Photobucket
http://airrakyat.epetitions.net/images/petitions/046bde8e644231f0515ba45e14f2e9df/topBanner.jpg

19 September 2008

Nostalgia - Raja Komando & Zunar, ape citer sekarang ??

Lepak ngan Zaabar & Rahim Turner kat sebelah kolam renang sementara tunggu Abg. Mat Sabu sampai


Raja Komando usik aku ' berani budak ni, bagitau nama, rumah & kerja sekali'


Zunar tengah Sign kat lukisan tu


Aku & Zunar, depan tu Abg.Mat Sabu (Dulu sampai skg macam tuuu aje..awet muda)

Semasa membuat 'maintenance' PC aku, sedang delete mana-mana fail yang tak guna dan berstatus sampah, aku terjumpa fail gambar digital lama. Gambar-gambar tersebut adalah Majlis Ceramah Abang Mat Sabu untuk mengumpul dana pilihanraya PAS (cawangan mana? tak ingat la) yang diadakan di Hotel Mutiara Klang Bangunan Jabatan Agama Islam Jalan Meru, Klang pada 13-4-2003. Rasa nya hotel itu sekarang dah tak ada. , Gambar-gambar sewaktu aku naik ke pentas setelah menang 'Lelong Belanda' lukisan Kartunis Zunar atau nama sebenar nya Zulkiflee Anwar Haq. Aku memang peminat Zunar. Pada masa itu Zunar adalah antara beberapa tokoh pendokong reformasi era 1998. Beliau memberi sumbangan melalui lukisan kartun politik beliau, antara nya didalam Akhbar Harakah. Kalau tak silap pernah ditahan kerana dikata kan menghina PM ketika itu , Mahathir Mohammad. Trade mark beliau untuk Mahathir adalah hidung yang besar.

Seorang lagi tokoh ialah Raja Kamaruddin atau lebih dikenali dengan
'Raja Komando'. Beliau menjadi pengacara pada majlis tersebut. Raja Komando mendakwa bahawa beliau merupakan antara orang yang dipanggil oleh Dato' Aziz Shamsudin untuk menjayakan konspirasi menjatuhkan DSAI dalam kes Liwat 1. Beliau tidak pernah di siasat atau ditangkap kerana membuat dakwaan tersebut. Penghujung 2007, beliau dimasukkan ke hospital akibat serangan jantung. DSAI ada menziarahi beliau.

Bagaimana kah keadaan kehidupan mereka berdua sekarang ??. Tidak ada kah berita mengenai mereka ??. Ada kah mereka berdua masih sihat dan masih aktif dalam gerakan yang sekarang digelar Pakatan Rakyat atau mereka sudah berpaling ??.


Sekian

18 September 2008

Ayuh Kibar Jalur Gemilang

Meskipun tanggal 16 September telah berlalu, semangat Hari Malaysia masih utuh di kalangan warga Malaysia yang bermaruah.

Semangat ini melangkaui sempadan partisan, ia semangat yang terlahir hasil dari nawaitu untuk menjunjung amalan demokrasi, membudayakan perpaduan murni di kalangan agama dan kaum yang pelbagai, ke arah melahirkan sistem kenegaraan yang stabil dan bebas unsur penindasan berciri perkauman dan kabilah sempit.

Justeru, saya menyeru kepada seluruh warga Malaysia untuk sama-sama mengibarkan Jalur Gemilang di kenderaan, di rumah atau di mana saja sebagai tanda kasih kita kepada tanah air tercinta.

Semoga semangat ini terus berkibar dan berkobar ke arah merealisasikan Malaysia Baru!

ANWAR IBRAHIM

Sumber : http://anwaribrahimblog.com


17 September 2008

Seorang lagi blogger (kickdefella.wordpress.com) ditahan

17 September 2008

Seorang lagi blogger popular, Syed Azidi Syed Abdul Aziz ditahan polis di Kota Bharu petang ini.

Menurut Naib Presiden PAS, Husam Musa, blogger kickdefella.wordpress.com itu ditahan di rumahnya.

Syed Azidi yang bekerja dengan kerajaan negeri Kelantan, ditahan pada kira-kira jam 5 petang oleh sepasukan tiga orang anggota polis berpakaian biasa. Mereka turut merampas laptopnya.

Isterinya, Bariah Ishak berkata suaminya ditahan di bawah Akta Hasutan.Syed Azidi, menurut polis, akan dibawa ke Kuala Lumpur kerana laporan terhadapnya dibuat di sana.

Pada 23 Ogos lalu, Syed Azidi (di bawah tajuk Siasat Kickdefella Dibawah Akta Hasutan) telah menulis bahawa laman web pro-Umno telah mendesak supaya beliau disiasat di bawah Akta Hasutan.

