Photobucket
http://airrakyat.epetitions.net/images/petitions/046bde8e644231f0515ba45e14f2e9df/topBanner.jpg

04 December 2010

Pengurangan subsidi bermakna menaik kan harga barang

Kerajaan sengaja menggunakan istilah lebih lunak supaya rakyat tak perasan dan marah. Diguna lah macam macam istilah seperti Pengurangan subsidi dan penyelarasan harga. Pengurangan subsidi bermakna menaik kan harga barangan. Itu yang aku dan rakyat tahu.

Kerajaan 1 Malaysia yang dipimpin oleh DS Najib yang cukup gah dengan slogan 'Rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan' benar benar mengotakan kata nya dengan mendahulukan rakyat dalam kenaikan yang terbaru ini.

Baru saja beberapa hari lepas minyak RON 97 dinaik kan sebanyak 15 sen menjadikan harga nya RM2.30 seliter. Kerajaan seolah olah sengaja menyekat rakyat dari menggunakan minyak RON97 yang lebih berkualiti dari RON95. Juga untuk mengelak kan kemarahan rakyat secara mendadak.

Berkuatkuasa tengah malam tadi, harga minyak RON95 pulak dinaik kan termasuk lah gula. Minyak RON95 naik 5 sen menjadi RM1.90 seliter dan gula naik 20 sen menjadi RM2.10 sekilogram.

Alasan kerajaan. Alasan macam macam boleh bagi. Antara nya untuk mengukuh kan fiskal negara. Aku dan mungkin ramai lagi tak paham apa jadah nya fiskal negara. Alasan biasa dan lapuk apabila terjadi kenaikan harga barang macam biasalah, malas nak tulis.

Aku berpendapat, kerajaan BN terpaksa menaik kan harga secara mendadak begini adalah untuk mendapat kan dana untuk pilihanraya umum ke13 akan datang. BN dah tak punya banyak duit. Dulu boleh lah, sebab semua negeri kecuali Kelantan diperintah oleh BN. Sekarang tidak lagi. 4 negeri sudah tidak diperintah BN. Apatah lagi negeri yang kaya macam Selangor dan P.Pinang tidak lagi dapat diperah duit nya untuk membantu BN. Apa lagi cara untuk mendapat dana kalau bukan dengan menaik kan harga barangan.




KUALA LUMPUR 3 Dis. — Kerajaan hari ini mengumumkan pengurangan subsidi sebanyak lima sen bagi setiap liter petrol RON 95 dan diesel, lima sen setiap kg bagi Gas Asli Cecair (LPG) dan 20 sen satu kg bagi gula berkuatkuasa esok.

Berikutan pengurangan subsidi itu, harga petrol RON95 ialah RM1.90 seliter, diesel RM1.80 seliter, LPG RM1.90 satu kg dan gula RM2.10 satu kg.

Pengumuman tentang rationalisasi subsidi itu dibuat melalui kenyataan bersama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan dan Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (Pemandu), Jabatan Perdana Menteri.

Langkah pertama program rasionalisasi subsidi dilaksanakan pada 16 Julai apabila subsidi bagi petrol RON95 petrol dan diesel dikurangkan sebanyak lima sen seliter, 10 sen bagi satu kg untuk LPG dan 25 sen bagi satu kg gula. — Bernama

Get Paid To Read Emails.
Free To Join Now! http://www.emailcashpro.com

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...