Photobucket
http://airrakyat.epetitions.net/images/petitions/046bde8e644231f0515ba45e14f2e9df/topBanner.jpg

15 January 2010

Gempa bumi Haiti 2010 : Koleksi foto 24 jam selepas bencana

Gempa bumi Haiti 2010 berkekuatan 7.0 terjadi sekitar 16 km dari ibu negara Port-au-Prince, Haiti di 04:53:09 pada hari Selasa 12 Januari 2010. Gempa bumi ini berlaku pada kedalaman 10.0 km di perut bumi. Penyelidikan Geologi Amerika Syarikat mencatatkan lebih 10 gempa susulan lebih 5.0 skala richter termasuk yang bersaiz 5.9.

Sebahagian besar tenggara Port-au-Prince hancur karena gempa, termasuk Istana Presiden Haiti, Dewan Parlimen, Gereja Notre-Dame de Port-au-Prince, hospital-hospital dan bangunan penjara. Bangunan Mahkamah, Menara Kawalan Lapangan Terbang Antarabangsa Port-au-Prince turut ranap. Bagaimanapun, Presiden Haiti René Garcia Préval terselamat.

Ibu Pejabat Pasukan Pengaman Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu turut dilaporkan mengalami kerosakan teruk. Pasukan Pengaman PBB mempunyai lebih 9,000 anggota di Haiti, sejak insiden Pemberontakan Haiti 2004. PBB melaporkan bahawa markas besar pasukan Misi Pengaman PBB di Haiti Port-au-Prince rosak teruk. Sejumlah pegawai PBB juga dilapor hilang.

Di bawah ini aku paparkan koleksi foto Haiti dalam tempoh 24 jam selepas berlaku nya gempabumi tersebut yang aku ambil dari berbagai sumber. Klik pada foto untuk besarkan. Terima kasih.


People seek safety in the aftermath of a severe earthquake on rue Capois in Port-Au-Prince, Haiti on January 12th, 2010. (Tequila Minsky for The New York Times)


A quake-destroyed building in the streets of Port-Au-Prince, Haiti on January 12th, 2010. (Tequila Minsky for The New York Times)


Buildings are seen damaged in the neighborhood of Petionville, Port-Au-Prince shortly after an earthquake hit Haiti, January 12, 2010. (REUTERS/Nabil Hijjawi via Your View)


People walk along a street lined with buildings, which were destroyed after a major earthquake struck, in Port-au-Prince in this January 12, 2010 video grab. (REUTERS/Reuters TV)


Criss-cross cracking and other damage to a building is seen on January 12, 2010 in Port-au-Prince, Haiti after a huge earthquake. (Clarens Renois/AFP/Getty Images)


An injured person is seen in the street after an earthquake hit Port-au-Prince, Haiti, Tuesday, Jan. 12, 2010. (AP Photo/Jorge Cruz)


Injured women wait on the floor at the emergency clinic of Petionville on January 12, 2010 in Port-au-Prince, Haiti. (Frederic Dupoux/Getty Images)


This Jan. 12, 2010 photo shows an injured person being tended to at Hotel Villa Creole in Port-au-Prince, Haiti. (AP Photo/Montreal La Presse, Ivanoh Demers)


People come to the aid of a wounded man on January 12, 2010 in Port-au-Prince, Haiti. (Frederic Dupoux/Getty Images)


A woman faints in the arms of a medic in an emergency clinic in Petionville on January 12, 2010 in earthquake-stricken Port-au-Prince, Haiti. (Frederic Dupoux/Getty Images)


Earthquake survivors sit on a bloody floor in an emergency clinic in Petionville on January 12, 2010 in Port-au-Prince, Haiti. (Frederic Dupoux/Getty Images)


Los Angeles County Fire Department urban search and rescue team load equipment in the Pacoima area of Los Angeles January 12, 2010. The team will travel to Haiti to help with rescue efforts after a magnitude 7.0 earthquake hit the capital Port-au-Prince. (REUTERS/Gus Ruelas)


A view of the badly damaged presidential palace - the center portion formerly 3 stories tall - after an earthquake in Port-au-Prince, Haiti on January 13, 2010. (REUTERS/Eduardo Munoz)


A injured child receives medical treatment after an earthquake in Port-au-Prince January 13, 2010. (REUTERS/Eduardo Munoz)


A man calls for help while being trapped at the Port-au-Prince University, after a major earthquake struck, in Port-au-Prince in this January 13, 2010 video grab. (REUTERS/Reuters TV)


Residents search for victims after an earthquake in Port-au-Prince January 13, 2010. (REUTERS/Eduardo Munoz)


A man with two broken legs sits in the street amongst other wounded people, following a major earthquake on January 13, 2010 in Port-au-Prince, Haiti. (Frederic Dupoux/Getty Images)


Displaced people carry a wounded man out of a clinic as aftershocks occur, following a major earthquake on January 13, 2010 in Port-au-Prince, Haiti. (Frederic Dupoux/Getty Images)


Residents sleep in the street after the earthquake in Port-au-Prince January 13, 2010. (REUTERS/Eduardo Munoz)


People search for survivors amongst the ruins of the children's hospital, following a major earthquake on January 13, 2010 in Port-au-Prince, Haiti. (Frederic Dupoux/Getty Images)


People search for survivors amongst the rubble of the Caribbean Super Market in Delmas on January 12, 2010 in Port-au-Prince, Haiti. (Frederic Dupoux/Getty Images)


Taiwan rescue teams stand by at the fire department in Taipei on January 13, 2010 as they prepare to head to Haiti to help with the rescue effort following an earthquake. (SAM YEH/AFP/Getty Images)


Venezuelan rescuers load medical equipment onto a plane heading to Port-au-Prince, Haiti, on January 13, 2010 at the Simon Bolivar international airport in Caracas. (JUAN BARRETO/AFP/Getty Images)



A father carries his duaghter after a major earthquake on January 12, 2010 in Port-au-Prince, Haiti. (Frederic Dupoux/Getty Images)


Residents search for survivors among the debris after an earthquake in Port-au-Prince January 13, 2010. (REUTERS/Eduardo Munoz)


