Photobucket
http://airrakyat.epetitions.net/images/petitions/046bde8e644231f0515ba45e14f2e9df/topBanner.jpg

15 December 2009

Ada kah Azalina antara wanita terkaya di 1MALAYSIA?










Dear Editor,

I don't think I want to provide any of my own comments here because the pictures below should be enough to tell a million tales in a million different languages. After all these photos were taken in the driveway of Azalina's own house.

Let it be known that I am not the one who took the pictures I received them via email from people who want me to distribute them as widely as possible so that the whole of Malaysia knows something about this woman that they otherwise mightn't have.

I am aware that the cars in these images are from Azalina's personal collection. Porsche, Mercedes-Benz, SmartCar, Land Rover, (Toyota) Alphard are seen here in these images but I know there are even more cars although I do not know where she has kept them.

I'm told that there are still others stored elsewhere as well. So the question is where on earth did Azalina get the money to buy not just one but so many such cars? I guess you don't have to be an expert to figure out how much they are all worth let alone those we have not seen because they are in storage. Go figure this one out.

Check out the registration numbers of some of the cars here such as WLV-3. When did Azalina become a federal minister? When did she become a minister of tourism? When was WLV-3 registered? Put these together and find out for yourself.

Apparently Azalina has this to say in her defence:

"I did not rob the people of their money! I did not cheat my fellow Malays!"

Well if that's the case, where did she get the money? Is a federal minister this well paid? Does she carry any other day jobs? Can we check our income tax? Has she fully declared all her possessions?

Azalina, we're not idiots. You might think so but that's only your typical BN-type arrogance. Wait till we get our claws on you. Wait till we retain the powers of the courts, the power of the police, the power of the law and the power to dump you and all your cronies in labour camps.

Azalina, we will get you. The people have made the promise.

You are a dead little duck.

TAX PAYER

Sumber: sabahkini.net

Aku cuma nak kata:

Teringat lah aku kepada cerita lama dulu......

Penyelewengan KBS, AMK Kemuka Laporan BPR
Shamsul Iskandar-Angkatanmuda.org
14 September 2007

KUALA LUMPUR, 13 Sept. 2007 – Angkatan Muda KeADILan (AMK) mengemukakan laporan dan aduan rasmi kepada Ketua Pengarah Badan Pencegah Rasuah (BPR) di Ibu Pejabat BPR Putrajaya, hari ini berkenaan penyelewengan dalam Kementerian Belia dan Sukan.

Ketuanya, Shamsul Iskandar Mohd Akin berkata AMK melihat bahawa ‘permainan tarik tali’ antara Menteri Belia dan Sukan, Azalina Othman Said dan Menteri Pelajaran, Hishamuddin Tun Hussien mengenai penyelewengan pembelian peralatan dan kelengkapan di Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) yang ditegur dalam Laporan Ketua Audit Negara adalah satu bukti rendahnya pembudayaan akauntabiliti di kalangan menteri kabinet. (seterus nya baca disini).

Untuk peringatan kita semua termasuk lah aku. Walau banyak mana pun kereta dan MPV mewah yang kita ada, akhir nya kita akan naik kenderaan seperti terlampir dibawah.

Sekian



Get Paid To Read Emails. Free To Join Now!
http://www.emailcashpro.com


Undian luluskan Bajet 2010 di Parlimen, PR kalah 3 undi



Dewan Rakyat bergegar dan Kerajaan Najib nyaris sahaja tumbang malam tadi!…Usul untuk meluluskan Bajet 2010 di Dewan Rakyat (Isnin, 14 Disember 2009) menyaksikan Barisan Nasional (BN) menang dengan majoriti tipis iaitu dengan 3 undi berbanding Pakatan Rakyat.

