Photobucket
http://airrakyat.epetitions.net/images/petitions/046bde8e644231f0515ba45e14f2e9df/topBanner.jpg

07 December 2011

Waspada dengan "kaki sembelih" yang menyamar di lebuhraya!



ARTIKEL ini merupakan pengalaman sebenar blogger penarik beca @ Pak Bakar, mohon sebar jika dirasakan ada manfaat.

Ni kisah kena sembelih di lebuh raya. Tukang sembelih tak tanya hang parti apa, ugama apa, bangsa apa. Kerja depa hanyalah sembelih kita, la'nat Allah s.w.t. ke atas mereka.

Baru-baru ni, dalam perjalanan dengan kereta pinjam melalui lebuh raya utara selatan nak ke Melaka hantar anak saya mengaji di sana, tiba-tiba temperature kereta naik. Dalam ketakutan dan panik, saya terus berhentikan kereta di tepi jalan - beberapa kilometer sebelum exit Senawang.

Apa aku nak buat, aku bukan reti apa fasal kereta. Saya hanya berharap bantuan pihak PLUS. Tiba-tiba sebuah kereta berhenti, datang dua orang budak muda Hindu memakai uniform yang tertulis Plus Line (kami orang utara kalau India tu kami panggil Hindu). Saya ingat orang PLUSLine.

Saya pun memberi keizinan dia memeriksa kereta pinjam tu. Dia kata kalau repair tak banyak. "RM70 saja," kata dia. Dia kata kereta tu masih boleh dibawa untuk dibaiki. Dalam keadan panik sebab dalam kereta tu juga ada isteri saya, anak saya yang nak balik mengaji ke Melaka dan kakak dia yang juga mengejar waktu sebab dia ada kerja dan lebih dari itu, sebab saya masih menyangka budak-budak Hindu tu dari bantuan PLUSLine macam yang gambar di bawah tu, saya lalu bersetuju

Saya mula terasa saya kena tipu bila saya sampai ke bengkel tu. Di bengkel itu, ada seorang lagi Hindu. Dia check kereta tu, dia kata kena RM250. Saya dah mula rasa mesti saya kena sembelih. Yang saya terasa sangat saya akan kena sembelih ialah apabila mengenangkan uniform yang misleading yang dipakai oleh Hindu-Hindu tu.

Oleh kerana hari dah malam, kami anak beranak balik ke Kuala Lumpur dengan komuter.

Esoknya, bila saya pergi ke bengkel itu balik, sahih la saya kena sembelih. Dalam hati, saya hanya meminta Allah s.w.t. la'natkan Hindu-Hindu tu. Tanya punya tanya, dia mula bohong demi bohong dan mendakwa kos untuk diperbaiki ialah lebih RM2,300. Apa saya nak buat. Bahagian depan kereta tu depa dah barai habis. Saya tak ada pilihan.

Sehari lepas tu bila saya hubungi, Hindu tu kata RM2,500 pulak. Memang kena sembelih. Saya marah setakat boleh kat dia. Takat tu ja la yang saya boleh buat. Kereta tu setan-setan tu dah barai habis. Bila saya kata "awak betul-betul potong kepala", dia jawab, "jangan cakap itu macam la, pacik..."

Saya tulis semua ni supaya orang lain tak kena sembelih seperti saya, tak kira la hampa parti apa pun, bangsa apa pun. Kalau Hindu baca posting ni, jangan tuduh aku racist sebab dok sebut Hindu, Hindu. Dah Hindu yang sembelih aku, aku sebut Hindu la.

Saudara kepada kawan saya kena tipu dengan Cina Muslim bila kereta dia breakdown dekat Tanjung Malim. Saudara kawan saya tu kata kat kawan saya, "insya Allah tak tipu, bengkel tu Cina Muslim punya". Kawan saya jawab, "Cina Muslim ka, Melayu Muslim ka..."

Kepada semua, jangan percaya orang yang pakai uniform Plus Line ka, kepala bapak dia ka melainkan kalau yang nak membantu tu datang menggunakan kereta rasmi PLUS. Bantuan PLUS datang dengan kereta yang ada tulis PLUS macam di atas tu. Saya terlepas pandang benda tu masa tengah panik hari tu.