A girl reacts in the street shortly after a large earthquake struck in Port-au-Prince, Haiti on January 12th, 2010 (Tequila Minsky for The New York Times)


A view of a damaged neighborhood in the Canape-Vert area on January 13, 2010, after an earthquake the day before in Port-au-Prince, Haiti. (REUTERS/Eduardo Munoz)


A person ties a dead woman's feet together as she is attended to on the side of a road the day after an earthquake hit Port-au-Prince, Haiti, Wednesday, Jan. 13, 2010. (AP Photo/Ricardo Arduengo)


A day after the earthquake, a young woman climbs over shopping carts and the rubble of a collapsed store on January 13, 2010 in Port-au-Prince, Haiti. (THONY BELIZAIRE/AFP/Getty Images)


A person approaches several bodies lying in the rubble along Delmas road the day after an earthquake struck Port-au-Prince, Haiti, Wednesday, Jan. 13, 2010. (AP Photo/Jorge Cruz)


An injured woman is helped after being rescued on January 13, 2010 in Port-au-Prince, Haiti. (THONY BELIZAIRE/AFP/Getty Images)


Men carry an injured woman near a clinic on January 13, 2010 in Port-au-Prince, Haiti. (THONY BELIZAIRE/AFP/Getty Images)


People look at what remains of a six-story communications building on January 13, 2010 in Port-au-Prince, Haiti. (THONY BELIZAIRE/AFP/Getty Images)


People search for survivors under the rubble of a collapsed building the day after an earthquake hit Port-au-Prince, Haiti, Wednesday, Jan. 13, 2010. (AP Photo/Ricardo Arduengo)


Residents walk past a dead body after an earthquake in Port-au-Prince January 13, 2010. (REUTERS/Carlos Barria)


14 January 2010

Buang bapa sendiri, anak beri penjelasan



Ayah Pengacau

KANGAR: “Saya mengaku dia bapa kandung saya tapi kami tidak serasi hidup bersama kerana kehadirannya membawa masalah kepada rumah tangga saya.

“Lagipun, dia memang suka merempat dan hidup sebatang kara. Dulu pun dia duduk seorang diri di Langkawi,” kata lelaki yang mengaku meninggalkan bapanya di pondok bas berhampiran Sekolah Kebangsaan (SK) Datuk Wan Ahmad di sini, 7 Januari lalu.

Ketika dihubungi Harian Metro semalam, lelaki berusia 30-an itu tanpa rasa bersalah mendakwa bapanya, Abdul Rahman Talib, 57, memang suka merempat dan lebih gemar hidup sebatang kara.

“Saya mengaku mengajak dia tinggal ke rumah saya di Perlis selepas lama hidup seorang diri di Langkawi .

“Bagaimanapun, selepas dua minggu bersama, kehadirannya menimbulkan masalah kepada rumah tangga saya. Walaupun dia bapa kandung, pada masa sama saya juga perlu menjaga keharmonian keluarga termasuk isteri dan anak-anak,” katanya.

Menurutnya, bapa dan ibunya bercerai beberapa tahun lalu. Ibunya yang sudah berkahwin lain serta menetap bersama suami baru pula sering bertandang ke rumahnya di Beseri, dekat sini.

“Kekerapan ibu bertandang ke rumah mendorong saya meminta bapa mencari tempat lain untuk dia berteduh,” katanya yang berniaga secara kecil-kecilan di sini.

Ditanya kenapa dia tergamak meninggalkan bapanya yang uzur di tepi jalan, lelaki itu dengan selamba mendakwa memberi alasan bapanya tiada saudara-mara di Perlis kerana berasal dari Langkawi.

“Ketika membawanya dengan kereta, dia suruh saya berhenti dan menurunkannya sebaik terlihat pondok bas di tepi sekolah itu,” katanya. Harian Metro semalam melaporkan seorang warga emas yang baru selesai menjalani pembedahan jantung di Hospital Pulau Pinang terkejut apabila ditinggalkan anaknya bersama bungkusan pakaian di pondok bas terbabit.

Kejadian memilukan itu berlaku apabila Abdul Rahman yang baru dibenarkan keluar dari hospital menjejakkan kaki ke rumah anak lelakinya di sebuah taman perumahan dekat sini.

Dalam perkembangan berkaitan, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Perlis memberi perlindungan kepada Abdul Rahman dengan menempatkannya di Rumah Orang Tua Batu Bertangkup, Chuping, dekat sini, kelmarin.

Beberapa pegawai JKM menemui Abdul Rahman di pondok bas berhampiran SK Datuk Wan Ahmad sebelum membawanya ke pusat perlindungan berkenaan, kira-kira jam 7 malam.

Timbalan Pengarah JKM negeri, Ku Chik Ku Mat Esa, ketika mengesahkan perkara itu, berkata Abdul Rahman mendapat keistimewaan memasuki rumah orang tua Batu Bertangkup kerana faktor kesihatan.

“Dia baru menjalani pembedahan jantung dan memerlukan penjagaan sempurna. Kehidupannya lebih terjamin menetap di sini yang dikhususkan untuk warga emas berusia 60 tahun ke atas.

“Kami sedih membaca laporan Harian Metro semalam yang mendedahkan perbuatan tidak masuk akal dilakukan seorang anak terhadap bapa kandung sendiri.

“Sebaik mendapat maklumat, saya mengarahkan beberapa pegawai mencari dia sebelum menjumpainya di pondok bas berhampiran sekolah terbabit dan kini Abdul Rahman menetap bersama lapan penghuni lain di rumah perlindungan berkenaan,” katanya.

Beliau berkata, Abdul Rahman turut diberikan bantuan bulanan RM150 selain makan minum percuma disediakan JKM di situ.

Sementara, Abdul Rahman ketika ditemui di rumah orang tua itu bersyukur kerana mendapat perlindungan sewajarnya daripada JKM.

“Saya tak mahu memikirkan perbuatan dia (anak) lagi. Walaupun sedih, saya `menghormati’ perbuatannya membuang saya. Lagipun, mereka sekeluarga tak pernah menghubungi selepas membuang saya di pondok bas itu sejak seminggu lalu,” katanya. - www.hmetro.com.my

Aku cuma nak kata:
Kalau dilihat sekali imbas, ia nya adalah konflik keluarga yang tidak lah seteruk mana sangat. Si anak lelaki tersepit antara isteri, emak dan bapa.

