Photobucket
http://airrakyat.epetitions.net/images/petitions/046bde8e644231f0515ba45e14f2e9df/topBanner.jpg

20 October 2010

Isu Bonus: Kerajaan memang pandai.., pandai membelit !

Bila nak tunjuk pada rakyat yang konon nya umno/BN pandai memerintah maka ditonjol dan dikeluarkan lah segala jenis fakta fakta angka yang menunjukkan peningkatan ekonomi. Peningkatan indeks komposit BSKL, peningkatan penjualan kereta, KDNK dan entah apa lagi istilah yang kebanyakan nya langsung aku dan ramai rakyat tak faham.

Aneh nya bila menghampiri hujung tahun dan seperti yang lepas lepas, apabila CUEPACS minta bonus sebanyak 2 bulan maka lidah pemimpin no.1, Satu Malaysia mula lah berbelit belit memberi alasan itu dan ini. Antara alasan nya ialah untuk mengelak perbelanjaan kerajaan melebihi pendapatan. Alasan macam ini lah yang membuatkan aku dan ramai rakyat semakin meluat dengan kerajaan yang tinggal nyawa nyawa ikan ini.

Apabila berbelanja pada benda benda lain, pemimpin seperti ini tidak pun memikirkan perbelanjaan tersebut membazir ke?, melebihi pendapatan ke?. Lebih lebih lagi kalau semua perbelanjaan tersebut diketegori kan sebagai 'RASMI', lagi sakan lah mereka berbelanja.

Apabila nak bagi sedikit kepada sebahagian rakyat yang berkhidmat sebagai kakitangan kerajaan, bukan main berkira lagi. Sila baca dibawah:




Kerajaan tak beri bonus bagi elak perbelanjaan melebihi pendapatan: PM

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak berkata kerajaan memberikan bantuan kewangan khas dan bukan bonus sebulan kepada kakitangan awam kerana tidak boleh berbelanja lebih daripada pendapatan.

Perdana Menteri berkata, sekiranya kerajaan memberikan bonus sebulan ia menyebabkan implikasi perbelanjaan kerajaan sehingga RM3.1 bilion.

Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan berkata demikian pada Perhimpunan Kebangsaan Guru 1Malaysia di Stadium Putra Bukit Jalil, di sini, pagi ini. Turut hadir, Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin.- http://www.bharian.com.my





CUEPACS TETAP MAHU KERAJAAN PERTIMBANG PEMBERIAN BONUS 2 BULAN

KUALA LUMPUR, 19 Okt (Bernama)-- Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) sekali lagi memohon supaya kerajaan mempertimbangkan pemberian dua bulan bonus kepada kira-kira 1.2 juta penjawat awam di negara ini.
Presidennya, Omar Osman berkata berdasarkan pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) yang menunjukkan peningkatan sebanyak 10.5 peratus tahun ini, beliau yakin kerajaan mampu berbuat demikian.

"Pertumbuhan KDNK negara kita telah melonjak kepada 10.5 peratus dan keadaan ekonomi negara sedang mantap, jadi tidak mustahil perkara itu (bonus) dapat dilaksanakan.
"Kita turut menghantar satu telegram kepada Perdana Menteri petang ini bagi menyatakan hasrat kita (supaya) dapat berjumpa beliau dengan harapan kerajaan dapat mempertimbangkan semula pemberian bonus itu," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Khas Majlis Kongres Cuepacs kali ke-11 di Wisma Cuepacs hari Selasa. Seramai 135 perwakilan kongres, termasuk dari Sabah dan Sarawak, menghadiri mesyuarat yang berlangsung selama dua jam itu.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak semasa pembentangan Bajet 2011 di Dewan Rakyat Jumaat lepas, tidak mengumumkan bonus kepada kakitangan awam, sebaliknya memberi bantuan kewangan khas sebanyak RM500 bagi Gred 54 dan ke bawah, termasuk pegawai kontrak dan pesara kerajaan, bagi menampung perbelanjaan persiapan sekolah.

Omar berkata tuntutan pemberian bonus telah dibuat sejak beberapa tahun lepas, namun ditolak kerana keadaan ekonomi yang tidak menentu ketika itu. http://cuepacs.blogspot.com


Get Paid To Read Emails. Free To Join Now!
http://www.emailcashpro.com

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...