Dewan Muslimat PAS Pusat sangat mengalu-alukan langkah baik Rapid KL mengadakan perkhidmatan bas khas bagi golongan wanita saja. Langkah ini tepat pada masanya dan amat sesuai dengan senario semasa dimana ramai penjawat awam dan swasta dari kalangan wanita menggunakan perkhidmatan bas untuk pergi balik ke pejabat dan rumah mereka terutamanya di waktu sesak di bandar-bandar besar seluruh negara.
Sedikit masa dulu kita berasa amat selesa apabila KTM memulakan perkhidmatan koc khas untuk wanita pada waktu sesak. Tindakan tersebut mendapat respon yang sangat menggalakkan. DMPP turut turun padang dan membuat kajian rambang serta mendapati perkhidmatan tersebut disokong oleh para pengguna baik dari kalangan wanita mahupun lelaki.
Langkah ini juga sudah lama dinanti-nantikan serta telah beberapa kali disuarakan oleh badan-badan NGO Wanita yang prihatin terhadap keselesaan dan keselamatan golongan wanita di dalam menggunakan pengangkutan awam. Malah di negara-negara maju di Eropah seperti Sweden, langkah-langkah ini telah terlebih dulu dilaksanakan serta terbukti ianya membantu mengurangkan kadar jenayah dan gangguan seksual terhadap wanita.
Jika kita menoleh kebelakang sejenak terhadap manifesto PAS pada PRU 12, Mac 2008, diantara tawaran yang hendak PAS laksanakan adalah menjaga keselesaan dan keselamatan wanita dengan menyediakan pusat rekreasi dan sukan khas untuk wanita. Termasuk juga perkhidmatan pengangkutan awam khusus bagi golongan wanita.
Sehubungan itu tindakan ini dilihat sesuai dari sudut tuntutan Islam dimana Islam telah meletakkan martabat yang tinggi terhadap wanita serta menuntut dipelihara maruah mereka dengan sebaik-baiknya. Tindakan menyediakan perkhidmatan bas khas bagi wanita ini dapat dirasakan kesesuaiannya dengan iktibar dari hadis Rasulullah sa.w. yang diriwayatkan oleh at-Tarmizi; yang mafhumnya; “ Sebaik-baik dikalangan kamu, adalah orang yang paling baik dengan isterinya, dan Akulah dari kalangan kamu yang paling baik dengan isteriku”.

Nuridah Mohd Salleh
Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat
2hb Disember 2010.
Aku cuma nak kata:
Syabas kepada RapidKL kerana prihatin dengan keadaan dan situasi sekarang ini. Dengan mengadakan bas khas untuk wanita, sekurang kurang nya dapat memberi pilihan kepada wanita wanita yang phobia menaiki bas bercampur aduk dengan lelaki.
Kepada wanita yang seronok untuk diraba raba mungkin masih boleh menaiki bas biasa agak nya.
Sekian

Get Paid To Read Emails.
Free To Join Now! http://www.emailcashpro.com
No comments:
Post a Comment