Oleh kerana kita pun tak tahu duduk perkara sebenar nya, tidak boleh lah kita membuat andaian yang tepat tentang apa yang berlaku. Namun begitu, secara umum nya aku berpendapat bahawa keluarga ini yang terdiri dari emak, ayah dan anak lelaki nya memang dari awal lagi ada masaalah. Samaada mereka sedar atau tidak, itu terpulang lah, tapi rasa nya mereka tak sedar dan tidak cuba memulihkan keadaan. Bila si anak berkahwin, maka bertambah tambah lah masaalah.

1. Masaalah dengan ibu dan bapa.
2. Masaalah dengan isteri disebabkan ibu bapa.

Itu belum lagi campur dengan masaalah anak anak dan masaalah ekonomi keluarga. Namun begitu sebagai anak, menyampah macam mana pun, jaga dan hormati lah mereka bila mereka sudah tua. Entah lah aku pun tak tahu nasib aku. Aku pun nak masuk 50 dah ni....

Wallahualam!!!!

Get Paid To Read Emails. Free To Join Now!
http://www.emailcashpro.com


13 January 2010

Sampai hati anak buang bapa sendiri



KANGAR: Seorang bapa yang baru selesai menjalani pembedahan jantung terkejut apabila dengan tidak semena-mena dibuang anak sendiri yang sengaja meninggalkannya bersama bungkusan pakaian di tepi jalan raya berhadapan Sekolah Kebangsaan (SK) Datuk Wan Ahmad, di sini.

Kejadian memilukan itu berlaku petang 7 Januari lalu sejurus Abdul Rahman Talib, 57, yang baru dibenarkan keluar dari Hospital Pulau Pinang (HPP) selepas menjalani pembedahan jantung, menjejakkan kaki di rumah anak lelakinya di sebuah taman perumahan dekat sini.

Anak lelakinya yang berusia 30 tahun bertindak demikian selepas mendapat tekanan daripada isterinya yang enggan menerima semula kehadiran bapa mentuanya dengan memberi pelbagai alasan tidak munasabah.


BUKTI...Abdul Rahman menunjukkan surat pembedahan jantung yang dikeluarkan Hospital Pulau Pinang.

“Saya hanya minta dia hantar ke pekan Kangar walaupun menyedari tiada arah dituju sebelum dia meninggalkan saya di tepi jalan raya berhampiran sekolah itu,” kata Abdul Rahman ketika ditemui di sini, semalam.

Menurutnya, ketika itu, dia hilang arah dan merayau-rayau di sekitar kawasan sekolah sebelum mengambil keputusan tidur di pondok bas berhampiran pada malam berkenaan.

Mengulas kejadian itu, Abdul Rahman, bekas nelayan dari Kampung Belat Batu, Kuala Perlis berkata, dia sebelum ini menetap seorang diri di Pulau Langkawi selepas berpisah dengan bekas isterinya, Halijah Othman, iaitu ibu kepada anak lelakinya itu.

“Saya bekerja sebagai pembantu kedai makan di pekan Pokok Asam, Langkawi selama lima tahun, tapi anak saya ini minta saya pulang ke rumah menetap dan bekerja bersamanya.

“Lagipun, rumah berkenaan dibeli menerusi duit pampasan rumah yang dibina hasil titik peluh saya sendiri ketika menjadi nelayan satu ketika dulu. Rumah lama kami diambil kerajaan bagi pembinaan landasan kereta api,” katanya.

Abdul Rahman berkata, sebelum ini dia menerima bantuan bulanan RM300 daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Langkawi, tetapi bantuan terbabit dihentikan selepas dia mengambil keputusan pulang dan menetap bersama anaknya sejak sebulan lalu.

Katanya, selepas menetap di situ, anak dan menantunya mula menunjukkan sikap dingin, malah dia terpaksa pergi seorang diri ke HPP untuk menjalani pembedahan jantung selepas pengsan di stesen bas di sini.

“Ketika bertarung dengan maut di HPP selama empat hari, anak dan menantu langsung tak menjenguk dan saya beranggapan mereka mungkin sibuk dengan perniagaan makanan yang diusahakan sejak beberapa tahun lalu.

“Saya terkejut dan hampir tak percaya apabila anak saya itu minta saya keluar apabila pulang ke rumahnya,” katanya.

Abdul Rahman mempunyai seorang lagi anak perempuan yang sudah berkahwin dan kini menetap di Langkawi.

Difahamkan, kakitangan JKM Perlis datang mengambil warga emas itu di pondok bas berkenaan kira-kira jam 7 malam tadi dan dibawa Rumah Kebajikan Batu Bertangkup di Beseri dekat sini. - http://www.hmetro.com.my

Aku cuma nak kata:
Zaman ini nampak nya masaalah masyarakat yang membabitkan institusi keluarga sudah semakin kronik. Kalau sebelum ini, anak yang tidak diundang kelahiran nya dibuang dimerata rata tapi kini anak pulak buang bapa nya sendiri. Sampai hati si anak ye!!.

Kalau mengikut dari apa yang dilapor oleh akhbar seperti diatas, memang lah seorang anak lelaki tidak sepatut nya berbuat demikian terhadap orang tua nya. Sayang kan bini punya pasal, sanggup jadi seorang dayus. Anak lelaki patut ingat bahawa tanggungjawab dia kepada kedua orang tua tidak putus apabila dia sudah beristeri. Kecuali anak perempuan, apabila berkahwin saja, tanggungjawab bapa diambil alih oleh suami anak perempuan tersebut.


Bila baca saja artikel berkenaan aku terus teringat 1 kisah masa aku berusia dalam 12 atau 13 tahun (tahun 70an). Dikampung, aku selalu melihat seorang tua (usia 40-50an) dengan keadaan tidak terurus menjadikan balairaya sebagai tempat rehat dan tidur nya. Aku lihat orang tua ini tidak seperti orang gila dan aku yakin dia normal.


