Photobucket
http://airrakyat.epetitions.net/images/petitions/046bde8e644231f0515ba45e14f2e9df/topBanner.jpg

25 September 2008

Jenayah kejam bulan Sept.2008 (TOP 5) - Selamat, aman & makmur ???


1. Pengerusi JKKP Bukit Merah mati ditembak - 2/9/08

BAGAN SERAI 2 Sept. - Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Persekutuan (JKKP) Bukit Merah, Taib Ali, 61, mati ditembak dari jarak dekat oleh dua lelaki bermotosikal di hadapan sekolah anaknya di Jalan Gunung Semanggol-Bukit Merah dekat di sini hari ini. Beliau yang juga Pengerusi Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah Malaysia (Pekida) cawangan Ranting serta Timbalan Ketua UMNO Cawangan Bukit Merah dan pernah menjadi Ketua Kampung Bukit Merah selama 30 tahun, mati di tempat kejadian akibat cedera parah ditembak pada telinga kanannya. Berita penuh klik disini (utusan online)


2. Mayat kerani ditemui leher hampir putus - 7/9/08

KLANG 7 Sept. - Mayat seorang kerani ditemui tertiarap dengan keadaan lehernya hampir putus dipercayai akibat disembelih di kawasan ladang kelapa sawit Kampung Perepat di sini hari ini. Mayat mangsa, S. Rupenthiran, 19, yang bekerja di sebuah kilang ais di Pelabuhan Klang dekat sini ditemui oleh majikannya kira-kira pukul 10 pagi. Ketua Polis Daerah Klang, Asisten Komisioner Mohamad Md. Yusuf berkata, siasatan awal mendapati selain leher mangsa disembelih, terdapat beberapa tetakan di bahagian belakang kepala, kaki dan badannya. Berita penuh klik disini (utusan online)


3. 3 mati tragedi samun waktu sahur di Shah Alam - 9/9/08

SHAH ALAM 9 Sept. – Belum pun hilang kesedihan dan trauma kehilangan isteri tersayang dibunuh penyamun dalam tragedi ngeri di rumahnya di sini pagi ini, seorang ahli perniagaan dikejutkan pula dengan berita ibunya meninggal dunia. Dalam kejadian di D’Kayangan, Seksyen 13 di sini pukul 4.45 pagi ini, Mohd. Yusof Abdul, 66, seorang bekas pegawai polis, menerima dugaan besar apabila isterinya, Raja Noriana Raja Ahmad, 41, dijadikan tebusan oleh sekumpulan penyamun warga Indonesia yang memecah masuk rumah mereka. Peristiwa yang berlaku ketika beliau dan isteri serta dua anak tirinya bangun untuk bersahur itu, berakhir dengan kematian isterinya yang ditikam di leher, belakang dan dikelar di rusuk kiri oleh dua daripada empat perompak terbabit. Berita penuh klik disini (utusan online)


4. Lai Ying Xin diculik, dibunuh & dibakar - 16/9/08

JOHOR BAHRU 16 Sept. – Seorang pelajar perempuan cemerlang berusia 16 tahun yang diculik Khamis lalu, dipercayai menjadi mangsa bunuh dan bakar apabila mayatnya ditemui dalam keadaan hangus di Kulai Jaya di sini hari ini. Lebih malang, mayat Lai Ying Xin (gambar) itu yang mendapat 7A dalam Penilaian Menengah Rendah (PMR) 2007 hanya ditemui sehari selepas keluarganya dikatakan membayar RM33,000 sebagai wang tebusan bagi membebaskan mangsa yang ketika itu disangkakan masih hidup. Berita penuh klik disini dan disini


5. Isteri bekas ADUN Bukit Tambun mati ditikam - 23/9/08

PULAU PINANG 23 Sept. — Isteri bekas anggota Dewan Undangan Negeri Bukit Tambun mati dipercayai ditikam di pekarangan rumahnya di Taman Tambun Indah, Simpang Ampat dekat sini malam tadi. Berita penuh klik disini (utusan online)


- Pelaku jenayah akhir-akhir ini semakin bertambah kejam dan sadis. Apa kah penjenayah-penjenayah ini tidak mempunyai keluarga seperti emak, ayah, adik, kakak atau abang ??....Kemana hilang nya pegangan agama mereka ini ??? Entah lah....salah siapa agak nya ???

.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...