Dah la kereta pinjam, bila kena sembelih sampai RM2,500, mana aku ada duit. Pinjam lagi. Macam mana nak bayar balik pinjaman tu, sendiri kena fikir la. Mampoih bila kena sembelih lagu tu! Mampoih!

Kalau blogger lain baca posting ni, tolong copy paste dan pakat-pakat bubuh kat blog hampa posting ni supaya orang lain tak kena tipu macam aku.

Sumber: [Penarik Beca]

Get Paid To Read Emails.
Free To Join Now! http://www.emailcashpro.com

15 November 2011

Apa lagi yang kita boleh katakan? SPRM, apa JAWAPAN kamu?




Get Paid To Read Emails. Free To Join Now! http://www.emailcashpro.com

04 October 2011

Pesara mohon dibayar COLA


Keratan Akhbar Berita Harian 22 Feb 2010

LANGKAWI, 4 Oktober (Bernama) - Persatuan Pesara-Pesara Malaysia meminta kerajaan menimbang pemberian elaun kos sara hidup (COLA) kepada semua pesara awam membantu meringankan beban mereka berikutan kenaikan harga barang.

Presiden persatuan itu Datuk Paduka Wan Mahmood Pawan Teh berkata, ini adalah antara beberapa perkara yang sedang diperjuang oleh persatuan untuk manfaat pesara.

"Perbincangan masih diteruskan dengan perkembangan positif,” katanya pada majlis perasmian persidangan perwakilan persatuan itu oleh Sultan Kedah Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah di Langkawi malam tadi.

Seramai 430 anggota perwakilan dan pemerhati hadir pada persidangan itu. - Bernama

------------------------------------------------------------------------------------------------

Retirees Seek Cost of Living Allowance

The Malaysian Retirees Association has asked the government to consider providing the cost of living allowance (Cola) to retirees to help lighten their burden in the wake of the spiralling prices of goods.

The president of the association Datuk Paduka Raja Wan Mahmood Pawan The said this was among the matters pursued by the association to assist retirees.

"Discussions is still going on," he said at the opening of the association''s 24th Annual Delegates Conference by the Sultan of Kedah Tuanku Abdul Halim Mu''adzam Shah at Langkawi Sports Complex here last night. The discussion was "positive," he said.

A total of 430 delegates and observers attended the conference. The assciation has 30,000 members.

He said the association was grateful to the government on the approval of several applications which showed that the government cared for the lower income group. -- BERNAMA

Aku cuma nak kata:

Apabila sampai ke saat persaraan memang membebankan sebab lebih separuh pendapatan bulanan hilang sedangkan perbelanjaan bulanan macam tu jugak. Tambah pulak harga barang keperluan harian naik menyebabkan ramai pesara terpaksa bekerja semula. Bekerja bukan untuk mengisi masa yang terluang tetapi bekerja untuk pendapatan.

Menteri menteri dan yang seangkatan ada macam macam elaun. Semua nya ditanggung beres. Pada hal mereka bukan buat apa pun sangat. Menguruskan kan Negara ini dan buat dasar yang kadang kala lebih banyak menyusahkan rakyat dan hanya menguntungkan mereka, kroni dan kapitalis yang memberi dana untuk parti mereka. Manalah mereka tahu kos harga barang meningkat atau tidak. Tanya mereka bila kali terakhir mereka atau isteri pergi berbelanja di pasar? Hanya rakyat biasa yang tahu betapa kos sara hidup naik menggila. Oleh itu kerajaan perlu pertimbangkan permintaan tersebut.

Get Paid To Read Emails. Free To Join Now!
http://www.emailcashpro.com

21 September 2011

Rokok - Kurangkan Pengaruh Syarikat Tembakau

S M Idris
Di Malaysia dan seluruh dunia, merokok semakin meningkat dalam kalangan penduduk. Kita kelihatan semakin kalah dalam perjuangan memandangkan lebih ramai orang yang mengamalkan tabiat menagihkan ini.

‘Perang’ antara aktivis prokesihatan yang mendedahkan bahaya merokok dan industri tembakau yang berpengaruh dalam lingkungan anggota kerajaan dan ahli politik begitu berat sebelah. Tidak hairanlah merokok semakin meningkat di sebalik semua usaha yang dilakukan.