Satu hari aku tanya arwah ayah aku, siapa dan mengapa orang tua itu jadi begitu. Ayah aku kata orang tua itu mempunyai isteri dan anak anak yang berjaya. Anak anak nya tidak memperdulikan nya kerana masa muda dia adalah seorang ayah yang tidak langsung bertanggungjawab. Seorang kaki judi dan kaki mabuk. Masa tu di kampung aku ada 1 kedai cina yang jual arak dan juga tempat orang main mahjong @ bacuk. Yang 'best' nya, kaki mahjong majoriti orang melayu. Orang cina duduk tepi jadi penonton. Kalau tak cukup kaki baru lah orang cina ni 'joint'. Kedai tu pulak dekat dengan masjid. Rasa nya semua orang tahu bagaimana perangai kaki judi dan kaki mabuk. Anak anak dan isteri dia selalu makan penampar dan sepak terajang, apatah lagi bila kalah judi dan sedang mabuk. Isteri nya lah yang terpaksa menyara anak anak dengan menyemat atap. Cuba kita ada lah anak orang tua itu, apa kah yang akan kita laku kan ?. Memang betul, busuk busuk pun bapak kita jugak, tetapi kita tak kena, boleh lah cakap...

Walau bagaimana pun aku harap pakcik yang dalam cerita akhbar diatas tidak lah seperti orang tua yang diceritakan oleh arwah bapa aku.


Kepada anak lelaki yang buang bapa nya ini dan kalau dia terbaca blog aku atau kawan dia ke, tolong bagitahu dia bahawa aku kata dia seorang anak yang paling bodoh dalam dalam dunia kerana:


1.
Anda hanya akan tahu betapa bernilai dan berharga nya seorang ayah atau emak apabila anda telah kehilangan mereka.


2.
Kalau dah isteri menyampah kerana kerenah ayah anda yang sakit, bagaimana pula kalau anda sendiri sakit ?. Tidak kah isteri anda juga akan menyampah jaga anda?. Mungkin kalau anda kaya macam Datuk K, isteri anda tak menyampah lah, malah senyum sumbing kot mintak anda lekas mati supaya dia jadi janda kaya.


3.
Isteri anda bukan lah seorang isteri yang baik (kalau mengikut dari cerita akhbar diatas). Satu hari nanti isteri anda akan menyusahkan anda dan anda akan menyesal tak sudah.


4.
Ayah dan emak tidak ada pengganti. Walau macam mana mereka menyusahkan anda masa mereka dah tua dan sakit, anda diam saja lah.


Sekian coretan aku....Wallahualam!!!!


Get Paid To Read Emails. Free To Join Now!
http://www.emailcashpro.com


11 January 2010

Semua Negeri Patut Warta Fatwa Merokok Haram


Oleh Tuan Musa Awang


Hanya Kedah, Selangor iktiraf muzakarah ulama 1995 anggap perokok pesalah syariah

MULAI 1 Januari lalu, kerajaan menetapkan harga minimum bagi rokok, iaitu RM6.40 bagi 20 batang, atau RM0.32 sen bagi setiap batang rokok, apabila Kementerian Kesihatan menguatkuasakan Peraturan Harga Minimum Rokok dan Larangan Promosi Harga menerusi Peraturan Kawalan Hasil Tembakau (Pindaan) (No.2) 2009 yang diwartakan.

Langkah itu disambut baik kerana dapat menghindari golongan muda terutama pelajar membeli rokok. Sesetengah berpendapat, harga rokok perlu dinaikkan lebih tinggi bagi membendung aktiviti merokok dikalangan masyarakat.

Merokok adalah proses memasukkan bahan beracun ke dalam tubuh secara sukarela oleh perokok. Tidak kurang daripada 3,800 jenis racun disedut ke dalam tubuh ketika seseorang itu menghisap sebatang merokok. Pada masa sama, tidak kurang juga yang mengeluh, sudah pastinya si perokok.

Isu mengenai bahaya rokok ini bukanlah satu perkara baru. Beberapa fatwa dikeluarkan sebelum ini oleh ulama Islam antarabangsa seperti oleh Al-Marhum Mufti Saudi, Syeikh Abdul Aziz bin Baaz, Syeikh Abdullah Al-Masyd (Ketua Lembaga Fatwa Azhar), Dr Ahmad Umar Hashim (Naib Canselor Al-Azhar), Syeikh Ahmad as-Sunhawy al-Bahuty al-Anjalaby, Syeikh Al-Malakiyah Ibrahim al-Qaani dari Mesir, An-Najm al-Gazy al-Amiry as-Syafi'i dari Syria, dan ulama Makkah Abdul Malik al-Ashami, dan juga fatwa Dr Yusuf al-Qardhawi.

Merokok haram hukumnya berdasarkan makna daripada zahir ayat Al-Qur'an dan As-Sunnah serta iktibar (logik) yang benar. Allah berfirman dalam surah al-Baqarah ayat 195 yang bermaksud, "Dan janganlah kamu mencampakkan dirimu sendiri dalam kebinasaan." Merokok termasuk perbuatan yang mencampakkan diri sendiri ke dalam kebinasaan.

Sabda Baginda Rasulullah SAW dalam sebuah hadith sahih melarang membazirkan harta kepada hal tidak bermanfaat. Membeli rokok bukan saja memperuntukkan harta pada hal yang tidak bermanfaat, bahkan boleh membawa kemudaratan. Dalam hadith riwayat Ibnu Majah, Baginda SAW bersabda yang bermaksud "Tidak boleh (menimbulkan) bahaya dan tidak boleh pula membahayakan orang lain.".

Firman Allah dalam surah al-A'raf ayat 157 yang bermaksud, "Dihalalkan atas mereka apa-apa yang baik, dan diharamkan atas mereka apa-apa yang buruk (kotoran)." Rokok dan bau mulut perokok mengganggu orang lain, termasuk pada jemaah solat.

Sejak 23 Mac 1995, Muzakarah Jawatankuasa Fatwa, Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Islam Malaysia (MKBHEAI) Kali Ke-37 memutuskan bahawa tabiat merokok adalah haram menurut pandangan Islam.

Akta, enakmen dan Ordinan Pentadbiran Undang-Undang Islam negeri-negeri memperuntukkan kenyataan Mufti tidak boleh dikatakan sebagai fatwa dan tidak akan menjadi undang-undang mengikat (binding) melainkan jika ia dikeluarkan melalui prosedur ditetapkan enakmen dan seterusnya disiarkan di dalam warta.

