleh YAB sehari dua yang lalu.
YAB Datuk Seri,
Pada pandangan saya, Kerajaan Pusat mempunyai kuasa dan cara yang boleh menurunkan harga barang keperluan dengan segera, terutama beras, gula, tepung dan susu.
Salah satu penyumbang bagi tingginya harga barang-barang ini ialah dasar yang salah yang dilaksanakan oleh Kerajaan YAB Datuk Seri sendiri iaitu menentukan import kepada monopoli agensi atau syarikat tertentu.
Tanpa monopoli ini, harga barang keperluan dapat diturunkan serta merta.
YAB Datuk Seri,
Sebagai membuktikan dakwaan saya, YAB Datuk Seri boleh menyemak perbandingan harga dunia dan harga yang dikenakan kepada pengguna Malaysia. Sebagai contoh, harga beras gred berkualiti, purata adalah USD 650 semetrik tan. Bermakna harganya adalah RM 20 setiap sepuluh kilogram. Bandingkan berapa harga yang dikenakan kepada pengguna sekarang?
Bagi mengukuhkan pandangan saya bahawa harga barangan ini boleh dikurangkan melalui permit import yang tidak ekslusif kepada hanya satu syarikat seperti Bernas, izinkan Kerajaan Negeri melalui Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri, mengimport 500,000 metrik tan beras berkualiti premium untuk jualan Negeri Pakatan Rakyat sebagai langkah permulaan.
Seperti dalam makluman YAB Datuk Seri, penggunaan beras Negara adalah berjumlah 2 juta metrik tan dan apa yang kami pohon tidak menjejaskan pengguna negeri lain.
Insya’allah ia akan membantu empat perkara;
a. Harga yang lebih murah
b. Kualiti premium
c. Sekuriti bekalan makanan untuk keperluan Negara
d. Tidak membebankan kewangan kerajaan kerana ia tidak memerlukan subsidi.
Kami Insya’allah berkeupayaan melakukannya dalam tempoh dua minggu dari tarikh keizinan diberikan dan jika keizinan ini boleh disegerakan oleh YAB Datuk Seri, pengguna boleh menempuh Ramadhan ini dengan kos hidup yang lebih rendah.
Buat permulaan, Insya’Allah kami boleh mulakan dengan beras, gandum, susu dan gula.
Mengikuti surat ini nanti ialah surat-surat dan tindakan rasmi yang lain, termasuk dengan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan bagi menjadikan semangat Ramadhan membantu mereka yang berkesempitan suatu realiti.
Sekian, terima kasih.
Dato Hj Husam Musa
-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri
-Naib Presiden PAS
Sumber: http://husammusa.com
Aku cuma nak kata:
Sebelum ini Ketua Penerangan UMNO Malaysia, YB Datuk Ahmad Bin Maslan ada mencabar PR berkaitan isu harga barang. “Yang pembangkang ni kata BN ni barang naik, barang naik ni, saya nak mencabar hari ini pada pembangkang turunkan harga minyak di negeri yang mereka perintah, turunkan harga gula, turunkan harga minyak masak, turunkan harga LPG, turunkan harga diesel ….” ujar nya. Nak tengok sama ada DS Najib bagi izin atau tidak?....
Get Paid To Read Emails.
Free To Join Now! http://www.emailcashpro.com





