Photobucket
http://airrakyat.epetitions.net/images/petitions/046bde8e644231f0515ba45e14f2e9df/topBanner.jpg

08 November 2009

Cuepacs mahu bertemu PM untuk dapat penjelasan isu bonus & ekonomi negara


Bonus, 2 bulan aje....

KUALA LUMPUR, 7 Nov (Bernama) -- Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) tetap mahu mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bagi mendapatkan gambaran sebenar berhubung kenyataannya mengenai permintaan bonus dan keadaan ekonomi negara.

Presiden Cuepacs Omar Osman berkata pertemuan itu perlu bagi membolehkan kongres itu menjelaskan perkara sebenar yang dimaksudkan Perdana Menteri kepada ahli-ahlinya.

"Kita mahu penjelasan lebih lanjut, supaya kita dapat jelaskan kepada ahli-ahli kita. Sekarang kira keliru tentang kenyataan beliau, ini termasuklah ahli kita," katanya lagi kepada pemberita selepas mesyuarat khas Cuepacs di sini pada Sabtu.

Najib pada awal minggu ini dilaporkan berkata adalah salah daripada segi moral bagi Cuepacs untuk meminta bonus kerana negara masih bergelut untuk keluar daripada kemelesetan ekonomi dan ramai pekerja di sektor swasta dibuang kerja.

Omar berkata hasil mesyuarat khas hari ini, kesemua ahli majlis kongres yang hadir bersetuju untuk menghantar surat kepada Perdana Menteri untuk mengadakan pertemuan dan ia akan dihantar Isnin ini.

Beliau berkata Cuepacs juga mahu mendapat penerangan mengenai keadaan ekonomi yang masih belum pulih seperti yang dikatakan Perdana Menteri dalam pertemuan itu.

"Majlis kongres (Cuepacs) belum pernah diberi taklimat terhadap keadaan ekonomi negara sebenarnya, jadi Kongres berpendapat keadaan ekonomi kita hari ini baik berdasarkan kerajaan memberi bantuan khas RM500 (kepada kakitangan awam dan pesara kerajaan)," katanya. - BERNAMA

Berita sebelum ini..............



PM selar presiden cuepacs minta bonus

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri berkata adalah salah di segi moral untuk meminta mendapatkan bonus kerana negara ini masih bergelut untuk keluar dari kemelesetan ekonomi dan ramai pekerja di sektor swasta dibuang kerja.

“Adalah salah di segi moral untuk meminta mendapatkan bonus apabila ekonomi belum pulih. Saya sentiasa memberitahu Cuepacs (Presiden Omar Osman) bahawa ia tidak boleh bertindak seperti kesatuan sekerja, setiap kali meraung meminta bonus (setiap kali pembentangan bajet) kerana anda mahu menjadi (kekal) popular di kalangan ahli anda,” katanya.

Cuepacs, badan induk bagi kesatuan pekerja sektor awam, kini mendesak kerajaan untuk mendapatkan bonus dua bulan bagi 1.2 juta kakitangan awam di negara ini.

“Di dalam sektor swasta, pekerjanya dibuang kerja dan ia tidak berlaku di dalam perkhidmatan kerajaan.

“Bagaimana pun, itu tidak bermakna pekerja cemerlang tidak boleh diberi ganjaran tetapi malangnya sistem sedemikian tidak diwujudkan,” katanya. – Bernama

Aku cuma nak kata:
Kesian dengan Presiden Cuepacs Omar Osman. Tak pasal pasal kena tempelak dengan PM 1 Malaysia yang mendahulukan rakyat dalam segala-gala nya. Slogan retorik yang mula membosankan.

Bagi aku Datuk Seri Najib tak sepatut nya mengatakan Omar Osman meminta bonus untuk menjadi popular. Beliau meminta bonus atas kapasiti sebagai Presiden Cuepacs dan untuk ahli Cuepacs. Ada kah itu satu kesalahan ?. Nanti kalau Cuepacs berdemo minta bonus, kata macam monyet lah, tak ikut saluran lah. Bila ikut saluran macam yang En.Osman tu buat, DS Najib selar pulak kata tindakan itu salah dari segi moral kerana negara ini masih bergelut untuk keluar dari kemelesetan ekonomi.

Aku nak tanya DS Najib tentang ekonomi negara. Aku memang tak reti nak bercakap tentang ekonomi macam pakar ekonomi cakap yang kadang kadang pusing keliling dengan istilah istilah ekonomi. Kalau dilihat dan didengar dari apa yang dicanang oleh pemimpin Kerajaan seperti DS Najib sendiri, aku berpendapat ekonomi negara OK saja. Ambil saja contoh penubuhan Team F1 Satu Malaysia. Tidak kah itu menunjukkan ekonomi OK. Ada yang akan sanggah dengan berkata bukan kerajaan yang keluar duit. Proton dan pihak swasta lain yang akan keluar duit. Aku nak tanya, duit tu datang dari mana?. Ada kah duit itu harta karun Proton. Kalau harta karun Proton, lantak lah nak buat apa pun, tapi duit itu datang dari jualan kereta proton dan jualan produk swasta berkaitan. Siapa yang beli kereta proton dan seterus nya menyumbang kepada pendapatan Proton?. Rakyat Malaysia yang beli. Proton yang baru saja sihat selepas nazak nak mati 2,3 tahun lepas masih tidak insaf. Patut nya duit untung tu buat R&D atau diguna untuk memantap dan menambah baik kualiti kereta Proton. Bagaimana nanti kalau Proton nazak balik semula?. Oh ye !!, ada sesiapa yang ingat apa jadi pada MV Agusta yang dijual dengan harga 1 euro kepada Gevi SpA?. Tidak kah ini menjadi 1 pengajaran kepada Proton atau Proton memang tak pernah mahu belajar? atau semua orang sudah lupa termasuk Tun...

Yang aku hairan, apabila Toyota pun tarik diri dari F1 kerana tak tahan dengan kos nya, tiba tiba Malaysia pulak yang terhegeh hegeh nak masuk. Toyota membelanjakan RM1.5 billion setiap tahun untuk F1. Banyak duit tu kan !!. Apabila Toyota keluar dan Malaysia masuk, maka belanja nya pun lebih kurang banyak itu lah jugak kan?. Habis tu macam mana kata Malaysia tak ada duit?. Tak percaya aku!. Eh.., ini apa benda aku melalut ni...

Kesimpulan nya dalam isu seperti bonus ini, baru lah kita nampak tipu helah dan tembelang sebenar kerajaan. Untuk propaganda atau apabila ada pilihan raya, cerita yang kita dengar ialah ekonomi bagus dan OK kerana kerajaan BN pandai memerintah. Namun apabila rakyat meminta sedikit imbuhan atau bantuan, tiba tiba sahaja ekonomi tak OK. Entah la...


Get Paid To Read Emails. Free To Join Now!
http://www.emailcashpro.com


Photobucket

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...