Blogger tersebut mencetuskan kontroversi baru-baru ini selepas melancarkan kempen di talian supaya bendera Malaysia dikibarkan terbalik.

Kempen tersebut telah menarik perhatian perdana menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, yang menyifatkan tindakan itu sebagai 'kurang ajar'.

Perdana menteri berkata, perbuatan sedemikian bukan lagi boleh disifatkan sebagai satu perbuatan nakal tetapi amat jahat.

"Itu kurang ajar (bendera terbalik), tiada hormat langsung dengan bendera kita, apa yang marah sangat dengan bendera Malaysia," perdana menteri dilaporkan berkata.

Abdullah berkata, penulis blog itu cuba mencetuskan satu idea tanpa memikirkan kesan selanjutnya. Beliau berharap polis akan menyiasat perkara itu dan mengambil tindakan yang sewajarnya.

Apa Lah malang nya aku ber PM kan Pak Lah !!!


Abdullah Dan Najib Tukar Portfolio Kementerian, Komited Dengan Peralihan Kuasa

PUTRAJAYA, 17 Sept (Bernama) -- Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini bertukar portfolio pertahanan dan kewangan sebagai sebahagian daripada proses penyerahan kuasa daripada Perdana Menteri kepada timbalannya itu pada Jun 2010.


Kedua-dua pemimpin juga komited dengan tempoh peralihan kuasa seperti yang ditetapkan sebelum ini, dan untuk pemilihan Umno pada Disember ini, Abdullah akan mempertahankan jawatan Presiden Umno dan Najib sebagai Timbalan Presiden parti.


Bercakap pada sidang akhbar yang turut dihadiri oleh Najib di sini hari ini, Perdana Menteri berkata portfolio kewangan adalah penting dalam mengambil kira situasi ekonomi semasa dan ketidaktentuan ekonomi dunia.


Katanya beliau yakin Najib akan dapat melaksanakan peranannya yang amat penting itu terutama dalam memastikan ekonomi teguh dan kuat menghadapi cabaran.


Abdullah berkata dengan kedudukan Najib sebagai Menteri Kewangan kini, beliau (Najib) boleh memainkan peranan yang lebih penting apabila berada di New York untuk menghadiri Persidangan Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) minggu depan.


Ini kerana, sebagai Menteri Kewangan, Najib akan dapat menemui pelabur dan pengurus dana semasa di New York nanti, kata Perdana Menteri.


Abdullah turut mengumumkan Najib kini mengambil alih jawatan Timbalan Pengerusi Khazanah sejajar dengan kedudukannya sebagai Menteri Kewangan. Jawatan itu sebelum ini disandang oleh Abdullah. Najib pula berkata langkah Perdana Menteri melantiknya sebagai Menteri Kewangan menggambarkan keikhlasan Abdullah bahawa beliau adalah penggantinya kelak.


"Ia melambangkan keyakinan Perdana Menteri pada saya sebab saya akan sentiasa bincang dan rujuk pada Perdana Menteri, khususnya berkaitan dengan ekonomi, hala tuju ekonomi dan keutamaan ekonomi, supaya dasar-dasar kerajaan lebih jelas dan tepat," kata Najib.


Ditanya mengenai penurunan harga minyak mentah dunia sekarang, Abdullah berkata: "Lagi turun lagi baik." Harga minyak mentah dunia semalam mencatatkan US$92 setong.


Bagaimanapun Abdullah berkata penurunan harga minyak dunia itu juga akan menyebabkan pengurangan pendapatan Petronas. Ditanya sama ada harga pengguna bagi petrol dan diesel akan dikurangkan, Abdullah berkata: "Tunggulah lain kali."

Sumber : BERNAMA http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/news.php?id=359676


Komen Aku:

Pasal tukar portfolio tu ada berbagai spekulasi di dalam benak aku. Tak kan lah hanya kerana untuk menghadiri Persidangan Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) minggu depan terus tukarportfolio. Mengapa tidak sebelum ini. Apa pasal pulak Pak Lah nak pegang portfolio pertahanan, ada apa-apa ke ??, jangan main kasar sudah la.... atau dah tak sanggup nak pikul ekonomi Malaysia yang makin merundum maka letak atas bahu Najib pulak, atau pun persediaan untuk Najib jadi PM sebab Menteri kewangan adalah hiraki tertinggi sebelum PM. DSAI pun sebelum di pecat dari TPM adalah Menteri Kewangan (Klik sini untuk info).


Pasal minyak dunia turun, mengapalah PM aku bercakap tidak menggunakan akal tetapi menggunakan kepala lutut. Dulu minyak naik bila rakyat kata petronas untung, share lah sikit dengan rakyat, beliau kata itu duit PETRONAS, kita tak boleh usik. Sekarang bila minyak dah turun, apa kena mengena pulak dengan rakyat kalau pendapatan PETRONAS kurang.
Pi mai Pi mai, rakyat jugak yang kena dan jadi mangsa.