Merokok membunuh lebih lima juta orang setiap tahun dan kematian tahunan global diramalkan meningkat kepada lapan juta menjelang 2030. Di Malaysia, terdapat lima juta perokok, daripadanya 0.7% adalah gadis berusia 13 hingga 18 tahun atau 35,000.

Adalah dianggarkan lebih 50% lelaki dewasa merokok dan 10,000 rakyat Malaysia mati setiap tahun akibat penyakit berkaitan merokok seperti kanser, penyakit jantung, strok dan penyakit pernafasan.

Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), wanita merupakan kira-kira 20% daripada anggaran 1 bilion perokok dunia. Di mana sahaja mereka menjadi sasaran yang berpotensi dan bilangan mereka semakin meningkat.

Asap tembakau dipenuhi dengan ‘racun’ dan fakta ini telah lama dibuktikan dan didedahkan, di sebalik kempen media yang besar oleh industri tembakau untuk mengaburi kebenaran ini.

Program pendidikan kesihatan awam berhubung risiko kesihatan daripada merokok amat penting tetapi ia mestilah selari dengan langkah yang lebih kukuh bagi memaksimumkan kesan untuk membalas iklan oleh syarikat tembakau.

Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) bimbang terhadap peraturan dan penguatkuasaan yang longgar terhadap merokok di Malaysia. Ini menimbulkan persoalan serius berhubung kod etika dan tingkah laku kerajaan dalam menangani perkara yang berkaitan dengan syarikat tembakau. Oleh sebab itu, CAP menggesa supaya langkah segera diambil untuk menghalang daripada meningkatnya tabiat merokok.

A. Mengadakan Kod Tingkah Laku Bagi Wakil Kerajaan

Untuk ketelusan dan menyakinkan rakyat Malaysia bahawa kerajaan serius dalam membasmi merokok, seharusnya terdapat kod tingkah laku untuk mengawal semua pegawai kerajaan yang ada kaitan dengan syarikat tembakau.

Komunikasi antara pihak mestilah jelas dan terbuka bagi mengawal sebarang pengaruh daripada ahli politik dan pegawai kerajaan terhadap industri atau untuk mengelakkan sebarang kemunculan perbuatan yang tidak sewajarnya.

Ini juga dapat mencegah ‘tanggungjawab sosial korporat’ digunakan oleh syarikat tembakau sebagai muslihat untuk mengadakan acara yang menggambarkan imej positif merokok.

Melalui langkah seperti itu, orang awam dan perokok akan menerima bahawa kerajaan mengambil serius dalam memerangi wabak merokok dan tidak hanya sebagai menunjuk sedangkan mereka berpakat secara sulit dengan syarikat tembakau untuk mempromosikan nama jenama mereka.

Menteri kerajaan, dan wakil kerajaan negeri dan persekutuan lain seharusnya tidak menghadiri atau merasmikan sebarang acara yang disokong, ditaja atau dianjurkan oleh syarikat tembakau kerana ini menunjukkan pengesahan atau pengiktirafan secara tersirat produk mereka.

B. Hapuskan Pengenalan Jenama Pada Bungkusan

Perokok telah menjadi begitu jelak dengan amaran grafik yang tidak lagi menarik perhatian mereka. Pada Jun tahun ini, Pentadbiran Makanan dan Ubatan (FDA) Amerika Syarikat mengeluarkan lebih banyak label amaran grafik yang baru untuk kotak rokok, termasuk imej pesakit dengan kanser mulut dan lelaki dengan asap rokok keluar daripada trakeotomi stoma.

Di Malaysia, Kementerian Kesihatan merancang supaya kotak rokok menggunakan label amaran grafik baru pada Januari. Orang telah menjadi muak dengan amaran, tidak kira bagaimana menakutkan amaran bergambar itu. Kebanyakan perokok melihat sepintas lalu pada kotak sambil terus menyalakan rokok.

Di Australia, undang-undang telah diluluskan bagi mencegah syarikat tembakau daripada memaparkan warna tanda dagangan mereka, reka bentuk dan logo pada kotak rokok. Semua kotak akan menggunakan satu warna dan nama jenama akan dikurangkan dengan tanda amaran meliputi 75% daripada bahagian depan berbanding 40% bahagian depan di Malaysia.

