- RM50 Sebelum petrol naik harga - 250 KM
- RM50 Selepas petrol naik harga - 150 KM
- RM50 Selepas petrol naik harga + Magsaver - 190 hingga 200 KM
Dalam dok surfing ni aku teringat ada satu segmen di dalam Berita Perdana TV3 tempohari, cerita tentang Hydrofuel. Cari punya cari dapat lah info dibawah ni dan boleh lah kita sama sama kongsi, cuma aku tak pasti adakah Dr.Halim dan Syarikat nya yang keluar dalam segmen berita TV3 tu?. Mungkin berbaloi kalau pasang......lagi pun tak ambil ruang yang banyak untuk letak bekas berisi 5 liter air. Tak macam NGV.....
-ATMN
HYDROFUEL
HYDROFUEL MALAYSIA
Syarikat Hydrofuel milik Dr Halim. Dr Halim merupakan saintis yang pernah berkhidmat sebagai seorang ketua saintis sebuah syarikat telekomunikasi gergasi di Amerika Syarikat. Banyak maklumat berguna telah diperolehi. Produk ini masih lagi dalam proses untuk mendapat kelulusan daripada PUSPAKOM dan JPJ dijangka pada September 2008. Sekiranya tiada aral melintang, produk ini juga akan dirasmikan pada bulan September. Projek Hydrofuel ini dijangka akan memacu industri automotif Malaysia ke tingkat yang lebih tinggi.
Secara asasnya, hydrofuel menggunakan proses elektrolisis. Menggunakan bekas plastik atau kaca, kemudian air diisi ke dalam bekas tersebut. Kemudian anda hanya perlu melengkapkan litar elektrolisis dengan menggunakan 2 elektrod iaitu sebagai terminal positif dan negatif yang mempunyai perbezaan voltan mencukupi untuk meleraikan molekul air (H20) kepada H+H+O. Sumber tenaga adalah bateri 12 volt. Dengan cara ini, gas hydrogen dapat dihasilkan dan disalur terus ke dalam enjin untuk menggalakkan pembakaran yang lebih baik dan boleh menjimatkan penggunaan minyak sehingga 50% kerana gas hydrogen merupakan pemangkin pembakaran yang baik dari segi kimianya.
Kereta apa yang boleh guna hydrofuel?
Hydrofuel boleh digunakan oleh semua jenis kenderaan sama ada berenjin diesel, petrol atau turbo. Tetapi buat masa sekarang, ianya hanya boleh digunakan untuk enjin berkapasiti 2 liter dan ke bawah dan paling berkesan utk enjin carburator. Bermakna dari kancil 660 sampailah Lancer 2.0 masih lagi boleh menggunakan sistem ini. Kerana perbezaannya hanyalah penambahan gas hydrogen (tidak berbahaya) ke dalam sistem “air intake” (kemasukan udara ke enjin) melalui air filter hose seperti biasa. Tidak akan menyebabkan enjin anda rosak dan sebagainya. Gas hydrogen hanya digunakan sebagai pemangkin pembakaran. Seperti juga alat penjimatan minyak lain seperti “pil jimat minyak” yang menjadi pemangkin pembakaran.
Harga sistem hydrofuel dan bagaimana untuk membelinya?
Setakat ini (Julai 2008), masih lagi tiada pihak yang secara rasminya menjual dan mengkomersilkan alat ini. Pihak syarikat hydrofuel yang pertama oleh Dr Halim juga masih menjalankan research tentang produk ini. Diharap semua pengguna kereta yang ingin menggunakan alat penjimatan minyak berasaskan air ini menunggu dengan lebih sabar untuk memiliki hydrofuel yang benar2 boleh menjimatkan minyak. Tunggu sehingga ramai yang dah menggunakannya serta memberi respon positif terhadap kesan penggunaan hydrofuel, baru anda mengambil keputusan untuk membeli sistem ini yang difahamkan berharga RM1200.
Sementara itu, sekiranya anda berminat untuk menjalankan kajian sendiri, ada beberapa buah ebook dijual mengenai bagaimana nak setup sistem ini dalam bahasa inggeris. Kos ebook sekitar RM350.
Sistem “Hidro Reaktor” menyerupai hydrofuel telah berada di pasaran dengan harga RM560 atau ebook yang berharga RM300.
Mengapa produk Hydro Reaktor tidak digalakkan dipasang kepada kenderaan yang menggunakan teknologi Injection?
Kenderaan yang menggunakan teknologi Injection perlu menggunakan alat tambahan yang khas bagi “overwrite” chip di ECU. Risiko kepada kenderaan yang mempunyai masalah yang sedia ada terhadap injection kenderaan mereka. Ini akan menyebabkan kadar penggunaan minyak akan lebih tinggi lagi. Alat ini TIDAK akan menjimatkan petrol pada kenderaan yang mempunyai EFI. Juga SUV dan kenderaan berat.Satu alat (EFIE) diperlukan untuk overright computer system fuel/air mixture. Jika tidak,computer akan menambahkan petrol. Jika tiada alat ini..berhati-hati. Alat ini tidak digalakkan pemasangannya pada kenderaan EFI.
Jika nak belajar buat sendiri hydrofuel, boleh cuba download ebook DIY ni yang memang free:
1. SMACK BOOSTER
http://www.smacksboosters.110mb.com/
2. HOTSABI BOOSTER
http://www.fuelcostcutting.com/Hotsabi.pdf
Do it yourself! Selamat menjimatkan minyak!