Photobucket
http://airrakyat.epetitions.net/images/petitions/046bde8e644231f0515ba45e14f2e9df/topBanner.jpg

05 April 2009

Konsert Yasin di Bukit Gantang sokong PR

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhz0KoPmGQK1G3cLmvmalWvCnrvUroU5jw8lhXASTFkKIsMX6CsyUZMig4cGygwkZFD9oKXMgm_wwLi_YCpValhFScyvBCR4XgDvkPWt-DYi5O0IsQh3oyQK1ro51Y1TOkrjh5O3AJ39sk/s320/kamk04.JPG

Berbanding dengan konsert tarian separa-bogel BN yang dihadiri oleh Menteri Agama Datuk Zahid Hamidi, Pakatan Rakyat pula menampilkan sebuah konsert Santai Anak Muda anjuran bersama AMK dan Gerakan Mansuhkan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (GMP) di Simpang, Bukit Gantang dengan kehadiran penyanyi terkenal Yasin dan Juara Akademi Nasyid, Azhan Atan.

Malaysiakini melaporkan Yasin, bersama gandingan lamanya dalam kumpulan Brothers, Salleh berpadu suara dengan penyanyi rap Akhbar dilihat beberapa kali memberikan ingatkan kepada kira-kira 150 peminat dan penyokong Pakatan di konsert santai di Simpang itu.

"Jangan lupa, Selasa ini, undilah calon Pakatan Rakyat," disambut tepukan dan sorakan penonton di pentas terbuka di kawasan rehat R&R di situ.

Mereka menyampaikan lagu-lagu terkenal yang pernah menjadi kegemaran ramai, antaranya, Satu Perjuangan, Teman Sejati dan Alhamdulillah.

Membuat persembahan terakhir, Azhan menyampaikan lagu Iqra' yang pernah dipopularkan papa rock Malaysia Ramli Sarip, sambil menyatakan mesej sama kepada penonton.

Radio TKO.fm sering menyiarkan lagu-lagu penyanyi Yasin dan Azhan Atan semenjak ia diterbitkan dua tahun lalu di dalam rancangan Isu Semasa dan Irama Malam bersama GB yang ke udara pada setiap malam bermula jam 9.30 malam.

Sumber: http://greenboc.blogspot.com

Komen: Nampak gaya nya tak lama lagi kena gam lah si Yasin ini. Aku tabik dengan beliau sebab berani muncul di pentas pembangkang. Al maklum lah, di Malaysia ini lain macam sikit. Sokong pembangkang seolah menjadi satu kesalahan dan melakukan jenayah. Sebelum ini, Siti Nurhaliza dan suami beliau melaku kan kunjungan hormat terhadap Menteri Besar Kelantan Tuan Guru Nik Aziz. Tak tahu lah akan kena gam ke tidak.

Walau bagaimana pun, syabas kepada anda semua yang berani. Menyokong Pembangkang bukan satu kesalahan sebab yang memerintah kerajaan pusat sekarang pun parti nya menjadi pembangkang di banyak negeri. Oleh itu jangan berlagak sangat, nanti silap haribulan pada PRU 13, kumpulan pemerintah sekarang ini pula yang akan jadi pembangkang. Apabila BN dah jadi pembangkang, aku nak tengok nanti bila berita TV3, apa kah puji puja dan propaganda kepada BN atau PR...


Sekian.


Photobucket

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...