Sebelum itu, usul bagi perbekalan untuk Kementerian Dalam Negeri (KDN) (berita nya dibawah), yang dikira lebih awal iaitu sekitar jam 10.30 malam menyaksikan ia diluluskan hanya dengan 1 undi majoriti, iaitu 60 di pihak Pakatan Rakyat dan 61 di pihak BN.

Proses pengundian yang dikenali sebagai “belah bahagi” itu berlangsung kira-kira jam 10.45 malam sehingga kira-kira jam 11.30 malam, dengan beberapa ahli parlimen BN bergegas tiba dan mulai masuk ke dalam dewan sekitar jam 10 malam.

Sebelum itu, sesi jawapan menteri bagi kementerian terakhir iaitu KDN juga seperti sengaja dilengah-lengahkan bagi menanti ketibaan ahli-ahli Parlimen BN bagi mempertahankan Kerajaan Najib. Menurut jadual, sepatutnya jawapan menteri tamat kira-kira jam 9.30 malam, tetapi berlarutan sehingga lebih jam 10 malam.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin tiba di perkarangan Parlimen kira-kira 10 minit lebih awal berbanding Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang sampai sekitar jam 10.10 malam.

Speaker Dewan, Tan Sri Pendekar Amin Mulai yang membacakan keputusan itu menyebutkan dengan kiraan undi untuk meluluskan Bajet 2010 ialah keseluruhan BN-66 dan Pakatan Rakyat-63. Keputusan berkenaan bagaimanapun tidak boleh dibantah walaupun cuba dilakukan oleh beberapa ahli dewan Pakatan Rakyat.

Saat-saat dramatik itu bermula ahli-ahli parlimen Pakatan Rakyat sudah mulai riuh dan bersorak menandakan lakaran sejarah baru ini di dalam Dewan apabila di antara mereka turut mengira bahawa Pakatan Rakyat mendahului kiraan dengan majoriti tipis, iaitu 1-3 undi.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga berada di dalam dewan dilihat begitu tenang namun serius mengemudi ‘penentangan’ hebat tersebut. Turut bersama menggempur BN saat itu ialah Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang juga Presiden Pas dan Lim Kit Siang, Pengerusi DAP.

Menurut seorang ahli parlimen yang berada di situ, beliau ragu dengan jumlah undi yang tertulis dan diserahkan kepada Speaker oleh Setiausaha Dewan, Datuk Rosmini Ahmad.

“Setiausaha Dewan tuliskan angka itu dikertas dan dia sendiri pun kelihatan sudah menggigil dan pucat muka,” katanya.

Menurut sumber yang tidak mahu namanya dipetik berkata, kiraan untuk Bajet 2010 itu bertambah bilangannya apabila dua lagi ahli dewan baru masuk ke dalam dewan iaitu Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk M. Saravanan, disusuli ketibaan Datuk Seri Ong Tee Keat yang juga merupakan Presiden MCA.

Seorang ahli parlimen Pakatan Rakyat, R Sivarasah Rasiah bangun dan cuba membantah sewaktu usul bagi KDN yang diluluskan begitu cepat dan perlunya kiraan semula, tetapi telah ditolak oleh Speaker dewan.

Lebih mengharukan menurut ahli parlimen itu lagi, terdapat beberapa orang senator yang masih berada di dalam Dewan, yang memungkinkan turut dikira sedangkan senator adalah tidak layak untuk mengundi dan tidak boleh berada di dalam dewan sewaktu proses pengundian.

Selain itu, buat pertama kalinya, dua timbalan speaker terpaksa duduk di tempat ahli parlimen bagi dikira sekali undian mereka, iaitu Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar dan Datuk Ronald Kiandee. Memang hal ini dibenarkan mengikut peraturan dewan, tetapi ia tidak pernah terjadi sebelum ini.

Para pegawai Perlimen yang bertugas juga menyaksikan episod tersebut. Andai tidak, kita akan menyaksikan bagaimana buat pertama kalinya, BN tumpas dalam kiraan undi di Dewan Rakyat yang memboleh implikasi kerajaan Najib menerima usul undi tidak percaya.