C. Jadikan Merokok Sebagai Tidak Glamor

Kerajaan perlu melaksanakan aktiviti kawalan tembakau yang menjauhkan orang ramai daripada memulakan tabiat merokok, meningkatkan usaha berhenti merokok, dan mengurangkan pendedahan kepada asap pasif memandangkan matlamat kita adalah untuk gaya hidup bebas merokok.

Kita perlu menjadikan merokok sesuatu yang tidak biasa dan menjadikannya sebagai tidak glamor bagi mengurangkan berlakunya dalam kalangan belia dengan menggunakan selebriti dan melarang sebarang acara, konsert, festival yang melibatkan belia dianjurkan atau ditaja oleh syarikat tembakau.

Semakin ramai mereka yang merokok di sebalik bahayanya. Di samping glamor, mereka merokok untuk menghilangkan stres, dan mitos merokok sebagai pelepas tekanan mestilah dihapuskan.

D. Naikkan harga rokok

Kerajaan mestilah menaikkan harga rokok agar tidak mampu dibeli oleh rakyat Malaysia atau mengurangkan aktiviti merokok dengan mengenakan duti eksais yang tinggi ke atas produk tembakau. Ia juga perlu selari dengan penguatkuasaan yang tegas untuk menghentikan penyeludupan rokok murah haram. Rakyat Malaysia menghisap sembilan bilion batang rokok haram setiap tahun.

E. Kawal kedai yang menjual tembakau

Kerajaan perlu menghadkan kedai yang dibenarkan untuk menjual produk tembakau. Hanya kedai tembakau yang perlu diberikan lesen untuk menjual produk ini, manakala penjualan rokok di kedai bebas cukai, kedai runcit dan lain-lain tempat perlu diharamkan.
S. M. Mohamed Idris
Presiden
Persatuan Pengguna Pulau Pinang
Get Paid To Read Emails. Free To Join Now! http://www.emailcashpro.com

16 August 2011

Polis Trafik Malaysia minta 'wang kopi' dari pemandu Singapura



Polis Trafik Malaysia di rakam dalam VIDEO meminta 'wang kopi' daripada kenderaan-kenderaan dari Singapura baru-baru ini. Klip video ini dirakamkan pada tarikh 8 Julai lalu...

Pemandu dari singapura ini dikesan pandu melebihi had laju dilebuhraya.
Anda nilai la sendiri. Walaupun seorang polis yang ambil rasuah, semua POLIS trafik terkena tempias. Saman RM300 dirasuah dengan RM50 saja.




Ini pula adalah antara komen di singaporeseen.stomp.com.sg/stomp:
Jimmykidd12 said on 16 Aug, 2011.
I have watched the whole clip, this fellow was driving without a license and speeding. He still wanna use passenger's license to show the police. Come on! You were wrong at the first place and felt guilty so decided to pay and cover the case. After that, you claimed that they were collecting "kopi" money? Do you know that you can be arrested on the spot for unable to display driving license? Even though the TP was wrong to ask for it. But you WERE WRONG too. Don't blame the police!

Sumber berita :
1. http://singaporeseen.stomp.com.sg/stomp
2. http://mynewshub.my

Get Paid To Read Emails.
Free To Join Now! http://www.emailcashpro.com

02 August 2011

Kelantan Mahu Import Beras Di Buka Untuk Negeri Pakatan



Surat ini diutus kepada YAB Datuk Seri Perdana Menteri pada 1 Ramadhan.

Pertama, untuk mengucapkan salam Ramadhan kepada YAB Datuk Seri. Di samping itu, saya doakan juga dengan berkat Ramadhan, YAB Datuk Seri segera sembuh.

Kedua, untuk mencadangkan program pengurangan kos hidup yang melambung sekarang bagi membantu meringankan keperitan rakyat jelata. Ramadhan antara lain mendidik keprihatinan jiwa Mukmin terhadap anggota masyarakat yang lemah, terkesan dengan beban hidup dalam menyara kehidupan diri dan keluarga.

