05 March 2014

Perbicaraan rayuan Gereja Katolik kes "ALLAH": Protes di Istana Kehakiman Putrajaya


Kesian tengok pakcik yang pegang kad tulis orang putih yang dia sendiri tak paham apa yang di tulis, Dah orang bagi dia pegang, dia pun pegang la. Mana lah dia tau yang dia akan jadi bahan ejekan orang ramai di media sosial angkara orang yang tulis tu pun sebelum ni jarang jarang jumpa perkataan "agama" di tulis dalam bahasa inggeris.

Kalau ada pun masa isi borang minta kerja kat kilang, itu pun kena tanya kerani kilang tu "Ruangan religion ni nak tulis apa?".

Bila dah nak tujuk perasaan kat paderi kristian maka kena la tulis orang putih lalu teringatlah kembali kerani kilang bagitau dia Religion itu maksudnya agama. Tapi dalam samar samar tu nak eja Religion di tulisnya Region....

Maka jadilah bahan ketawa sehingga kanak kanak, ada juga yang terpinga pinga kenapa islam hanya untuk 'wilayah' saja?. Lain kali tulis melayulah pakcik... paderi tu pun paham melayu aih..kalau tak, buat apa dia nak tulis injil dalam bahasa melayu...

Macam lirik lagu Spider...

Menyesal aku dulu malas baca

Cakap inggeris engkau pelat lidah

Nasib la baik pernah ku hafal

lagu Nirvana..........


Get Paid To Read Emails. Free To Join Now! http://www.emailcashpro.com

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...