Photobucket
http://airrakyat.epetitions.net/images/petitions/046bde8e644231f0515ba45e14f2e9df/topBanner.jpg

29 November 2009

TG Nik Aziz belum doa pun, Mufti dah 'melompat'



KUALA LUMPUR: Tokoh agama dan ulama semalam membidas hasrat Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Aziz Nik Mat yang mahu berdoa kepada Allah supaya memusnahkan masa depan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan Umno jika Kerajaan Pusat enggan memberi royalti minyak kepada Kelantan.

Mereka mengingatkan Menteri Besar Kelantan itu bahawa perbuatan sedemikian adalah haram di sisi Islam tanpa mengira pelakunya berpangkat dan berkedudukan, apatah lagi pihak dimaksudkan itu saudara seagama dan seorang pemimpin beragama Islam.

Mufti Perak, Tan Sri Dr Harussani Zakaria, berkata umat Islam sepatutnya berdoa dan memohon kepada Allah supaya memberikan hidayah, kesejahteraan serta keselamatan terhadap orang lain, terutama saudara seagama, bahkan kepada orang kafir.

Beliau berkata, umat Islam tanpa mengira kedudukan, pangkat, jawatan atau fahaman politik wajib mematuhi hukum Islam yang mengharamkan perbuatan mendoakan kemusnahan saudara seagamanya.

"Berdoa meminta Allah memusnahkan kehidupan dan masa depan orang lain tidak boleh, haram dan berdosa besar. Kalau kepada kafir harbi (tidak tunduk kepada pemerintahan kerajaan Islam) tidak mengapa.

"Sesama Islam tidak boleh berdoa seperti itu. Kita digalakkan mendoakan kesejahteraan orang lain, terutama saudara seagama. Orang berdoa supaya Allah memusnahkan kehidupan orang lain perlu bertaubat dan perlu memohon maaf dengan orang yang dimaksudkan. Kita tidak boleh putuskan silaturahim," katanya ketika dihubungi, semalam.

Nik Aziz kelmarin berkata, beliau dan penyokongnya sudah mendoakan agar Perdana Menteri mengubah fikiran supaya memberikan royalti kepada negeri itu, jika tidak beliau akan berdoa supaya Allah menghapuskan masa depan Najib dan Umno.

"Saya doa tadi ramai-ramai minta Allah SWT perbetulkan pemikiran Perdana Menteri, biar dia beri (royalti)...kalau tak, kita doa supaya Allah musnahkan masa depan dia, parti dia, kumpulan dia, proksi dia semua akan musnah, tak mustahil benda ini akan berlaku," katanya.

Awal bulan ini, Perdana Menteri berkata, Kerajaan Pusat akan memberi wang ihsan kepada kerajaan Kelantan mulai tahun depan bagi hasil pengeluaran minyak di luar pesisir pantai negeri itu.

Sementara itu, Penasihat Majlis Agama Islam Johor, Datuk Nooh Gadut, berkata umat Islam yang berhajat supaya orang lain yang seagama dengannya menderita dan kehidupannya musnah sebenarnya mahu mencabar al-Quran yang menegaskan orang Islam bersaudara.

Aku cuma nak kata:
Wah!!, habis melompat mufti - mufti dan bijak pandai ugama mengecam Tuan Guru Nik Aziz apabila Tuan Guru nak mendoakan kemusnahan kepada PM dan UMNO. Boleh bercakap rupa nya mufti - mufti ini. Aku ingatkan bisu.

1.
Aku yakin, makna musnah yang dimaksudkan oleh TGNA ialah PM dan UMNO/BN tidak berkuasa lagi dan bukan nya patah kaki atau meninggal dunia.


2.
Apa caranya lagi nak buat ikut prosedur. Yang nyata, mahkamah dalam kocek pemerintah, Parlimen memang dah tak boleh nak jalan. Oleh itu yang tinggal hanya doa kepada Allah.


3.
Kalau dah merasakan doa TGNA tidak akan makbul dan sebagainya..mengapa perlu risau?. Jangan lah risau dan bising-bising.., duduk diam diam sudahlah. Biarkan TGNA nak doa berapa banyak pun. Entah entah memang terasa buat salah kot?...


4.
Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir pun nak tumpang semangkuk (baca sini). Mintak maaf lah DS, tolong cermin dan tengok diri sendiri.

Kesimpulan nya adalah mudah,
Jika benar benar tindakan PM itu adalah menzalimi rakyat kelantan ... dan permohonan dari orang yang dizalimi itu kepada Allah .. sememang nya doa adalah senjata ampuh.....Makbul atau tidak, hanya Allah SWT yang tentukan, tetapi jika PM tidak melakukan apa apa kesalahan .. sewajarnya tidak perlu takut dengan doa sebegini ...

Get Paid To Read Emails. Free To Join Now!
http://www.emailcashpro.com


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...