Melalui berlapar, kita merasai kesukaran rakyat yang miskin dan memerlukan. Kita menghayati keperitan mereka dan mendesak jiwa dan minda kita memikirkan seribu satu cara untuk berkongsi penderitaan mereka.

Salah satu isu yang menghimpit rakyat sekarang adalah kenaikan kos barang-barang keperluan seharian, seperti YAB Datuk Seri sendiri mengakuinya dengan cadangan langkah memerangi kos kehidupan sebagai satu lagi bidang keberhasilan utama negara seperti yang diumumkan oleh YAB sehari dua yang lalu.

YAB Datuk Seri,

Pada pandangan saya, Kerajaan Pusat mempunyai kuasa dan cara yang boleh menurunkan harga barang keperluan dengan segera, terutama beras, gula, tepung dan susu.

Salah satu penyumbang bagi tingginya harga barang-barang ini ialah dasar yang salah yang dilaksanakan oleh Kerajaan YAB Datuk Seri sendiri iaitu menentukan import kepada monopoli agensi atau syarikat tertentu.

Tanpa monopoli ini, harga barang keperluan dapat diturunkan serta merta.

YAB Datuk Seri,

Sebagai membuktikan dakwaan saya, YAB Datuk Seri boleh menyemak perbandingan harga dunia dan harga yang dikenakan kepada pengguna Malaysia. Sebagai contoh, harga beras gred berkualiti, purata adalah USD 650 semetrik tan. Bermakna harganya adalah RM 20 setiap sepuluh kilogram. Bandingkan berapa harga yang dikenakan kepada pengguna sekarang?

Bagi mengukuhkan pandangan saya bahawa harga barangan ini boleh dikurangkan melalui permit import yang tidak ekslusif kepada hanya satu syarikat seperti Bernas, izinkan Kerajaan Negeri melalui Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri, mengimport 500,000 metrik tan beras berkualiti premium untuk jualan Negeri Pakatan Rakyat sebagai langkah permulaan.

Seperti dalam makluman YAB Datuk Seri, penggunaan beras Negara adalah berjumlah 2 juta metrik tan dan apa yang kami pohon tidak menjejaskan pengguna negeri lain.

Insya’allah ia akan membantu empat perkara;

a. Harga yang lebih murah
b. Kualiti premium
c. Sekuriti bekalan makanan untuk keperluan Negara
d. Tidak membebankan kewangan kerajaan kerana ia tidak memerlukan subsidi.

Kami Insya’allah berkeupayaan melakukannya dalam tempoh dua minggu dari tarikh keizinan diberikan dan jika keizinan ini boleh disegerakan oleh YAB Datuk Seri, pengguna boleh menempuh Ramadhan ini dengan kos hidup yang lebih rendah.

Buat permulaan, Insya’Allah kami boleh mulakan dengan beras, gandum, susu dan gula.

Mengikuti surat ini nanti ialah surat-surat dan tindakan rasmi yang lain, termasuk dengan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan bagi menjadikan semangat Ramadhan membantu mereka yang berkesempitan suatu realiti.

Sekian, terima kasih.

Dato Hj Husam Musa
-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri
-Naib Presiden PAS

Sumber: http://husammusa.com

Aku cuma nak kata:

Sebelum ini Ketua Penerangan UMNO Malaysia, YB Datuk Ahmad Bin Maslan ada mencabar PR berkaitan isu harga barang. “Yang pembangkang ni kata BN ni barang naik, barang naik ni, saya nak mencabar hari ini pada pembangkang turunkan harga minyak di negeri yang mereka perintah, turunkan harga gula, turunkan harga minyak masak, turunkan harga LPG, turunkan harga diesel ….” ujar nya. Nak tengok sama ada DS Najib bagi izin atau tidak?....


Get Paid To Read Emails.
Free To Join Now! http://www.emailcashpro.com

22 July 2011

AirAsia pindah Ibu pejabat dari KL ke Jakarta



AirAsia has chosen Jakarta to be its regional headquarters in an effort to be seen as a Southeast Asian airline rather than just a Malaysian one.

The region’s largest low-cost airline plans to open its base in the capital at South Jakarta’s Equity Building in October, group chief executive Tony Fernandes told the Jakarta Globe on Thursday.