Pada sebelah siangnya, Speaker dewan turut menolak usul pindaan Akta Pembangunan Petrolium 1974 yang antara lain menyebabkan kerajaan negeri Kelantan dinafikan hak mendapat royalti minyak daripada kerajaan Pusat.- http://dppperak.blogspot.com
-----------------------------------------------------------------------------------------

Undian luluskan Bajet 2010 bagi Kementerian Dalam Negeri, PR kalah 1 undi

Pakatan Rakyat tewas tipis 1 undi apabila Pakatan Rakyat memperolehi 63 undi berbanding BN 64 undi dalam proses pengundian meluluskan Bajet 2010 bagi Kementerian Dalam Negeri semalam.

Setelah berakhir perbahasan penggulungan oleh Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk wira Abu Seman, Usul Belah Bahagian dijalankan atas permintaan MP PKR Subang dan Speaker Dewan Rakyat membenarkan Belah Bahagian tersebut.


Difahamkan, 5 Ahli Parlimen PAS tidak hadir. Seorang ke luar negara. Seorang lagi balik ke kawasan atas urusan di kawasan Parlimen yang diwakilinya dengan kebenaran Presiden PAS (Tok Guru Presiden tunggu sampai malam begitu juga Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Lim Kit Siang). Tak diketahui apa terjadi kepada tiga orang lagi Ahli Parlimen PAS yang lesap (mungkin ada alasannya tersendiri) dan tidak ada dalam Dewan itu.


Syabas juga kepada MP Pasir Puteh yang bergegas ke Kuala Lumpur apabila dipanggil jam 2.00 petang (masih berada di Kuala Krai) sempat berada di Parlimen pada jam 10.35 malam.


15 lagi yang tidak ada dalam Dewan adalah dari PKR dan DAP. Belum dapat disahkan lagi berapa dari PKR dan berapa dari DAP.


Di sebelah pihak BN pula, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sendiri dan TPM Tan Sri Muhyiddin Yassin sanggup berkejar ke Dewan Rakyat untuk menyelamatkan partinya dari mengalami kekalahan dalam pengundian.


Ada orang kata kekalahan memalukan itu menyebabkan Tok Guru Presiden marah. Tidak dapat dijangkakan adakah beliau akan mengambil tindakan atau tidak.


Saat mendebarkan bagi PM, Najib Razak. Syabas PR atas apa yang terjadi itu. Jangan menyesal dan Buatlah lagi lain kali!


Syabas kepada MP PAS Marang, Bachok, Tumpat, Pengkalan Chepa, Kubang Kerian, Kuala Selangor, Titiwangsa, Rantau Panjang, Shah Alam, Bukit Gantang, Padang Terap, Jerai, Kuala Terengganu, Sik, Pasir Puteh, Kota Raja, Pendang dan Kota Bharu.


Senarai PKR dan DAP akan dimaklumkan kemudian.
- jiwokelate.wordpress.com

Aku cuma nak kata:
Dulu memang pembangkang susah nak bersuara apatah lagi nak menang undi dalam Parlimen. Setelah PRU 12, PR telah berjaya menafikan majoriti 2/3 BN yang menyebabkan Ahli Parlimen BN sesak nafas dan panas punggung semasa perbahasan di Dewan Rakyat.

Kalau mengikut laporan diatas terdapat seramai 20 orang Ahli Parlimen PR tidak hadir didalam dewan dan akhir nya menyebabkan PR kalah 1 dan 3 undi.


Itu yang buat geram tu !.
Bila dah ada peluang tak mahu gunakan. Masa tak ramai dulu, mengeluh kata kita tak boleh buat apa-apa sebab mereka ada lebih 2/3 majoriti. Sekarang ?. Memang bengang betul la....