Penguatkuasaan fatwa adalah di bawah bidang kuasa negeri-negeri kerana pentadbiran undang-undang Islam terletak di bawah negeri. Di samping itu, tidak ada mana-mana negeri boleh dipaksa menerima fatwa yang dibuat Majlis Fatwa Kebangsaan.

Perlanggaran terhadap fatwa yang diwartakan pemerintah negeri adalah kesalahan menurut undang-undang Jenayah Syariah. Semua negeri memperuntukkan hukuman kepada orang Islam yang melanggar fatwa, meskipun wujud perbezaan dari segi jumlah hukuman.

Pada 1997, tiga gadis Islam yang memasuki pertandingan Ratu Cantik di Petaling Jaya Selangor, didakwa atas kesalahan melanggar fatwa negeri Selangor yang menya takan adalah haram bagi wanita Islam menyertai sebarang jenis pertandingan Ratu Cantik (Pendakwa Syarie lwn. Fahyu Hanim Ahmad dll. (2000) JS 8(1),137).

Tahun lalu, lelaki yang mendakwa dirinya Rasul Melayu, Kahar Ahmad didakwa kerana menghina pihak berkuasa agama, menurut Seksyen 12 Enakmen Jenayah Syariah Selangor 1995 yang menyebutkan, "Mana-mana orang bertindak dengan cara menghina kuasa yang sah, atau mengingkari, melanggar atau mempertikaikan perintah atau arahan :- (a) Duli Yang Maha Mulia Sultan atas sifat Baginda sebagai Ketua agama Islam ; (b) Majlis (c) Mufti, yang dinyatakan atau diberikan melalui fatwa, adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM3,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya."

Di Kedah, seseorang yang melanggar Perintah DYMM Tuanku Sultan boleh dikenakan tindakan menurut Seksyen 32, Enakmen Kanun Jenayah Syariah Kedah 1988 yang memperuntukkan bahawa "(1) Ke bawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan boleh, sebagai Ketua Agama Negeri, mengeluarkan apa-apa perintah, dari semasa ke semasa, berkaitan dengan perkara khusus yang tidak bertentangan dengan Hukum Syarak: Dengan syarat bahawa perintah itu hendaklah berkuatkuasa pada tarikh ditetapkan oleh Ke bawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan melalui pemberitahuan dalam Warta. (2) Mana-mana orang yang tidak mematuhi perintah di sub-seksyen (1) adalah bersalah atas suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dikenakan hukuman denda tidak melebihi RM2,000 atau penjara selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya."

Selangor sudah mewartakan fatwa pengharaman rokok pada tahun yang sama fatwa Majlis Kebangsaan Hal Ehwal Islam Malaysia Kali Ke-37 dikeluarkan. Kedah turut mewartakannya pada tahun berikutnya. Maka orang yang menghisap rokok di negeri Selangor dan Kedah adalah pelaku jenayah Syariah yang boleh didakwa di bawah Seksyen 12 Enakmen Jenayah Syariah kerana menghina pihak berkuasa agama, serupa dakwaan terhadap tiga peserta pertandingan ratu cantik dan Kahar Ahmad.

Sejak keputusan Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan MKBHEAI dikeluarkan pada 1995, hanya negeri Selangor dan Kedah mewartakan fatwa berkenaan. Apa sudah jadi dengan negeri-negeri lain? Adakah negeri lain tidak mengiktiraf fatwa peringkat kebangsaan yang dikeluarkan itu?

Jika ya, apakah fungsi dan peranan sebenar MKBHEAI yang ditubuhkan ketika Sidang Majlis Raja-Raja pada 1 Julai 1969 untuk memberi nasihat dan syor kepada Majlis Raja-Raja, kerajaan negeri atau Majlis Agama Islam Negeri atas apa-apa perkara berkenaan dengan perundangan, pentadbiran Agama Islam dan pelajaran Agama Islam, dengan tujuan mewujudkan penyelarasan yang berkesan dan seragam antara negeri-negeri dalam pentadbiran hal ehwal orang Islam di negara ini tercapai. Di manakah integriti dan kewibawaan majlis di peringkat kebangsaan ini?

Fatwa rokok yang diisytiharkan oleh Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan sejak 15 tahun lalu itu perlu segera diwartakan oleh setiap kerajaan negeri jika pihak kerajaan benar-benar serius untuk menjaga kesejahteraan rakyat.

Kita tidak dapat menerima alasan pihak yang melengahkan tindakan mewartakan fatwa ini di peringkat kerajaan negeri, setelah lebih sedekad fatwa peringkat kebangsaan itu dikeluarkan. Kelengahan berterusan jika terus dibiarkan, boleh memberi gambaran buruk kepada imej Islam.

sumber: Berita Harian, Rabu, 6 Januari 2010, m/s 31
Aku cuma nak kata:
Aku mula belajar merokok umur 7 atau 8 tahun. Tolong gulung rokok daun nipah atok dan nenek. Sekarang umur aku 49 tahun. Alhamdulillah Allah masih bagi kesihatan pada aku.

Aku pun rasa amat bangga dan bertuah kerana telah 3 tahun berhenti merokok. Sebenar nya memang tak susah kalau Allah yang bagi kekuatan. Minta maaf dulu, aku nak cerita seringkas yang boleh macam mana aku boleh berhenti merokok.


Aku adalah perokok tegar. Sehari 30 batang, 2 hari jadi 60 batang iaitu bersamaan 3 kotak. Dulu2 hisap rokok Benson, tapi kemudian tukar rokok murah bila harga rokok mula naik dan terus naik. Kali terakhir aku merokok, harga rokok Benson 20 RM8.20 dan rokok Winston 20 yang aku hisap RM6.70. Ada jugak lah cuba cuba nak berhenti tapi tak berjaya. Antara nya aku cuba guna 'Dtox' yg. titik kat lidah bila gian. Kawan aku yang jual benda tu pun sampai sekarang tak berhenti lagi. Isteri dan anak2 dah nak tak larat nak cakap. Bila aku batuk2, terpaksa lah aku terima kutukan mereka. Isteri selalu kata lepas solat dia selalu doa agar 1 hari nanti aku berhenti merokok.