It plans to take advantage of easy access to the Asean secretariat in advance of the “open skies” agreement that will go into effect in 2015.

That agreement will lower barriers for air travel between the region’s capitals.

Asked why he chose to move the fast-growing airline’s principal corporate base to Jakarta from Kuala Lumpur, Fernandes said: “Asean is based in Jakarta, and Indonesia will be the largest economy in Asean in times to come … And I like it there.”

Fernandes, who is Malaysian, said he had already bought a home in Jakarta within walking distance of the new office. “I don’t like the Jakarta traffic,” he said.

The Equity Building is in the Sudirman Central Business District, near the Indonesia Stock Exchange (IDX). According to aviation experts, AirAsia’s relocation to Jakarta highlights the country’s growing importance in the region’s aviation sector.

“This will be great for our aviation industry,” said Dudi Sudibyo, an aviation industry analyst in Jakarta. “This will push us to be better.”

To match AirAsia’s ambitious strategy, the Indonesian government will have to continue to improve infrastructure to accommodate more passengers flying into and around the country, said Bambang Ervan, a Transportation Ministry spokesman.

“This is very positive, we welcome AirAsia’s plan,” he said. “It shows that AirAsia, one of the world leaders in the aviation industry, has confidence in Indonesia’s strong growth.”

The Indonesia National Air Carriers Association (Inaca) forecasts passenger growth at 10 percent to 15 percent this year.

Central Statistics Agency (BPS) data showed that air traffic in Indonesia grew 22 percent to 53.4 million passengers in 2010 on the back of demand from the middle class for domestic flights.

That is higher than the 9 percent average increase recorded by Asia-Pacific carriers, according to data from the International Air Transport Association.

“Indonesia is among very few countries that managed to record strong growth in air traffic last year,” Bambang said. “The lack of available airlines compared to population and geographic conditions is only a sign that there’s a lot of opportunity here.”

Fernandes was in Tokyo for the announcement of AirAsia Japan, a new joint venture with Japan’s largest carrier, the ANA Group, to launch Japan’s second budget airline next year.

He confirmed his airline’s recent order for 300 Airbus A320neos. The deal, originally for 200 planes, was increased with an option for 100 more. It was the largest single aircraft order until Wednesday, when American Airlines ordered 460 Airbus and Boeing aircraft in a $38 billion deal.

Fernandes played down concerns raised by some analysts about the possible debt implications of such a deal, saying the company was cash rich, with a turnover of more than $4 billion last year, and operated as a group with a profit margin of about 20 percent. - http://www.thejakartaglobe.com

----------------------------------------------------------------------------------------------------

MAJORITI Para Hartawan terkaya di Malaysia dari Robert Kuok, ke Ananda Krishna, ke Francis Yeoh semuanya menghabiskan lebih banyak masa tinggal di OVERSEAS!

Antara sebab UTAMA juga adalah kerana PERSEKITARAN untuk melakukan PERNIAGAAN di Malaysia ini, sebab SETIAP KALI mereka ADA dalam negara...ada sahaja golongan golongan VIP POLITIK dari UMNO/BN sampai ker PERDANA MENTERI nak 'makan dinner' sama-sama untuk BERBINCANG...

Cuba lihatlah...berapa BANYAK dah duit Tony Fernandez terpaksa habis SPONSOR "F1 1 Malaysia Team" Malaysia yang memBAZIRkan duit ajer??? Untuk apa? Semata-mata nak dapat LESEN OPERASI dengan lebih mudah? Sebab kerajaan nak JAGA syarikat milikan GLC nya "Malaysia Airlines" sampai Syarikat SWASTA Sepenuhnya seperti Air Asia nak BERSAING dengan secara "ADIL" pun susah??? Kerajaan Malaysia tak berikan banyak lesen untuk AirAsia melakukan banyak Penerbangan Long Haul kerana akan bersaing secara terus dengan MAS yang di miliki kerajaan...

