28 May 2014

Al-Fatihah: Sultan Azlan Shah Mangkat.

 Innalillahiwainnalillahirojiun....
"Tiap tiap yang bernyawa akan merasai mati dan bahawasanya pada hari kiamat saja lah akan disempurnakan balasan kamu. Ketika itu sesiapa yang dijauhkan dari Neraka dan dimasukkan ke Jannah (Syurga), maka sesungguhnya dia telah berjaya dan (ingatlah bahawa) kehidupan didunia ini (meliputi segala kemewahan nya dan pangkat kebesaran nya) tidak lain hanya lah kesenangan bagi orang-orang yang terperdaya." - (Ali Imran :185)


Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Ibni Al-Marhum Sultan Yussuf Izzuddin Shah, Sultan Perak yang ke-34 dilaporkan telah mangkat sebentar tadi kira-kira pada jam 1.30 petang.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir dalam kenyataannya sebentar tadi mengumumkan kemangkatan Sultan Perak itu pada usia 86 tahun. Jenazah Al-Marhum Tuanku Azlan Shah dilaporkan masih berada di Kuala Lumpur dan difahamkan akan dibawa pulang ke Batu Gajah, Perak.

Selain itu, Zambry berkata, jenazah Sultan Azlan akan disemayamkan di Balairong seri, Istana Iskandariah di Kuala Kangsar sebelum dimakamkan di Makam Diraja Al-Ghufran selepas solat Asar, esok.

Selanjutnya baca DI SINI...

Get Paid To Read Emails. Free To Join Now! http://www.emailcashpro.com

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...