1 hari 3 tahun yg lalu kawan rapat aku yg baru saja balik dari menunaikan haji mintak aku repair komputer nya yg. rosak semasa peninggalan nya ke Mekah. Aku buat 'part time' PC repair & service dan sewa sebahagian rumah kedai tingkat 1 dan dibawah adalah kedai TomYam. Lepas cerita lebih kurang pasal masaalah PC dia kita orang pun turun pekena teh tarik dan mee goreng sambil sembang sembang sebab dah sebulan lebih tak jumpa. Macam biasa lepas makan dan sambil menyembang, aku pekena rokok winston aku. Sebatang demi sebatang, sampai habis. Bila buka kotak rokok "Aisay men rokok habis pulak" dan dengan sepontan kawan aku ini kata " berhenti aje lah zi !, Si Polan tu dah berhenti, Sianu dah berhenti". Dia menyebut beberapa nama kawan2.


Percaya atau tidak!!, start dari dia cakap tu sehingga sekarang aku terus berhenti merokok "ON THE SPOT", pada hal nama2 member yg. dia sebut tu sampai sekarang masih isap lagi. Kah..kah!!...


Iktibar atau kesimpulan yang kalau boleh aku nak kongsi. ( betul atau tidak terpulang kepada masing masing).


1. Selama ini isteri aku berdoa supaya aku berhenti merokok tapi mungkin doa tersebut tidak cukup dan tidak kena 'timing', tetapi bila ditambah dengan berkat 'suara' kawan aku yang balik dari menunaikan haji maka makbul doa tersebut. Saranan aku pergi lah jumpa orang yang baru balik haji. Mana lah tahukan....he..he...

Note: Ada jugak kawan aku perokok. Bila pergi Mekah boleh berhenti tapi bila balik aje, hisap balik...lagi kuat. Yang ini aku tak nak komen. Aku cerita hal aku aje OK!!!

2. Kepada sesiapa yang nak berhenti, tolong jangan bagitahu kawan, sebab kawan yang merokok tidak sekali kali akan membenarkan kita berhenti merokok. Jika kita berhenti merokok nanti akan menyusahkan dia kalau dia tertinggal lighter atau keputusan rokok.

Mesti beritau pada isteri dan keluarga. Bukan untuk dapat 'support' sebab family pasti support tetapi ialah supaya family boleh menerima 'effect' kita dalam proses berhenti merokok. Ada masa kita akan marah dan baran tak tentu pasal.

3. Kalau nak berhenti mesti 'ON THE SPOT'. Ada doktor kata tak boleh berhenti mendadak. Aku kata 'BOHONG'. Kita cuba buat dan selebih nya serah pada Allah sebab kita orang Islam. Kalau kurang sikit demi sedikit aku berani potong ayam kita tak kan berhenti sampai bila2. Rasullulah pun bila terima perintah berhenti minum arak, terus buang arak yang masih ada bertong tong lagi. Baginda tak mintak pun berhenti sikit2.


4. Dari pengalaman aku sebagai perokok yang telah berhenti selama 3 tahun. Semasa aku merokok aku rasakan rokok adalah satu ketagihan. Sebenar nya rasa aku, bukan ketegihan sebab utama menghalang untuk berhenti merokok. Penghalang utama ialah 'RUTIN HARIAN KITA YANG MELIBATKAN ROKOK'. Macam aku dan majoriti perokok2 mesti isap rokok bila masuk tandas untuk buang air besar dan lepas makan. 2 situasi ini yang cukup mencabar semasa proses aku berhenti merokok.


5. Bila dah berhenti kita akan rasa lebih sihat. Bernafas lancar. Sakit kepala tak ada. Batuk pun tak ada.


6. Perokok berbau busuk. Masa aku merokok, aku ingat diaorang cakap main2. Memang betul. Isteri pun amat gembira sebab kata nya 'nikmat bertambah' sebab dah tak busuk. Engkorang paham la apa maksud aku.


Panjang benar dah ni...Sekian...

Get Paid To Read Emails. Free To Join Now!
http://www.emailcashpro.com


10 January 2010

Gereja dibakar: Kerajaan gagal bendung kemarahan dari awal, media pula batu api


Siapa dan apa kaitan Pewaris, Perkasa dan Pekida ini pada UMNO.....???

KOTA BHARU, 10 Jan: Kegagalan kerajaan membendung dari awal kemarahan rakyat ekoran mahkamah membenarkan penggunaan perkataan Allah bagi penerbitan Herald, akhirnya mengundang padah.

Media pula seperti dibiarkan mengapi-api isu tersebut dengan memaparkan bantahan orang ramai, tanpa mengambil kira sentimen penganut agama lain.

Kegagalan menteri yang bertanggungjawab ke atas Kementerian Dalam Negeri (KDN) turut mempercepatkan maraknya perasaan tidak senang hati antara kaum.

Anggota parlimen Rantau Panjang, Siti Zailah Mohd Yusof berkata, kerajaan dilihat hanya bertindak selepas berlaku peristiwa di luar kawalan sehingga gereja dibakar.

“Isu yang berlaku sekarang berjaya menutup kemarahan sebenar rakyat ekoran kenaikan harga barangan dan kos hidup.

“Mungkin juga sebagai satu pelan bagi mengelakkan rakyat terus bercakap kehilangan enjin jet pejuang yang begitu mengaibkan sekali kerajaan,” katanya di sini.

Beberapa gereja menjadi sasaran serangan pihak yang tidak bertanggungjawab sehingga merosakkan sebahagian prasananya. Antaranya Gereja Metro Tarbenacle, Gereja Assumption dan Gereja Chapel kesemua di Kuala Lumpur dan Selangor.

Sebelum itu, Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Lau Bee Lan membenarkan penerbitan milik Katholik menggunakan perkataan Allah sebagai ganti ‘god’ dalam bahasa Inggeris.

Siti Zailah yang juga Ketua Dewan Muslimat Kelantan berkata, isu berasaskan sentimen perkauman itu telah diperbesarkan begitu rupa sehingga mencetuskan suasana tidak senang.