Blog Greenboc pernah mengulas isu ketidak-hadiran MP-MP Pakatan Rakyat di Parlimen terutama semasa undi belah-bagi dijalankan. Jika kita masih ingat sewaktu undi belah-bagi dilakukan untuk menggantung Gobind Singh Deo dari Parlimen, beberapa ahli parlimen PAS tidak hadir yang akhirnya kemenangan berpihak kepada BN (baca disini). Diharap PR ambil pelajaran hal ini jika benar-benar mahu menjadi "kerajaan yang dinanti".

Sekian


Get Paid To Read Emails. Free To Join Now!
http://www.emailcashpro.com


14 December 2009

Perkhidmatan Ambulan akan diswastakan?



Ahli Parlimen Kuala Krai Dr. Mohd Hatta Ramli petang tadi meminta kerajaan tidak menswastakan perkhidmatan ambulan demi kepentingan rakyat.

Permintaan tersebut sebagai respon pada penjelasan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai bahawa kerajaan bercadang menambahkan lebih seribu lagi unit ambulans demi menaik taraf perkhidmatan kesihatan negara.

"Penambahan lebih 1000 ambulan difahamkan akan diuruskan oleh suatu syarikat swasta.

"Soalan saya, adakah perkhidmatan ambulan ini akan diswastakan atau tidak," soal Dr. Hatta.

Beliau yang juga Bendahari PAS menegaskan bahawa langkah penswastaan tersebut akhirnya tidak menguntungkan rakyat.

"Sebenarnya penswastaan ini tidak semestinya akan meningkatkan kualiti, tetapi selalunya meningkatkan kos, ini yang selalu kita dengar, akhirnya merugikan (rakyat)," jelas Dr. Mohd Hatta sewaktu membahaskan isu berbangkit berhubung Kementerian Kesihatan Malaysia.

Menjawab soalan tersebut, Liow mengakui bahawa kementeriannya ada menerima cadangan penswastaan tersebut.

"Memang ada beberapa cadangan seperti ini (penswastaan ambulan) tetapi kami (Kementerian) masih belum membuat apa-apa keputusan," kata Liow.

Pun begitu, Liow memberi jaminan bahawa rakyat tidak akan dibebankan, sekiranya polisi itu dilakukan.

"Sekiranya ada penswastaan (perkhidmatan ambulan) ini, kita (kerajaan dan Kementerian) memberi jaminan untuk kebaikan rakyat dan tidak akan membebankan rakyat," jelasnya.

Respon pada penjelasan Liow, Dr. Mohd Hatta meminta kerajaan mengkaji semua janji-janji politiknya sebelum ini.

"Memanglah dalam penswastaan (yang dilakukan kerajaan) sebelum ini, kerajaan akan janji jimatkan kos dan tidak membebankan rakyat, tapi apabila diswastakan, kita (rakyat) dapati sebaliknya," katanya

Aku cuma nak kata:
"tidak membebankan rakyat, ianya masih rendah jika dibandingkan dgn negara jiran". Ayat atau kenyataan yang biasa keluar dari mulut menteri BN.

Masih tak puas lagi, apa yang ada semua nya nak di swastakan. Pada hal apa yang masaalah nya kalau di kekalkan seperti sekarang ?. Buat penambahbaikan sudah lah.... Ini tidak !. Dalam kepala asyik dok fikir macam mana nak sapu wang rakyat. Tak dak modal lain ke ?...

Get Paid To Read Emails. Free To Join Now!
http://www.emailcashpro.com


13 December 2009

Isu kursus BTN : Pak Lah Tidak Usah Menegakkan Benang Basah

Shah Alam, 12 Dis - Susulan kenyataan mantan Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi yang mendakwa Biro Tata Negara (BTN) tidak bersifat perkauman.

Bagaimanapun kenyataan itu diselar bekas pengarah BTN, Johari Abdul yang menyifatkan kenyataan Tun Abdullah itu menegakkan benang yang basah.

