Mahkamah Tinggi di Shah Alam hari ini mengekalkan sabitan dan hukuman yg dibuat pada 1 Mac lalu iaitu penjara 6 tahun dan denda RM400,000 terhadap Ahli Parlimen Sabak Bernam,
Datuk Abdul Rahman Bakri,47 thn dan pembantu khasnya, Rosli Busro, 44 thn kerana
membuat 8 tuntutan palsu berjumlah RM80,000 bagi program-program
yang tidak dijalankan 4 tahun lalu. Hakim juga menolak permohonan Abdul Rahman dan Rosli untuk
penangguhan pelaksanaan hukuman sebaliknya memerintahkan mereka
menjalani hukuman penjara bermula hari ini.
Tuntutan itu membabitkan pembelian hadiah, cenderamata dan jamuan
program motivasi pelajar di peringkat Dewan Undangan Negeri Sungai Air
Tawar, program mesra rakyat dan hari keluarga di Dewan Simpang 4 Bagan
Nokhoda Omar (BNO), program perdana peringkat mukim BNO, program mesra
rakyat dan sambutan Maulud Nabi serta program mesra rakyat hari keluarga
guru kemas. Setiap tuntutan palsu itu membabitkan RM10,000.
Semua perbuatan itu dilakukan Abdul Rahman ketika berkhidmat sebagai
Adun Sungai Tawar di Pejabat Daerah Sabak Bernam, antara 21 Januari
hingga 12 Februari 2008.
Get Paid To Read Emails. Free To Join Now! http://www.emailcashpro.com
No comments:
Post a Comment