Oleh itu beliau berharap mereka yang bertanggungjawab ke atas insiden terbabit dihadap ke muka pengadilan.

Kerajaan diingatkan tidak melindungi mana-mana pihak yang didapati bersalah.

Menurutnya juga isu perkauman di negara ini seperti sukar berakhir kerana ia sudah menjadi teras kepada perjuangan Umno yang hanya mengutamakan bangsa.

“Apabila rakyat tidak lagi menghormati hak asasi manusia dan kebebasan beribadat di kalangan rakyat berbilang kaum dan agama, maka tidak hairanlah berlaku perbuatan khianat terhadap rumah-rumah ibadat.

“Sedangkan Islam melarang keras tindakan sedemikian, bahkan Rasulullah saw pernah mengingatkan masyarakat di zamannya menghormati golongan bukan Islam termasuk tempat ibadat mereka.

“Ini menggambarkan betapa suci dan murninya Islam yang mementingkan keharmonian kehidupan masyarakat,” ujarnya. - Harakahdaily

Aku cuma nak kata:
Kerajaan, kementerian dan jabatan jabatan berkaitan dengan keselamatan negara ternyata tidak langsung mengambil langkah atau tindakan yang sewajar nya sehingga lah tercetus nya insiden gereja dibakar. Sebelum ini pun ada juga insiden insiden demo dan pehimpunan. Apa kah mereka ini ingat yang rakyat buta dan tidak melihat.

Cuba kita lihat apa tindakan kerajaan melalui pihak berwajib seperti Polis apabila sesuatu demo atau perhimpunan itu dianjur dan disertai oleh parti pembangkang. Sebelum demo atau perhimpunan lagi telah dikeluarkan berbagai larangan dan ugutan. Alasan typikal ialah tidak mendapat permit dan mengganggu ketenteraman awam, atau lebih parah lagi dicap sebagai menggugat keselamatan negara. Segala larangan dan ugutan ada lah supaya demo tersebut gagal mengumpulkan ramai orang dan bila tak ramai, esok nya nanti akan keluar berita muka depan "perhimpunan @ demo pembangkang tidak mendapat sambutan". Pada hari demo pula berpuluh puluh sekatan jalanraya dan lebuhraya diadakan. Tujuan nya untuk menyusahkan dan membuat orang ramai marah pada penganjur. Aku pernah kena dilebuhraya persekutuan dekat Shah Alam. Yang geram tu ditutup nya jalan dan tinggalkan hanya 1 lorong dan polis hanya bersembang, tidak langsung memeriksa kenderaan yang lalu. Andaikata orang ramai menyertai juga demo, masa ini lah polis/FRU menunjukkan aksi nya membalun, membedal, memukul dan menangkap. Contoh situasi yang aku cerita diatas adalah seperti demo ISA (1/8/2009) dan demo bantah PPSMI (7/3/2009)


Sekarang kita lihat pulak demo@perhimpunan yang tidak melibatkan parti pembangkang secara rasmi. Biasa nya dianjurkan oleh UMNO sendiri dan NGO-NGO melayu yang pro UMNO. Apakah tindakan pihak berwajib seperti polis?. Aku tidak pernah dengar lagi polis mempertikai atau memberi tahu bahawa pehimpunan ada permit tetapi kalau pembangkang, permit adalah syarat wajib. Polis yang ada pun hanya melihat sahaja tanpa mengambil apa apa tindakan. Contoh situasi ialah seperti demo kepala lembu dan demo bantah Lim Guan Eng pasal DEB (
baca sini).

Oleh itu kesimpulan nya jangan lah marah kan kalau rakyat teramai membuat spekulasi bahawa demo @ perhimpunan membantah 'kalimah Allah' dan perbuatan bakar gereja didalangi oleh UMNO dan seolah olah direstui oleh pemimpin UMNO sendiri. Kalau nak kira marah pasal penggunaan nama Allah itu, aku pun marah tetapi apakah demo tu boleh selesaikan masaalah tersebut.


Mengapa kerajaan tidak memberitahu rakyat bahawa permit penerbitan Herald the Catholic untuk tahun 2010 telah pun dilulus mengikut syarat seperti permit 2009 iaitu tidak menggunakan nama 'Allah'.


Mengapa juga kerajaan melalui KDN tidak bertegas memberi amaran menarik balik permit atau paling tidak pun cepat cepat gunakan tangan ghaib meminta mahkamah rayuan menangguh keputusan macam kes perebutan menteri besar di Perak.


Oleh itu sekali lagi tolong jangan salah kan rakyat kerana rakyat melihat dan tidak buta.

Sekian.



Get Paid To Read Emails. Free To Join Now!
http://www.emailcashpro.com


09 January 2010

Program Juara Rakyat : Kempen pilihanraya UMNO telah bermula?

http://umno-online.com/wp-content/uploads/2010/01/090110juararakyat.gif

Pada tarikh yang sama dan di negeri yang sama, tapi tempat yang berlainan terdapat 2 majlis yang dianjurkan oleh 2 musuh tradisi parti yang mewakili orang melayu. UMNO menganjurkan Program UMNO Juara Rakyat. Manakala PAS pula menganjurkan kempen UMNO Pengkhianat Rakyat.

UMNO dengan kempen UMNO Juara Rakyat

Tengok DS Najib dalam buletin tadi, wah bukan main lagi. Sekali imbas, jadual program 'Juara Rakyat' di Taman Bukit Sentosa, Bukit Beruntung yang dilancarkan hari ini seolah-olah seperti jadual program untuk kempen pilihan raya (baca disini). Memang tergoda kalau sesiapa yang hanya bersumberkan TV3. Ketika berucap merasmikan program tersebut, diumum lah peruntukan RM15.6 Juta untuk membaik pulih 2 pangsapuri di Bandar Bukit Sentosa (baca disini). Kalau orang yang cerdik dan waras mereka akan tertanya-tanya. Mengapa setelah 8 tahun dibiarkan baru sekarang nak tolong. Bagaimana kalau UMNO masih gah dan kuat, bak kata orang tolak pun tak jatuh, adakah program UMNO juara rakyat ini akan diadakan.