“ Pak Lah mungkin kata ada individu. Ya mungkin ada individu tetapi kalau ada kursus kita, individu itu menyebut dalam kursus kita, individu ini sebahagian dari pensyarah kita, sebahagian daripada fasilitator kita, kita kena ambil tanggungjawablah. Kita katalah kita mengakui dan rombak. Apa yang nak pertahankan? Rakyat semua tahu, tak payah hendaki menegakkan benang yang basahlah!” kata Johari kepada TV Selangor.

Tun Abdullah dalam laporan Berita Harian hari ini berkata, beliau tidak nampak adanya unsur perkauman dalam program anjuran kerajaan itu.

Tun bagaimanapun tidak pula menidakkan individu rasis dalam program berkenaan.

Johari Abdul ketika dihubungi TV Selangor berkata, apapun jua yang dikatakan Tun Abdullah, para peserta dan rakyat yang pernah menyertai kursus BTN lebih mengetahui apa yang berlaku dalam kursus tersebut.

“ Pak Lah tidak payah menidakkan lah. Saya ingat sudah beratus ribu atau juta orang yang telah melalui kursus BTN tu…”.

Tambahnya lagi, beliau bersetuju dengan sikap dan pendirian yang ditunjukkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz yang lebih terbuka dalam mengakui kesilapan pihak kerajaan.

Johari juga menyarankan jika UMNO mahu terus mewujudkan sebuah program rasis, maka mereka boleh mengadakan kursus mereka sendiri tanpa menggunakan duit rakyat.

“ BTN harus bertanggungjawab. Bila kita menjemput penceramah dan penceramah itu menggunakan elemen rasis dalam ceramah-ceramah tersebut, dalam kursus-kursus tersebut, makanya pelanggan atau peserta kursus tersebut (beranggapan) orang yang memberikan input ini sebahagian daripada BTN”.

“ Saya bersetuju dengan Datuk Nazri Aziz supaya jangan pertahankan. Mengaku sahajalah ada silap dan rombak kan. Itu saya minta. Tetapi kalau dia hendak rasis, dia hendak kata apa, dia hendak gunakan fitnah dan sebagainya, dia boleh buat tetapi buat dalam kursus UMNO lah. Yang UMNO cari duit, buatlah!”. - http://www.selangorkini.com.my

Aku cuma nak kata:
Kesian Pak Lah..........Konon nak tumpang semangkuk untuk memberi ulasan, kan dah kena bidas. Kalau pembangkang yang bidas, itu adalah biasa, tetapi kalau bekas pengarah BTN sendiri yang membidas keyataan Pak Lah. Sendiri fikir lah...


Sekian.


Get Paid To Read Emails. Free To Join Now!
http://www.emailcashpro.com


11 December 2009

Skandal PKFZ: Penahanan dan tangkapan bermula, mari kita lihat siapa yang kena ?




PKFZ: Bekas GM Pelabuhan Klang antara 3 ditahan
Oleh Neville Spykerman

KLANG, Dis 10 — Bekas pengurus besar Pihak Berkuasa Pelabuhan Klang (PKA) Datin Paduka O.C. Phang dan dua yang lain dijangka dikenakan tuduhan di Mahkamah Sesyen hari ini berhubung peranan mereka dalam skandal projek Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ).

Phang bersama arkitek Bernard Tan Seng Swee dan ketua pegawai operasi Kuala Dimensi Sdn . Bhd. Steven Abok ditahan dalam operasi bersama oleh polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia hari ini.- www.themalaysianinsider.com

Mengulas penahanan tersebut, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam sidang media di lobi parlimen hari ini menyambut baik langkah tersebut namun menyifatkan penahanan bekas Pengurus Besar Lembaga Pelabuhan Klang (LPK), Datin Paduka OC Phang dan dua lagi, hanya satu permulaan yang kecil ( baca disini).