RAKYAT : Pak Lah, minyak global dah turun.


PAK LAH :
Baguslah... Apahal pulak ??


RAKYAT :
Kita punya minyak bila mau turun?


PAK LAH :
Ehhh.. engkorang ni pakai otak lah... kalau minyak global dah turun.. negara kita pun rugi, kitakan negara pengeluar minyak. Nak buat macam mane?


Sekian

16 September 2008

DSAI melobi MP BN, mana BPR, mai la siasat....

KUALA PILAH: Deputy Minister in the Prime Minister’s Department Datuk Hasan Malek has claimed he was offered money and a post as inducements to join the Opposition. He said that although he had rejected the offer, he was still being persuaded to cross over.

“But I have self-esteem. To me, a post is not something that can be transacted as one pleases,” he told reporters after opening a motivation programme for students here on Tuesday.

The Kuala Pilah MP said certain individuals were still of the opinion that Umno representatives could be bought.

“I will remain loyal to Umno,” he said. - Bernama

Komen Aku :
Bila MP UMNO berkata begitu, maknanya dia minta Pak Lah hulur la sikit apa-apa yang patut kat dia. Kalau tak dia lompat lah nanti, bagi hint gitu. Ini bukan ke dah ada unsur-unsur sogokan atau rasuah, kenapa tak lapor pada Polis? Jangan kata satu balai, satu Bukit Aman akan serbu siapa yang berani offer duit tu, macam kes Tuan Guru Nik Aziz dulu. Tuan Guru mengaku ada individu tawar duit berjuta-juta ringgit pada beliau sepanjang beliau memerintah Kelantan. Kelam kabut BPR nak siasat Tuan Guru. Engkorang percaya ke cakap-cakap dia ni?,aku langsung tak percaya....

Tidak Kesampaian kah Agenda 16 Sept.??

Barisan pemimpin Pakatan Rakyat menyambut Hari Malaysia ke-45


Lautan manusia menyambut Hari Malaysia ke-45 di Stadium MBPJ Kelana Jaya 15 Sept.2008
Klik sini untuk melihat lebih banyak gambar-bambar sambutan

Syabas DSAI khusus nya dan Pakatan Rakyat amnya. Walau pun sampai saat ini masih belum ada kapastian tentang Kerajaan Baru, tapi bagi aku DSAI tetap telah berjaya berdasarkan dari tindak balas kerajaan. Untuk apa tiba-tiba Pak Lak memaksa Akujanji kepada MP BN ?, untuk apa hantar MP BN ke Taiwan ?, masa bulan puasa pulak tu dan mengapa Pak Lah kerap terbang ke Sabah & Serawak sejak DSAI memukul gendang 16 September. Sedangkan sebelum ini Pak Lah selalu dilihat lebih berminat terbang ke Australia dari tempat lain.

Peralihan Kerajaan bukan sesuatu yang mudah. Yang berkuasa mahu mempertahan kan kuasa nya dari dirampas oleh orang yang tak punya kuasa.


Pak Lah perlu mengakui bahawa majoriti mahu kan beliau turun. Masaalah nya pada siapa kuasa harus diberi sebelum beliau turun. Ada 2 kumpulan yang merebut kuasa dari beliau iaitu kumpulan Tun Mahathir, Najib dan Muhyiddin. Kumpulan satu lagi ialah Pakatan Rakyat yang di ketuai DSAI. Pak Lah pasti turun, Insyaalah, tapi pada siapa harus diserahkan kuasa ?.Itu lah yang membuatkan Pak Lah pening.

Bagi aku, permainan belum tamat, bahkan baru saja bermula. Aku harap DSAI mesti berhati hati sebab sekarang adalah saat kritikal.
Sidang akhbar petang tadi DSAI menyatakan "I'm not joking" dan aku nak tunggu berita malam ini untuk tengok bagaimana pemimpin kerajaan membelasah DSAI dengan bantuan TV3.

Nota : Klik sini untuk melihat lebih banyak gambar-bambar sambutan Hari Malaysia ke-45 di Stadium MBPJ Kelana Jaya 15 Sept.2008

Antara dua berita - fakir maut rebut wang zakat di Indonesia




Foto lengkap lihat di: KOMPAS IMAGES


INI BERITA DARI UTUSAN ONLINE

23 fakir maut rebut wang zakat RM16
Oleh sopha sulaiman

JAKARTA 15 Sept. – Seramai 23 orang fakir miskin mati, manakala lapan yang lain berada dalam keadaan kritikal akibat sesak nafas kerana terhimpit semasa berasak-asak untuk mendapatkan wang zakat daripada seorang ahli peniagaan di Purworejo, Pasuruan, Jawa Timur, 800 kilometer ke timur Jakarta, hari ini.

Kebanyakan mangsa adalah wanita.