Malah PENDUDUK Indonesia jauh lebih RAMAI dari Malaysia dan sekiranya AirAsia mampu menawarkan penerbangan lebih MURAH kepada rakyat-rakyat Indonesia dan mampu MENJIMATKAN kos operasinya bagi jangka masa panjang, dan sekiranya KERAJAAN Indonesia SENDIRI amat LONGGAR untuk memberikan AirAsia peluang LESEN PENERBANGAN ANTARABANGSA, maka AirAsia boleh tumbuh dengan senang dan untung untuk jangkamasa yang panjang berbanding dengan berOPERASI di Malaysia di mana sikit sikit, terpaksa SUAP ahli-ahli Politik ATASAN semata-mata untuk lakukan BISNES dengan SENANG. Lebih baik lakukan bisnes di mana TIDAK BANYAK GANGGUAN dari Kerajaan dan politik tempatan!

INI lah CONTOH nya di mana "PERNIAGAAN" & POLITIK...TIDAK PATUT BERCAMPUR dan di negara-negara MAJU, majoriti KERAJAANNYA tidak mempunyai atau TERLIBAT dalam perniagaan seperti GLC-GLC di Malaysia...kerana akan WUJUDNYA "CONFLICT OF INTEREST" di antara TUGAS Kerajaan yakni menjaga AMANAH RAKYAT dan mentadbir sahaja dengan mengutip CUKAI atau melakukan "BISNES"/PERNIAGAAN di mana objektif perniagaan adalah utk memperolehi KEUNTUNGAN!

Ahli POLITIK perlukan "WANG" untuk berkempen dan sebagainya. Bila PERNIAGAAN + POLITIK di situ terjadinya RASUAH dan HANCUR produktiviti jangkamasa panjang sebuah negara.

Bayangkanlah kalau Karangkraf pun mula tumbuh dengan pesat dan dapat menyaingi akhbar Utusan atau Berita Harian yang di miliki atau di kawal melalui lembaga Pengarahnya oleh UMNO/BN?

Kalau dah mula BERSAING dengan syarikat-syarikat MILIK Kerajaan yang menjadi SUMBER KEUNTUNGAN PARTI...ingat mudah mudah dia nak bagi LESEN untuk operasi??? -w.i.w.c

Get Paid To Read Emails. Free To Join Now!
http://www.emailcashpro.com/

11 July 2011

Sebentuk Cincin Permata Berlian - RM 20 juta atau RM60 juta?





Sumber asal : chegubard
kebanyakan blog dan forum dah banyak kongsi gambar gambar di atas. kalau tak tengok betul betul memang tak perasan sangat benda benda yang boleh bikin hati mendidih. tapi kalau dah namanya pencacai, taib mahmud sapu berbilion bilion pun depa tetap bersyukur ye dak? kah kah kah!

bawah ni gua crop part part penting untuk bagi lagi 'jelas'. nah amik!

RM ke USD? gua nampak USD pada gambar ke-4 di atas. tak jumpa pun RM. maaf la kalau tersilap.

program permata dia dapat RM111 juta kan?

nama cincin

tarikh dan masa register, approved, dan released. kalau tak silap la

Cari punya cari, eh kebetulan pulak april 2011 memang Najib ada pergi Amerika dengan Rosmah

SEPANG, 9 April -- Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berlepas ke Amerika Syarikat Jumaat malam untuk lawatan kerja ke Washington dan New York bermula 10 hingga 16 April.

Najib, yang diiringi isteri Datin Seri Rosmah Mansor, berlepas dengan pesawat rasmi kerajaan kira-kira pukul 9.20 malam di Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) di sini.

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan isteri, Puan Sri Norainee Abdul Rahman serta beberapa menteri kabinet antara kenamaan yang berada di lapangan terbang bagi mengucapkan selamat jalan kepada Perdana Menteri dan isteri.

Sumber : bernama, topix, umnoselangor (saja gua bagi banyak sumber, nampak real sikit)


memang ada blog dah share gambar cincinnya, tapi gua tak puas hati selagi tak jumpa sendiri. last last jumpa. macam ni la kot rupa cincinnya

sumber : forbes

Artikel ini dicilok & diberi izin oleh: http://semutmalaysia.blogspot.com

Aku cuma nak kata:
Aku tak kisah kalau dia guna duit dia. Melingkup pi lah dia nak beli apa pun. Persoalan nya sekarang dia guna duit siapa untuk beli cincin itu?. Aku memang sangsi sebab dia dapat peruntukan program permata RM111 juta. Buat program sana sikit, sini sikit dan yang lain dia belasah. Tak mustahil rasa nya.