Aku pun hairan juga. Masa isu PKFZ ini mula mula meletup, terdapat nama nama orang besar yang saban hari berantakan di media sehingga TPM Tan Sri Muhyiddin terpaksa keluar 'warning' (baca disini). Aleh - aleh yang kena tangkap nama nama yang sebelum ini tak popular langsung. Kambing hitam kah mereka ini?.

Bagaimana dengan cerita yang Datuk Seri Tiong King Sing mendakwa Datuk Seri Ong Tee Keat, yang juga presiden MCA, menerima RM10 juta daripada Tiong, yang juga ketua eksekutif Kuala Dimensi Sdn Bhd, pemaju siap guna PKFZ.

Aku berpendapat dalam kes ini pemimpin atau orang besar yang memberi arahan untuk melaksanakan penyelewengan tersebut akan terlepas dan sebalik nya yang akan didakwa adalah orang yang melaksanakan tugas tersebut.

Get Paid To Read Emails. Free To Join Now!
http://www.emailcashpro.com


10 December 2009

Isu pijak gambar : 2x5 dan 5x2




Perbuatan pemimpin DAP termasuk Lim Kit Siang memijak gambar 3 bekas ADUN Pakatan Rakyat yang melompat menyokong Barisan Nasional semasa Konvensyen DAP Perak (Ahad-29/11/09) yang telah mengundang kecaman terhadap tindak tanduk tersebut termasuk dari Ahli Parlimen PKR. (baca disini dan disini )

Akibat dikecam pelbagai pihak, akhir nya DAP Perak memohon maaf kepada rakyat Malaysia yang tersinggung dengan perbuatan tersebut. (baca disini)

Di bawah ini pula adalah gambar sekumpulan 12 orang yang dituduh terlibat dalam kes mengarak kepala lembu tempohari . Majoriti mereka adalah ahli Badan Bertindak Perpaduan Ummah (BBPU) , NGO yang baru ditubuhkan. Mereka berada di Mahkamah Sesyen Shah Alam (08 Dis 09).

Setelah Mahkamah menetapkan tarikh perbicaraan bagi kesemua 12 orang tersebut dari 12 - 16 hb April 2010, mereka mengambil kesempatan untuk menyatakan protes mereka terhadap kepimpinan DAP yang telah menunjukkan sikap kurang ajar mereka kepada 3 ADUN Perak yang telah meninggalkan Pakatan Rakyat.

Aku tak mahu cakap lebih lebih. Kepada sesiapa yang boleh berfikir, berfikir lah secara rasional. Kalau kita marah kan pemimpin DAP atau siapa sahaja yang memijak gambar orang lain sebagai biadap, melampau, bodoh dan berbagai lagi, tetapi lepas itu kita pulak buat benda yang sama.... Apa kah beza nya kita dan mereka itu ?. Lebih teruk lagi, jika siap dengan adegan lakonan 'kencing'.

Lihat lah aksi mereka................ Ada banyak lagi di http://minaq-jinggo.fotopages.com (Terima Kasih kepada minaq jinggo)





Get Paid To Read Emails. Free To Join Now!
http://www.emailcashpro.com


09 December 2009

Sebab bagaimana kereta menjunam Di KB Mall


KERETA Ford Laser yang mengorbankan dua mangsa selepas jatuh dari tingkat 3 di KB Mall dibawa keluar.

KOTA BHARU 9, Dis 2009 (Berita Harian): Nurul Ain Said tidak menyangka hasrat membeli alat tulis untuk peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang sedang didudukinya, bertukar menjadi igauan ngeri apabila kereta yang dikendalikannya terjunam dari ruang meletak kereta kompleks beli-belah KB Mall, petang kelmarin, menyebabkan dua penuntut kejururawatan terbunuh.

Pelajar Tingkatan Lima Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Dewan Beta, dekat sini berkata, dia hanya mampu mengucap kalimah syahadah dan terbayang saat kematian apabila kereta itu terbabas merempuh tembok penghadang lalu menjunam dari tingkat tiga ke aras bawah kompleks itu.

