Photobucket
http://airrakyat.epetitions.net/images/petitions/046bde8e644231f0515ba45e14f2e9df/topBanner.jpg

09 December 2008

Mangsa Tanah Runtuh mencurigai Pasukan petugas beruniform?

PINDAH... Anggota pasukan Bomba dan Penyelamat bersama anggota Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia membantu membawa keluar barangan milik penduduk yang diarahkan berpindah dari kawasan kejadian tanah runtuh di Taman Bukit Mewah dan Taman Bukit Utama di Bukit Antarabangsa, Hulu Klang dekat sini, hari ini. - foto BERNAMA


Penduduk Bukit Antarabangsa Kesal Berlaku Kecurian

KUALA LUMPUR, 8 Dis (Bernama) -- Belum pun kerugian kemusnahan kediamannya dapat ditaksirkan dalam kejadian tanah runtuh di Bukit Antarabangsa Sabtu lepas, Evelyn Khoo Pit Siam kini kehilangan barang kemas bernilai hampir RM34,000.

Khoo yang meninggalkan rumahnya untuk menyelamatkan diri pada tragedi itu, mendapati laci-laci berisi barang kemasnya yang sebelum ini terkunci telah dikopakkan ketika beliau kembali ke rumahnya semalam.


"Habis laci-laci saya kena kopak. Barang-barang emas saya sudah hilang," katanya kepada Bernama selepas membuat laporan polis berhubung kehilangan barang kemasnya itu di Balai Polis Hulu Kelang, Taman Keramat, hari ini.


Dalam kejadian itu, rumah Khoo yang terletak di Jalan Bukit Mewah 1, Taman Bukit Mewah, menggelongsor kira-kira 100 meter dari lokasi asal.


Seorang lagi penduduk yang membuat laporan polis di tempat yang sama ialah Koesoemahardy Widjaja yang mendakwa kehilangan empat pasport antarabangsa milik beliau dan anak-anaknya, sijil harta dan dokumen penting yang lain.


Suami mendiang Dr Yogeswari, seorang daripada empat mangsa yang terkorban dalam insiden tanah runtuh itu, Thanarajah berkata petugas beruniform yang dilihat merayau-rayau di kawasan perumahan yang ditinggalkan akibat insiden tanah runtuh itu telah menimbulkan rasa curiga terhadap mereka kerana terdapat aduan berlakunya kecurian.


Bagi Baharudin Hamzah yang menetap di Taman Bukit Mewah, pasukan beruniform yang terlibat dalam operasi mencari dan menyelamat tidak dikoordinasi dengan baik dan menyebabkan keadaan nampak sesak.


"Bila ada banyak sangat pihak berkuasa, ia menimbulkan lebih banyak kekeliruan," katanya.
Beliau juga berkata sesetengah petugas itu "berlagak seperti mereka sedang berkelah atau bercuti."

"Ini bukan cara untuk menangani musibah," katanya, sambil menambah pihak yang tidak terlibat dalam operasi harus ditegah dari berada di tempat kejadian.


Setiausaha Am Jawatankuasa Khas Penduduk Bukit Antarabangsa, Raymond Jagathesan berkata jawatankuasa itu mahu kerajaan menubuhkan satu jawatankuasa khas untuk menyiasat punca kejadian tanah runtuh itu.
Beliau berkata jawatankuasa itu mestilah terdiri daripada pakar-pakar Institut Kerja Raya Malaysia (IKRAM) dan wakil penduduk Bukit Antarabangsa sendiri. Jagathesan berkata penyiasatan perlu dijalankan secara terbuka serta telus dan laporannya didokumentasikan.

Kejadian tanah runtuh pada pukul 4 pagi itu menimbus 14 banglo di kawasan di Taman Bukit Mewah dan Taman Bukit Utama, dan meragut empat nyawa iaitu Dr Yogeswari, 40; akauntan Eng Yee Peng, 30; Shaiful Khas Shahrudin, 20; dan warga Indonesia Surinah, 30an.
Kejadian terbaru itu berlaku kira-kira 1.5 kilometer dari tempat berlakunya runtuhan satu daripada tiga blok Highland Towers pada 11 Dis 1993, yang meragut nyawa 48 orang. -- BERNAMA

Ulasan:

Kalau lah apa yang di lapurkan itu adalah benar maka amat malang bagi mangsa khas nya dan rakyat Malaysia am nya. Pasukan mencari dan menyelamat atau SAR yang di harap dapat membantu mangsa telah melakukan jenayah pulak. Walaupun tidak dapat dibuktikan adanya anggota yang terlibat tetapi dengan kawalan keselamatan yg amat ketat di situ agak mustahil adanya anasir luar yang terlibat.

Namun begitu, aku yakin tidak ramai anggota keselamatan atau SAR yang terlibat, ada dua tiga kerat anggota saja yang mengambil kesempatan di atas kesusahan orang lain.
Mungkin juga peluang yang sudah ada didepan mata tidak mahu dilepaskan begitu saja. Keadaan kehidupan yang semakin menghimpit dan mendesak memungkinkan sesiapa sahaja bertindak demikian jika mempunyai peluang seperti itu.

Jangan lupa, sekolah dah nak buka. Yuran sekolah dan bayaran berkaitan, kelengkapan ke sekolah, bas sekolah. Semua itu perlu duit. Aku tidak mengatakan perlu mencuri atau menyamun untuk memenuhi tuntutan tersebut. Perlu diingat, dalam Islam matlamat tidak menghalal kan cara. Namun apakan daya, manusia berbeza beza tindakan nya......lagi pun mungkin ada yang fikir "ah peduli apa,mereka kan kaya raya, duit ringgit ni celah gigi diaorang aje"..........


Bagi aku terlalu banyak iktibar dan hikmah yang dapat diambil dari tragedi yang berlaku. Salah satu nya ialah jangan lah kita berlagak @ sombong @ bongkak apabila memiliki sesuatu yang dibanggakan dan diwaktu yang sama memandang rendah @ hina @ lekeh pada mereka yang tidak mampu seperti kita, kerana bila Allah nak tarik semua itu, Dia akan rentap sekelip mata menyebabkan kita terpinga-pinga....Allah Hu Akbar...


Sekian

Link berkaitan:

1. Cerita Dan Keluhan Mangsa Tanah Runtuh - http://pinkturtle2.wordpress.com
2. khabar angin anggota polis dan tentera menceroboh masuk rumah mangsa runtuhan - http://pinkturtle2.wordpress.com

myLot User

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...