Dulu masa Isteri Khir Toyo pegang BALKIS, macam tu lah dia buat. Bagi pada anak yatim/fakir miskin RM4,000 tapi dia buat sukan BALKIS ditala nya sampai beratus ribu.(link:
pnsb-zaman khir terima arahan isteri mb)


Sekian

Get Paid To Read Emails.
Free To Join Now! http://www.emailcashpro.com

09 July 2011

Perhimpunan Bersih 2.0 - Live coverage




Get Paid To Read Emails.
Free To Join Now! http://www.emailcashpro.com

19 June 2011

Walaupun digodam, Kerajaan Malaysia terus menunjukkan keangkuhan


Despite being hacked, the Government of Malaysia continues to demonstrate high level of arrogance when it said the attacks did little to inconvenience the public. It takes pride that the Malaysian Government managed to bring up 76 sites by 6 pm Thursday after the attack. Not only the statements were full of arrogance and stupidity, it’s laughable to claim victory at this hour. The fact that the hackers actually gave tens of hours in advance notice before the attack and yet sites such as the Prime Minister Office (Jabatan Perdana Menteri) was hacked and redirected to another site shows how vulnerable the Malaysian official government websites are.

List of government websites that was attacked by hacker group Anonymous with the help of local hacking group, Dragon Force, in ‘Operation Malaysia’ (according to yes).

Malaysia Official Government Website
(DoS / Switched off – Up at 3:49am - Down at 4:06am – Up at 7:00am – Down at 3:31pm - Up on June 17th)

Other Malaysian websites:


SabahTourism.com Hacked + leaked

Jabatan Perdana Menteri Hacked / Redirected

Tour Malaysia (Not Tourism Malaysia) Hacked

Tourism Malaysia Unaffected

UiTM Penang Hacked but back up 9:40am

JBiotech Hacked

Social Welfare Department (Ezi2Care) Hacked

Jabatan Perpaduan Negara (Intranet) Hacked

CIMBbizchannel (CIMB owned) Hacked

CIDB Hacked but back up 12:20am

Land Public Transport Commision Hacked but back up 12:15am

1Malaysia DoS / Switched off 3:45am

Malaysian Communications and Multimedia Commission Unaffected

ASEANConnect DoS / Switched off 8:00am

Malaysian Meteorological Service DoS / Switched off

Ministry of Education DoS / Switched off 9:00am

Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia DoS / Switched off 8:30am

Bomba DoS / Switched off 8:30am

TMNet Unaffected

Kementerian Kerja Raya Malaysia DoS / Switched off 7:45am

Parlimen Malaysia DoS / Switched off 8:00am

Malaysian Treasury DoS / Switched off 8:00 am

University Kebangsaan Malaysia DoS / Switched off 7:00am

Jobs Malaysia DoS / Switched off 8:00am

Information, Communications and Culture DoS / Switched off 7:45am

Human Resouce Ministry DoS / Switched off 3:59am

National Sports Council DoS / Switched off 7:30am

Polis Diraja Malaysia (PDRM) DoS / Switched off 8:00am

Sure, the Government sites hit were merely information providers, rather than the more important e-transaction platforms such as Inland Revenue Board, Employees Provident Fund, Road Transport Department or MyEG, as one of the media boasted. But news medias who are government boot-lickers should refrain from screaming that there is no threat to these sites, which would contain confidential data, such as information concerning bank accounts, credit cards and MyKad details. To say so is tantamount to challenging the hackers to hack these sites, which is extremely foolish.

Malaysia Prime Minister Office website hacked

The hackers even mentioned that Prime Minister Office website was hosted on a Windows 2003 box and that is not challenging at all. As for the still-down SabahTourism website, the hackers revealed a list of 392 accounts together with the passwords, out of the 3,456 accounts hacked. The hackers intention was just to release their frustrations with what they call government’s censorship. They’re not serious about creating havoc because they claim they still love the country, but not the present government. And it’s stupid to the highest degree to challenge these hackers.

Full Story: http://www.financetwitter.com

Get Paid To Read Emails. Free To Join Now!
http://www.emailcashpro.com


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...