Satu lagi yang perlu di fikirkan ialah UMNO juara rakyat dari segi apa ye? Adakah dengan :

*1. Menaikkan harga barangan keperluan seperti gula dan roti?

*2. Menaikkan harga petrol yang akan menyebabkan harga barangan lain naik mendadak.

*3. Mengenakan cukai GST yang menyusahkan rakyat.

*4. Akan menaikkan harga tol yang menyebabkan harga barangan lain turut naik sama.

Sedang kan dari satu perspektif lain, rakyat melihat kerajaan yang diterajui oleh UMNO menghabiskan wang rakyat tanpa ada sekatan. UMNO/BN memang pandai menipu dan menggula-gulakan rakyat. UMNO/BN akan kata bahawa kos ditanggung oleh pihak swasta. Memang betul !, tapi kalau dah dikorek duit syarikat swasta tu untuk sponser macam macam dan bila syarikat tu nak 'cover' balik duit dia, apa syarikat ini akan buat?. Dia akan naikkan bayaran, kena kan charge tambahan dan macam macam lagi kepada pengguna. Pengguna itu siapa?. bukan kah pengguna itu adalah rakyat. Oleh itu, pi mai pi mai tang tu, yang kena rakyat jugak. Aku rasa contoh terbaik ialah pasukan F1, 1 Malaysia.

Oleh itu apabila memperkatakan UMNO juara rakyat atau UMNO juara orang melayu adalah melencong dan amat tidak tepat sekali, tetapi kalau UMNO juara Melayu UMNO @ UMNOputra, maka aku amat setuju. Nak bukti?. Tanya pada DS Ali Rustam bagaimana beliau menyenarai hitam kan melayu yang sokong pembangkang dan melarang kakitangan kerajaan negeri Melaka melawat Kelantan dan Terengganu suatu ketika dahulu. Awat? parti pembangkang kat Malaysia ni parti politik haram ke?.

PAS dengan Kempen UMNO Pengkhianat Rakyat

Dalam pada itu, sebagai memintas program 'Umno Juara Rakyat', PAS pula menganjurkan 'Umno Pengkhianat Rakyat' bagi "membongkar segala pembohongan dan juga kezaliman" parti Melayu itu kepada orang Melayu dan umat Islam. Program tersebut juga di jadualkan pelancaran nya pada hari ini (baca disini). Aku tak pasti sama ada program ini ditangguh atau dilancar mengikut jadual kerana puas aku cari sumber dari internet tetapi tidak ketemu.

* Lagi cerita program UMNO juara rakyat versi penduduk Taman Bukit Sentosa. baca disini

Get Paid To Read Emails. Free To Join Now!
http://www.emailcashpro.com


08 January 2010

Najib: Kadar baru tol adalah ‘munasabah’ kepada rakyat



PETALING JAYA, Jan 8 — Kerajaan kini dalam peringkat akhir kajian penstrukturan semula kadar tol lebuh raya, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Beliau berkata kadar baru itu akan mengutamakan kepentingan dan kepuasan pengguna serta mengambil kira tahap kualiti lebuh raya yang tinggi.

“Kini, ia dalam peringkat akhir dan saya akan umumkan (kadar baru tol) nanti,” katanya ketika merasmikan Persada PLUS di sini hari ini.

Najib menegaskan kadar baru tol itu adalah ‘munasabah’ kepada rakyat.

Beliau turut menyarankan agar PLUS terus menyediakan kemudahan lebuh raya yang selesa dan bermutu kepada pengguna termasuk menambahbaik lorong sedia ada.

“Kalau ada laluan sesak, cepat-cepat tambahkan lorong, tentang kos boleh runding dengan kerajaan kerana kita mengamalkan prinsip berkongsi kos.

“Kalau tol naik sikit, orang takkan marah sebab perjalanan lancar dan tiada kesesakan,” katanya.

Perdana Menteri juga berkata pembangunan lebuh raya adalah sangat penting dalam menyumbang kepada pertumbuhan penempatan dan kawasan perindustrian baru yang dapat membantu menjana ekonomi negara.

“Saya percaya sistem lebuh raya kita dapat cetuskan kerancakan ekonomi di tahap tinggi kerana pergerakan manusia, barangan dan perkhidmatan bergantung kepada jaringan lebuh raya yang canggih dan berkualiti,” katanya.

Sementara itu, Menteri Kerja Raya Datuk Shaziman Abu Mansor berkata kajian kadar baru tol itu terletak di bawah Unit Kerjasama Awam Swasta (UKAS), Unit Perancang Ekonomi Jabatan Perdana Menteri (JPM). — Bernama


Harga baru roti jenama 'Gardenia' yang naik baru baru ini

Aku cuma nak kata:
Awal tahun baru, ramai antara kita terpaksa menambah atau membuat hutang baru apabila gula , roti, rokok, barang kelengkapan sekolah anak anak dan segala macam lagi yang aku pun mungkin tak tahu naik mendadak. OK, rokok tolak tepi sebab rokok bukan keperluan.

Belum pun reda dengan segala masaalah kenaikan tersebut, sudah pun diumumkan bahawa pada Mei nanti, akan ada 2 harga untuk minyak petrol (
baca disini). Apa yang dibimbangi ialah kenyataan kenyataan menteri yang berbelit belit @ menipu dan akhir nya kita sebenar nya membayar pada harga yang lebih dari sebelum nya.

Kini kadar tol pulak. Ada harapan turun tak ?.... Jangan mimpi la.... OK kalau tol naik, apa biasa nya akan terjadi seperti masa masa yang lepas ?. Oleh itu bersiap sedia lah kita semua termasuk lah aku jugak.


Pastu kan, dalam kita dok sibuk mencongak congak untuk bajet kita, aleh aleh terdengar ada pulak cadangan terbaru kerajaan untuk menarik balik dan seterusnya menghapuskan elaun cola (baca disini). Kalau betul, apa kah masih boleh senyum lagi ??. Memang aku respek lah kalau boleh senyum lagi !!!... Senyum lah, senyum lah ahai cek mek molek !..he..he...

Oh ye...lupa pulak !!..tarif letrik bila nak naik ye?..

Get Paid To Read Emails. Free To Join Now!
http://www.emailcashpro.com


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...