Katanya, kejadian berlaku ketika dia bersama adiknya, Nurul Akma, 14, membantu abang angkat mereka, Sabri Yusuf, 27, dari Jerteh, Terengganu, menghidupkan kereta Ford Laser itu selepas membeli-belah.

"Ketika hendak balik jam 5 petang, kereta tidak dapat dihidupkan. Saya dan Akma cuba menolak tetapi gagal," katanya di wad Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZII), di sini, semalam.

Nurul Ain berkata, Sabri meminta dia mengendalikan kereta dan diajar cara menghidupkan enjin.

"Saya tidak tahu memandu kereta. Jadi, Sabri mengajar secara ringkas termasuk meminta menekan pendikit minyak dengan kuat serta memasukkan gear".

"Ketika mereka menolak kereta, saya memasukkan gear dan secara tiba-tiba enjin kereta hidup sebelum meluncur laju. Saya hilang kawalan dan kereta terjunam ke tingkat bawah.


NURUL AIN (kiri) ditemani adiknya dirawat di Hospital Raja Perempuan Zainab II, Kota Bharu

"Saya bimbang keselamatan Akma kerana sangka dia turut terjatuh," katanya yang semakin pulih daripada trauma kejadian itu.

Nurul Ain bersyukur kerana terselamat walaupun terjatuh dari ketinggian 20 meter dan cedera ringan akibat terkena serpihan kaca.

Katanya, kira-kira jam 2 pagi semalam, dia dikejutkan seorang lelaki di wad yang menuduhnya menjadi punca ramai mati.

Sementara itu, Nurul Akma berkata, sejurus kereta itu menjunam, dia bergegas turun dan terkejut melihat mangsa terbaring berlumuran darah menyebabkannya panik dan menangis.

"Seorang wanita menenangkan saya sebelum dihantar pulang tanpa mengetahui nasib kakak. Kira-kira jam 12 malam, polis mengambil saya untuk membuat laporan dan melawat kakak di hospital," katanya. - Berita harian

-------------------------------------------------------------------------------------------

Lelaki, Wanita Ditahan Bantu Siasatan Kereta Menjunam Di KB Mall

KOTA BAHARU, 8 Dis (Bernama) -- Polis menahan seorang lelaki dan seorang wanita bagi membantu siasatan berhubung kejadian sebuah kereta yang menjunam jatuh ke dalam pasar raya KB Mall di sini dua hari lepas yang membunuh dua pelajar kolej kejururawatan.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata lelaki berusia 20-an itu di tahan pukul 3 petang Isnin manakala yang perempuan ditahan Isnin malam di rumah masing-masing.

"Kedua-duanya kini direman beberapa hari bagi membantu siasatan yang dibuat mengikut Seksyen 304 Kanun Keseksaan kerana dikaitkan menyebabkan kematian dalam insiden itu," katanya kepada pemberita di pejabatnya di sini, Selasa.

Dalam kejadian pukul 5 petang Ahad lepas, dua pelajar perempuan Kolej Kejururawatan Masterskill cawangan Kota Baharu, Siti Nor Amira Samsuddin, 19, dan Siti Nor Diana Azman, 18, terbunuh akibat dihempap kereta terbabit ketika berada di atas tangga bergerak pasar raya itu.

Dua lagi cedera parah iaitu Rashidah Ahmad Lutfi, 24, juga pelajar kolej yang sama dan pemandu kereta terbabit, Nurul Ain Said, 17, di mana kedua-dua dirawat di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZII) di sini.

Kedua-dua lelaki dan wanita yang dipercayai rakan kepada Nurul Ain menghilangkan diri selepas kejadian itu.

Siasatan lanjut kini tertumpu kepada punca dan sebab kejadian.