Kejadian itu berlaku tengah hari ini semasa lebih 5,000 penduduk sekitar Pasuruan berbaris di halaman rumah ahli perniagaan itu untuk mendapatkan wang zakat bernilai 40,000 rupiah (RM16).

Ketua Polis daerah, Harry Sitompul berkata, pengagihan wang zakat itu merupakan acara tradisi oleh keluarga kaya itu, sempena bulan Ramadan.

Penduduk miskin itu dilaporkan mengunjungi rumah peniaga berkenaan yang menjalankan perniagaan jual beli kenderaan sejak pukul 4 pagi, setelah mendapat khabar tentang pemberian wang zakat berkenaan.

“Setakat ini 23 telah mati dan polis masih menyiasat,” kata jurucakap Hospital Soedarsno.

Ramai yang cedera dan pengsan akibat dihimpit dan dipijak ketika berebut-rebut untuk mendapatkan bantuan zakat tersebut.

Polis telah menahan ahli perniagaan itu untuk siasatan kerana gagal mengawal orang ramai semasa hendak memberikan zakat tersebut.

Sumber : Utusan Online


INI BERITA DARI KOMPAS.COM

Mereka Tewas Demi Rp 30.000!
Selasa, 16 September 2008 | 01:55 WIB

Demi uang sebesar Rp 30.000, ribuan orang di Jl Wahidin, Pasuruan, rela berdesak-desakkan hingga menewaskan 21 orang.

Peristiwa tragis itu terjadi saat pembagian zakat yang dimulai pukul 10.00 WIB. Ribuan warga miskin yang datang dari berbagai pelosok desa di sekitar Kota dan Kabupaten Pasuruan itu berebut saling berdesakan guna mendapatkan zakat dengan nilai nominal Rp 30.000 per orang yang diberikan keluarga dermawan H Soikhon di Jalan Dr Wahidin Sudirohusodo, Kota Pasuruan.

Keluarga Soikhon mengatur para penerima zakat untuk masuk satu per satu ke halaman rumahnya, sehingga ribuan orang yang terkonsentrasi di sebuah gang tak bisa bergerak, bahkan orang yang pingsan pun tidak bisa keluar. Puncaknya adalah 21 orang tewas!

Makin jelas bagi kita, seperti apa rupa kemiskinan yang terjadi di negeri ini. Jelas bukan seperti yang dikatakan Wakil Presiden Jusuf Kalla yang mengklaim angka kemiskinan di Indonesia telah mengalami penurunan sebesar 10 juta jiwa selama Indonesia dipimpin Presiden Susilo Bambang Yudhoyono. Jika sebelumnya angka kemiskinan mencapai 40 juta jiwa, saat ini jumlah penduduk miskin di Tanah Air diperkirakan berjumlah 30 juta jiwa.

Kemiskinan tak lagi menjadi mimpi buruk. Ia telah benar-benar menjelma menjadi barisan manusia-manusia tak berdaya yang hadir di mana pun ada remah-remah rezeki, termasuk di rumah keluarga H Saikhon.

Ya, mereka adalah para fakir miskin yang berniat menerima zakat. Sekali lagi zakat, sebuah terminologi yang di dalamnya mengandung kemuliaan hidup berupa kasih sayang terhadap sesama lewat tindakan berbagi.

Zakat adalah rukun ketiga dari Rukun Islam. Secara harfiah zakat berarti "tumbuh", "berkembang", "menyucikan", atau "membersihkan". Sementara, secara terminologi syari'ah, zakat merujuk pada aktivitas memberikan sebagian kekayaan dalam jumlah dan perhitungan tertentu untuk orang-orang tertentu sebagaimana ditentukan.

Si pemberi zakat jelas orang mampu secara material. Orang yang memiliki niat dan tindakan luhur untuk berbagi dengan sesama dan berharap pahala dari Allah. Adapun si penerima zakat di antaranya adalah mereka yang fakir, yang hampir tidak memiliki apa-apa sehingga tidak mampu memenuhi kebutuhan pokok hidup. Mereka yang miskin, yang memiliki harta tapi tidak cukup untuk memenuhi kebutuhan dasar untuk hidup. Untuk berita penuh sila ke link : http://www.kompas.com/read/xml/2008/09/16/01555877/mereka.tewas.demi.rp.30.000


Komen Aku: Kita patut bersyukur kerana kita mampu membayar fitrah, jika tidak kita pun mungkin akan berebut-rebut seperti mereka. Kepada yang telah meninggal dunia, Al-Fatihah disedekah kan. Tamat lah sudah perjalanan hidup mereka yang serba payah. Kepada yang cedera, banyak kan bersabar. Kepada orang kaya yang nak menderma, cari lah kaedah lain supaya tragedi seperti ini tidak berulang.

Wallahhua'lam..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...