Semalam Abdul Rahim berkata struktur tembok penghadang kenderaan di tempat letak kereta tingkat tiga bangunan pasaraya KB Mall yang tidak kukuh dipercayai punca kepada kereta yang dipandu Nurul Ain terjunam ke dalam bangunan.

Beliau berkata sekiranya tembok setinggi 1.8 meter itu dibina dengan bata dengan terdapat tetulang besi di dalam, mustahil ia boleh runtuh sebagaimana yang berlaku itu.

Difahamkan lelaki yang ditahan semalam adalah abang angkat kepada Nurul Ain dan kenderaan Ford Laser TX3 itu telah dipinjam oleh abang angkat berkenaan daripada seorang rakannya untuk membawa Nurul Ain dan adik, Nurul Akmal, 14, ke pasar raya itu untuk membeli-belah.-- BERNAMA

Aku cuma nak kata:
Jika benar seperti apa yang dilapor oleh media. Secara umum nya, dari laporan media diatas ada banyak andaian dan kesimpulan yang boleh aku buat dan agak.

1.
Ini lah masaalah nya budak perempuan sekarang. Mereka tak suka ikut emak atau bapak masing masing. Mungkin kalau ikut emak bapak, pergerakan terkongkong. Budak budak ini lebih suka ikut abang angkat yang mana silap haribulan akan diangkat nya kain budak perempuan itu. Ye lah...... buat nya abang angkat merangkap boyfriend @ buaya darat.

2. Kereta yang terjunam itu adalah kereta pinjam. Abang angkat budak perempuan itu iaitu Sabri Yusuf meminjam kereta tersebut dari kawan nya. Kemalangan telah pun berlaku dan melibatkan kematian. Kes berat tu !!!. Apa kah implikasi nya ?. Yang ini selalu nya budak budak muda ini tidak fikir sebelum buat sesuatu. Yang mereka tahu.....SERONOK !.
a). Kereta kawan tu siapa nak ganti. Sabri ?... Belum tentu rasa nya.
b). Kalau kereta itu saja lah yang kawan si Sabri tu ada, tak ke 'patah kaki' kawan tu nak kesana sini ?
c). Insuran dan insuran pemandu ke-2, cukai jalan dan lesen memandu ada dan hidup lagi ke tidak ?
d). Mangsa yang dah meninggal dunia kita sedekah kan Al-Fatihah. Kalau waris waris si mati saman macam mana ?.?

Bab pinjam kereta ini memang aku tak pernah bagi pinjam pada sesiapa. Nak kata kedekut pun tak pe. Aku rela dari pada jadi macam kes diatas. Kecuali lah kalau 'kecemasan', itu pun aku sendiri yang akan pandu.

3. Kalau tak reti memandu jangan sekali kali pegang stereng tanpa ada orang sebelah. Dalam kes diatas, jangan marah kalau aku kata Sabri memang bodoh kerana meminta Nurul Ain duduk di kerusi pemandu. Sedangkan pemandu yang baru dapat lesen memandu pun kena pakai 'P'.

4. Takdir dah nak jadi, nak buat macam mana ?. Ayat yang selalu diguna untuk alasan. Kalau pun nak kata takdir, boleh lah kepada 2 orang mangsa diatas eskalator tu. Sesiapa pun boleh kena. Aku pun boleh kena.., siapa sangka sedang naik tangga, tiba tiba kereta datang dari atas kepala. Itu memang boleh dikata kan 'Takdir', tetapi untuk 2 orang iaitu Sabri dan Nurul Ain..., kamu berdua mencari 'Nahas'.

Kesimpulan nya, berfikir dulu sebelum buat sesuatu dan jangan pinjam kereta orang lain. Kalau tak kena apa apa, tak apa lah..., tapi kalau jadi macam kes diatas....???? ..Apa macam ??

Sekian

Get Paid To Read Emails. Free To Join Now!
http://www.emailcashpro.com


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...